Saturday, February 21, 2009

Pusat Sumber/Maklumat @ Lipat Kajang

(I believe that a community like Lipat Kajang should have a Resource and Information Centre where the place is used as a library, a computer centre, and a mini museum. Or any other use for which it helps to make the society a knowledge based society.)

Pada pandangan saya yang tidak seberapa ini, eloklah di wujudkan satu Pusat Sumber yang juga digunakan sebagai Pusat Maklumat di Lipat Kajang sekiranya Pusat demikian belum lagi di tubuhkan (Saya tidak tahu sebenarnya keadaan pada masa sekarang jika Pusat itu wujud atau tidak). Wujudnya Pusat demikian mestilah didalam pengetahuan semua warga kampong serta pelawat-pelawat ke kampong supaya ianya betul-betul berfaedah kepada mesyarakat dan pelawat dan jangan pulak untuk sebahagian daripada mesyarakat kampong sahaja saperti yang kerap berlaku di dalam mesyarakat yang terpencil saperti ini. Tidak hairanlah di sesetengah mesyarakat, kuasa di pegang oleh orang-orang tertentu sahaja kerana sumber dan maklumat di pegang oleh mereka.sahaja. Di zaman kini perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana maklumat boleh di perolehi dari mana-mana sumber-sumber lain yang di luar pegetahuan mereka yang tertentu itu. Oleh yang demikian berlakulah tidak kepuasan hati yang membelahkan mesyarakat.

Pusat Sumber/Maklumat itu, pada pandangan saya, perlu mengadungi rekod-rekod kampong dan penduduk2 nya (yang bukan diangap ‘sulit’ atau pun menyentuh peribadi), sumber-sumber maklumat kampong yang lain yang harus di ketahui oleh mesyarakat sekampong. Juga perlu sebagai pusat rujukan. Elok juga jika di masukkan satu perpustakaan yang mengandungi buku-buku dan majallah yang tertentu untuk kepentingan kampong, yang mana seharusnya mesyarakat kampong berusaha untuk mendapatkan dengan sendiri, terpulang kepada citarasa mereka, atau pun dapat dari sumbangan luar. Seharusnya juga buku-buku itu tidak terhad kepada satu-satu subjek sahaja kerana maklumat yang luar dan yang lain perlu di ketahui oleh mesyarakat sekampong, tanpa batasan asalkan ianya tidak menjejas peribadi atau kebudayaan mesyarakat kampong. Seharus nya maklumat-maklumat itu tidak di tapis roleh mana-mana perseorangan luar dari mesyarakat kampong.

Selaian dari buku-buku dan majalah-majalah, elok juga di tempatkan komputer-komputer serta ‘line’ internet di situ untuk kegunaan mesyarakat kampong yang ingin menggunakan kemudahan internet, tanpa bayaran. Untuk kegunaan banyak alat-alat komputer ‘router’ boleh di gunakan, Sungguk pun akan mengurangkan keupayaan kelajuan internet tetapi ini akan selalunya tidak menjadi masaalah. Mungkin mesyarakat kampong boleh meminta pembiayaan dari ahli atau anak-anak Lipat Kajang yang mampu menolong membayar yuran bulanan internet itu.

Disamping itu pula perlu juga di wujudkan maklumat atau sumber bagi kaum wanita, yang kebanyakan mereka di kampong adalah sangat berkurangan sumber maklumat pada pengetahuan saya. Dengan kemudahan demikian boleh lah wanita-wanita kampong mendapat lebih maklumat serta maklumat yang mendalam untuk menjadi lebih bahagia kehidupan mereka serta famili mereka.

Perlu juga pusat ini di gunakan sebagai musium bagi menempatkan sejarah-sejarah kampong serta maklumat tentang kejayaan yang telah di capai di kampong Lipat Kjanag ini.

Tentu sekali semua harta bilik sumber/maklumat ini perlu di jaga dengan rapi bagi mengelakan dari kehilangan aset. Mungkin di tugaskan seorang atau lebih ahli JKKK untuk bertanggung jawab kepada Pusat ini.

Yang saya tulis ini hanya lah idea yang keluar secara sepontan tanpa berfikir dengan panjang lebar. Mungkin juga fikiran saya ini bertentangan dengan kehendak kampong, dan jika demikian boleh lah fikiran saya ini di abaikan. Tetapi sekiranya berguna, mungkin dapat lagi fikiran yang lebih bernas di kemukakan oleh orang lain untuk kebaikan Lipat Kajang. Dan kemudian boleh lah di laksanakan.

Saya bersedia menolong di mana yang perlu dan saya percaya anak-anak Lipat Kajang yang lain di luar dan di dalam boleh memberi kerjasama.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

1 comment:

  1. Just to put on record. This morning in Kuantan I met Nurul Hafiza bt Hamdan, Cucu Pak Ngah Mat Yamin. She is in ICT. Her email address is fiza19@pahang.gov.my
    Probably she can help in ICT @ Lipat Kajang.

    ReplyDelete