Thursday, March 22, 2012

Persatuan Alumni SK Lipat Kajang Temerloh Pahang

Persatuan Alumni SK Lipat Kajang Temerloh Pahang telah ditubuhkan pada 26/2/2011 di Sekolah Kebangsaan (SK) Lipat Kajang, Temerloh, nama ringkasnya ialah Alumni SK Lipat Kajang.

Alumni SK Lipat Kajang telah pun didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan wujud/bergerak secara sah dengan tujuan dan matlamat yang khusus sepertimana digariskan dalam Undang-Undang Tubuhnya.

Semua anak-anak Lipat Kajang di perantauan dan juga yang tinggal menetap didalam Mukim Lipat Kajang dijemput dengan hormatnya hadir beramai-ramai memeriahkan Majlis "Ramah Mesra & Silaturrahim Alumni SKLK Dengan Penduduk Mukim" dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Alumni SKLK kali pertama yang akan diadakan pada hari Ahad 6/5/2012 bermula awal pagi bertempat di SK Lipat Kajang.








Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)