Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan





bersahur











Ramadhan 1430H sudah masuk hari ke 6, dan hari-hari puasa terus berlalu begitu cepat sekali, dimulai dengan sembahyang sunat tarawih dan diakhiri dengan berbuka puasa pada setiap hari...

Jadual-jadual harian masing-masing untuk sepanjang Ramadhan telah pun mengikut pindaan sejak dari hari pertama puasa lagi, mahu tidak mahu kerana Ramadhan itu sendiri memerlukan penyesuaian dalam aktiviti kehidupan harian seluruh umat Islam supaya dapat memberikan lebih tumpuan kepada pengabdian diri kepada Tuhan Yang Maha Esa di bulan Ramadhan ini, dan bukan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan dari bulan Ramadhan untuk meringankan kepertanggungjawaban dalam hal-hal kehidupan, “atas nama Ramadhan, maka saya boleh perlahankan segala aktiviti harian”.

Berpuasa bukan bermakna waktu kerja harus dipendekkan, kita diberi kelonggaran untuk meninggalkan tempat kerja supaya boleh memberikan lebih masa kepada keperluan-keperluan melaksanakan ibadat-ibadat di bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bukan bermakna hanya mereka yang tidak berpuasa, seperti orang bukan Islam, atau sekali pun orang Islam sendiri, seharusnya menghormati orang yang sedang berpuasa, tetapi mereka yang sedang berpuasa semestinya juga menghormati orang yang tidak berpuasa dengan tidak merasakan diri lebih dirahmatiNya daripada mereka yang tidak berpuasa berasa sombong dan megah diri bila berpuasa. Orang yang berpuasa juga mesti menjaga segala ketertiban berpuasa untuk membolehkan ibadah puasanya diterima oleh Tuhan dengan ganjaran maksimum, manakala mereka yang tidak berpuasa (Muslim khususnya) seharusnya memikirkan kenapa mereka masih tidak mahu tunduk kepada perintah Tuhan Zat Yang Maha Berkuasa keatas dirinya supaya menjalani amalan puasa Ramadhan sedangkan kemudahan-kemudahan untuk mereka makan minum disiang hari dibulan puasa sudah menjadi terhad kerana banyak restoran dan kedai makan ditutup pada siang hari bulan Ramadhan dan jika mereka mahu makan minum pun terpaksa menyorok dan bersembunyi dari penglihatan dan pengetahuan orang lain, namun Tuhan sentiasa melihatnya serta perbuatannya tidak berpuasa.

Di bulan Ramadhan juga akan adalah dianjurkan majlis-majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan segala jenis hidangan makanan secara membazir dan para tetamu (jemputan) yang bergelar dan yang berpangkat, tapi sebenarnya perlu diperhalusi atas tanggungan kewangan siapa atau pihak mana majlis-majlis berbuka puasa beramai-ramai itu diadakan. Amalan ini seolah-olah sudah menjadi satu kemestian (atau tradisi) demi menjamin imej yang baik dan nama yang harum, namun tidak pula difikirkan apakah ada lebih kemanfaatan jika aktiviti bulan Ramadhan itu dipusatkan dan diadakan dimasjid-masjid dan surau-surau yakni tempat sebenarnya aktiviti keagamaan seharusnya diadakan. Jauh sekali jika berbuka puasa itu diadakan pula direstoran-restoran atau hotel-hotel dengan kos yang begitu tinggi yang merupakan pembaziran yang nyata dari sudut ekonomi rakyat biasa, dan terutamanya dari sudut penghayatan kesucian Ramadhan itu sendiri dimana seluruh umat manusia yang beriman kepadaNya digalakkan lebih berjimat cermat dan berpada-pada dalam perbelanjaan kewangan.

Bulan Ramadhan juga menampakkan timbulnya aktiviti menggalakkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah dianjur dan dijalankan oleh pelbagai pihak, seperti “kempen berhenti merokok” untuk menggalakkan para perokok supaya memulakan usaha untuk berhenti merokok bersempena dengan puasa Ramadhan, ceramah-ceramah agama yang berhubungkait dengan peribadatan puasa Ramadhan, usaha-usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin dan lain-lain, aktiviti memasak dan menyediakan “bubur lambuk” di masjid-masjid untuk diedarkan, dan berbagai lagi kegiatan kemasyarakatan di bulan Ramadhan yang kesemuanya pasti akan dapat menggandakan pahala amalan-amalan di bulan ini yang akan diberi oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.

Namun tidak kurang juga aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan yang mencemarkan bulan Ramadhan dan menimbulkan berbagai persepsi negatif tentang matlamat perintah Tuhan yang sebenarnya ke atas manusia mengenai ibadat puasa Ramadhan itu, sebagai tiang (asas) agama Islam yang ke 3 dan juga segala amalan-amalan sampingan yang digalakkan di bulan mulia al-mubarrak ini.

Barangan keperluan utama akan sekelip mata menjadi berkurangan di pasaran, bekalan gula tiba-tiba putus dan berkampit-kampit gula disorok atau tiba-tiba lesap sehingga boleh pasti menjejaskan permintaan dan harga. Begitu juga barangan-barangan lain yang amat lebih diperlukan di bulan puasa ini seperti beras, minyak masak, garam, telur ayam, bawang, pelbagai rempah ratus, cili diproses, juga ikan-ikan dan sayur-sayur segar kesemuanya mengalami kenaikan harga jualan yang meningkat secara ketara. Atas nama Ramadhan bilamana keperluan meningkat para peniaga secara rakus memanipulasi pasaran dan keperluan sehingga memaksa kenaikan harga dan seterusnya meraih keuntungan wang yang angat tidak munasabah,

Begitu juga disemua bazar-bazar Ramadan, harga makanan-makanan yang sudah siap dimasak, juadah-juadah berbuka puasa terdiri dari berbagai kuih muih, manisan-manisan, minuman-minuman kesemuanya dijual dengan harga yang lebih tinggi dari biasa, atas nama Ramadhan.

Tidak terkecuali juga harga-harga pakaian dan pelbagai kelengkapan perlu untuk bulan Ramadhan dan sambutan Eidulfitri, dengan berselindung disebalik tawaran-tawaran harga istimewa untuk Ramadhan dan Syawal, harga-harga pakaian lelaki wanita dan kanak-kanak, songkok dan kupiah, kasut, lampu-lampu hiasan semuanya dinaikkan tidak kurang dari 10% lebih dari harga biasa, atas nama Ramadhan.

Dari sudut lain terdapat juga senario-senario yang seolah-olah mengibaratkan nasib dan keadaan golongan-golongan tertentu dalam masyarakat menjadi kurang baik atau buruk secara tiba-tiba menjelangnya Ramadhan akibat dari perbuatan atau tindakan pihak-pihak tertentu. Ramadhan membawa malang buat mereka? Terdapat ramai pekerja terjejas pekerjaan mereka menjelang Ramadhan dan sambutan aidilfitri disebabkan “pihak berkuasa yang berkenaan” telah mengarahkan banyak premis perniagaan atau perindusterian ditutup dan kesemua yang terlibat terdiri dari umat Islam. Begitu juga bagi mereka yang hidup dalam kedhaifan yang selama ini menerima bantuan kebajikan secara tiba-tiba telah diberhentikan bantuan kebajikan kepada mereka atas sebab-sebab yang kurang munasabah (atau langsung tidak masuk akal). Juga buat keluarga-keluarga yang sekian lama menanggung kesengsaraan menyenggara ahli (atau ahli-ahli) keluarga yang ditimpa penyakit serius sehingga tidak mampu berdikari dan memerlukan perbelanjaan saraan yang tinggi, mereka semakin terhimpit keadaan hidup harian menjelangnya Ramadhan dan Syawal, jauh sekali berupaya untuk mampu berbelanja lebih daripada biasa supaya boleh meningkatkan kegiatan keagamaan dibulan afdal ini.

Tetapi disebalik kemelaratan ekonomi golongan-golongan tertentu ini yang tidak mampu untuk menyambut dan memanfaatkan bulan Ramadhan secara berpatutan, terdapat pula mereka yang meraih untung menerima habuan yang lumayan menjelangnya Ramadhan dan Syawal melalui peruntukan-peruntukan kewangan dan juga bermacam-macam bantuan ikhsan dari “pihak berkuasa” buat mereka ini yang mempunyai kedudukan yang berkepentingan, sehingga mereka mampu untuk “menyambut” dan ”merai’kan” bulan Ramadhan dan Syawal mengikut citarasa yang lebih ghairah dan berleluasa, sehingga tersasar jauh dari tujuan dan matlamat Ramadhan itu sendiri mengikut apa yang diperintahkanNya.

Ramadhan ialah satu bulan yang mulia, terdapat di dalamnya beberapa pengajaran yang perlu diperhatikan oleh setiap Muslim bagi mempertingkat hubungan dan memperkasa diri sebagai Muslim sejati di sisi Tuhan.

Bulan Ramadhan khususnya dari pelaksanaan ibadat puasa bukan penghalang untuk mencapai matlamat kejayaan dari apa yang dirancang oleh mereka yang mahukan kejayaan.

Ramadhan juga memberi peluang kepada hamba-hamba Allah untuk mendapatkan sebanyak mungkin himpunan pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Setiap kali menjelang Ramadhan, amat malang jika kita tidak merebut peluang untuk menambahkan ketaqwaan, kerana matlamat berpuasa adalah untuk menjadi golongan hambaNya yang bertaqwa.

Baginda Rasulullah SAW berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya".

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardhu, sementara yang melakukan satu perkara fardhu (pada bulan Ramadhan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardhu."

Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda SAW menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadhan adalah pelepasan daripada api neraka.
Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadhan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat "La Ilaha Illallah" (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurgaNya dan minta dijauhkan daripada memasuki nerakaNya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah).







Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, August 21, 2009

Puasa Ramadhan - Perintah Allah SWT

Allah SWT telah memerintahkan semua hambaNya yang beriman kepadaNya supaya berpuasa genap bilangan harinya dibulan Ramadhan.
Firman Allah SWT di dalam Al Quran Surah Al Baqarah (2)



Ayat 183
”Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Ayat 184
”(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Ayat 185
”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Ayat 186
”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “

Ayat 187
”Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

What Is Ramadan To Muslims

Ramadan is one of the holy months in Islam and is the ninth month in the Islamic calendar. Ramadan is important for Muslims because it is the month during which the Holy Quran (the Muslims Holy book) was revealed by God (Allah) to Prophet Muhammad pbuh. God has promised to mankind that the gates of Heaven would be opened throughout Ramadan and the gates of Hell would be closed. It is also important because Ramadan is the month during which the Muslims were ordered to fast, and fasting is the 3rd pillar of Islam, and to fast is to achieve one of their spiritual satisfaction and practice. The name “Ramadan” came from the time before the Islamic calendar when the month of Ramadan fell in the summer, and fasting during this month is often thought to figuratively burn away all sins.
To Muslims the Quran is the true words of God given to humanity through Muhammad pbuh, the last of the prophets. Muhammed pbuh was commanded by God to call the people to monotheism and righteousness. This tradition of God chosen prophets or messengers include such figures as Adam, Noah, Abraham, Moses, David, and Jesus.
During Ramadan, Muslims fast from dawn to sunset every day. This means not to eat, drink or smoke during the daylight hours. For married adults, it also includes refraining from marital relations during the hours of fasting (i.e. the daylight hours). The fasting person is expected to do his best to practice self control and discipline, not to get angry easy, refrain from using harsh language or insults and to tolerate, forgive and respect others. Young children, old and sick people are not expected to fast. Older people can feed a poor person for every day they cannot fast of Ramadan. Sick people can compensate by fasting other days when they feel well. Children are permitted to fast only when they are strong enough physically to tolerate fasting without difficulty.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, August 20, 2009

Seek Protection From God Almighty



















The name "ALLAH", the standard Arabic word for God, the term best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, and used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews,
is ar Rahman and ar Raheem.

Allah is better at guarding, and He is the Most Merciful of those who show mercy (Quran, Joseph 12:64)
For him are Angels ranged before him and behind him, who guard him by Allah's command (Quran, Ar Ra'ad 13:11)
Lo! We, even We, reveal the Reminder, and lo! We verily are its Guardian (Quran, Al Hijr 15:9)
Allah is Warden over them, and thou art in no wise a guardian over them (Quran, Asy Syura' 42:6)
No human soul but hath a guardian over it (Quran, At Tariq 86:4)
Lo! there are above you guardians,
Generous and recording,
Who know (all) that ye do. (Quran, Al Infitar 82:10,11,12)
He is the Omnipotent over His slaves. He sendeth guardians over you until, when death cometh unto one of you, Our Messengers reveive him, and they neglect not (Quran, Al An 'am 6:61)
And We have guarded it from every outcast evil (Quran, Al Hijr 15:17)
With security from every froward devil (Quran, As Saffat 37:7)
Then He ordained them seven heavens in two Days and inspired in each heaven its mandate; and we decked the nether with lambs, and rendered it inviolable. That is the measuring of the Mighty, the Knower (Quran, Fussilat 41:12)
And Allah surrounded them on all sides.
Nay, but it is a glorious Quran
On a guarded tablet (Quran, Al Buruj 85:20,21,22)

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Bahasa BUGIS (2)

KONSEP WARNA.

Warna merupakan salah satu daripada kehidupan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1802), warna bermaksud kesan yang diterima oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda yang dilihatnya. Menurut Ensiklopedia Malaysia (1996:416), mendefinisikan warna sebagai suatu sebutan umum bagi merangsang penglihatan untuk membezakan komposisi cahaya yang berbeza jarak gelombangnya. Warna dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu warna amaran, warna pelengkap, warna primer dan warna asas.

Warna amaran adalah untuk memberikan amaran, peringatan atau isyarat kepada sesuatu benda bahawa benda itu adalah berbahaya. Contohnya pada bahagian dorsal dan sisi ular yang berbisa atau warna pada serangga yang menyengat. Warna pelengkap pula adalah dua warna spektrum tulen yang menghasilkan warna putih apabila dicampurkannya contonnya pasangan warna merah dan biru hijau dan pasangan jingga dan biru. Warna primer pula adalah set warna terdiri daripada warna-warna merah, biru dan hijau dan dicampurkan pada kadar yang sesuai warna putih akan terhasil. Manakala warna asas pula adalah tiga jenis warna yang dicampurkan boleh mewujudkan warna lain. Contoh warna yang terhasil adalah jingga (kuning + merah ) dan hijau (kuning + biru).

Mengikut Ilmu Psikologi, warna merupakan satu bentuk atau lambang kepada sesuatu yang dilambangkan. Setiap warna mempunyai maksud tertentu berdasarkan kepada presepsi sesebuah masyarakat atau negara. Setiap bahasa menggunakan istilah dan makna warna yang berbeza. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Bugis yang berbeza. Oleh itu satu kajian yang berkaitan dengan perbezaan ini harus dijalankan bagi mendapatkan malumat yang lebih terperinci.

Penggunaan aspek warna dalam bahasa Bugis menunjukkan perbezaan dari segi entimologi tetapi sama dari aspek maksudnya. Untuk memudahkan kajian, penyelidikan penggunaan bahasa Bugis dalam mengkaji aspek warna-warna asas untuk merangkumi semua warna perlu dilakukan.

BERIKUT ADALAH KAJIAN YANG DILAKUKAN:

MERAH
i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)merah muda [ # mεrah mudз # ] / macelak [ # mãcəla? # ]
b)merah jambu [ # mεrah jambu # ]/ merah jambu [ # mεrah jambu # ]

ii) Maksud Warna Merah dalam Perkataan Bugis.

→ Merah muda atau merah jambu dalam bahasa Bugis dipanggil macelak [mãcəla?]. Ia digunakan untuk menunjukkan warna keputih-putihan atau cair. Untuk membezakan antara merah muda dan merah gelap orang Bugis memanggil merah muda sebagai macelak dan merah tua sebagai macelak celak. Perkataan ganda celak menunjukkan pebezaannya.

Merah tua atau merah gelap pula menunjukkan warna merah yang mempunyai warna kehitam-hitman. Manakala orang Bugis menamakan merah membara atau menyala sebagai macelak mebara bara yang menunjukkan maksud api yang membara dan marak. Contohnya semasa berlakunya kebakaran dan kemerahan yang pada muka yang menunjukkan kemarahan seseorang.

→ Dalam bahasa Bugis merah hati dan merah darah dipanggil macelak hati dan macelak darah. Perkataan hati dan darah yang sama ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai persamaan bahasa dan pendapat yang menyatakan bahawa kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama.

Macelak metuak untuk merah tua tetapi dalam bahasa Bugis merah tua juga dipanggil makerelah. Walaupun sama maksud tetapi penggunaannya adalah bebeza dimana makerelah adalah untuk warna yang lebih gelap berbanding dengan macelak metuak yang seakan-akan hitam keputihan.

→ Dalam bahasa Bugis, perkataan macelak juga membawa maksud yang tersembunyi iaitu rasa tidak puas hati atau ingin bergaduh contohnya dalam perkataan macelak matana atau bara bara rupana yang menimbulkan perasaan marah. Selain itu juga ia menunjukkan kesan luka parah akibat sesuatu kemalangan contohnya cebisan daging atau kulit yang bergeser atau luka. Dalam bahasa Bugis ia dipanggil macelak jukuknah.

iii) Penggunaan Warna Merah dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Rumah itu berwarna merah jambu setelah dicat.

[# rumãh itu bərwarnã mεrah jambu sətəlah dicat #]

Bahasa Bugis

Bola εro mərah jambu pura dicak.

[# bola εro mãcəla? jambu pura dica? # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Merah:

Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
c)merah gelap [ # mεrah gεlap # ] / makerelah [ # mãkərəlah # ]
d)merah menyala [ # mεrah menalз # ] / macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara #]
e)merah marak [ # mεrah mãra? # ] / macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara # ]
f) merah muka [ # mεrah mukз # ] / macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara # ]
g) merah hati [ # mεrah hati # ] / macelak hati [ # mãcəla? hati # ]
h) merah darah [ # mεrah darah # ] / macelak darah [ # mãcəla? darah # ]

KUNING

i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)kuning gading [ # kuniŋ gadiŋ # ] / unyik mololo [ # unyi? mololo # ]
b)kuning air [ # kuniŋ air # ] / unyik lolo [ # unyi? lolo # ]
c)kuning kunyit[ # kuniŋ kunit # ] / unyik kunyit [ # unyi? kunit # ]

ii) Maksud Warna Kuning dalam Bahasa Bugis.

→ Kuning gading atau kuning cair atau kuning muda adalah warna kuning yang mengalami keputih-putihan. Warna ini menyerupai warna gading atau seakan-akan putih. Dalam bahasa Bugis ia dinamakan sebagai unyik mololo atau unyik lolo.
Kuning kunyit adalah warna kuning yang menyerupai kunyit dan dalam bahasa Bugis disebut sebagai unyik kunyit. Persamaan perkataan kunyit ini menunjukkan kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama. Bagi adat Bugis warna ini selalunya dikaitkan dengan warna nasi dihidangkan semasa upcara perkahwinan atau sesuatu keraian. Manakala kuning tua atau kuning gelap pula di panggil unyik metuak iaitu warna kuning yang menyerupai warna kehitam-hitaman.

→ Kuning telur yang seakan-akan berwarna oren kekuningan dalam bahasa Bugis disebut maridi. Maridi juga digunakan untuk kuning yang seakan-akan kemerah-merahan.

→ Orang Bugis dikatakan berkaitan dengan unsur-unsur pahlawan atau Kerajaan Melayu. Pengaruh Bugis juga diserap ke dalam kebudayaan Kesultanan Melayu. Ini dapat dilihat apabila warna kuning yang melambangkan keagungan bangsa Bugis telah menjadi warna diraja. Raja-raja Kesultanan Melayu dahulu kebanyakannya berasal dari keturunan Bugis seperti negeri Johor dan Pahang. Oleh itu warna kuning menjadi warna kebanggaan dan melambangkan keperibadian orang Bugis.
Penggunaan warna kuning dan pakaian juga adalah untuk melambangkan orang Bugis adalah orang bangsawan dan berketurunan diraja suatu masa dahulu.

iii) Penggunaan Warna Kuning dalam Ayat:
Bahasa Melayu Standard

Buah itu menguning seperti pinang yang masak ranum.[ # buah itu məŋuniŋ səpərti pinaŋ jaŋ mãsa? ranom # ]

Bahasa Bugis

Buah εro maunyik tua matasek tongeng nih buah εro[ # buah εro mãuni? tua mãtase? toŋeŋ nih buah εro # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Kuning:
Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
d)kuning tua [ # kuniŋ tuз # ] / unyik metuak [ # unyi? mətua? # ]
e)kuning gelap [ # kuniŋ gəlap # ] / unyik metuak [ # unyi? mətua? # ]
f)kuning langsat [ # kuniŋ laŋsat # ] / unyik langsat [ # unyi? laŋsat # ]
g)kuning pinang [ # kuniŋ pinãŋ # ] / unyik pinak [ # unyi? pinã? # ]
h)kuning telur [ # kuniŋ təlor # ] / maridi [ # mãridi # ]

BIRU
i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)biru laut [ # biru laut # ] / magauk [ # mãgau? # ]
b)biru lebam [ # biru ləbam # ] / mausuh [ # mãusuh # ]
c)biru gelap [ # biru gəlap # ] / magauk lolo [ # mãgau? lolo # ]
d)biru nila [ # biru nilз # ] / magauk [ # mãgau? # ]

ii) Maksud Warna Biru dalam Bahasa Bugis:

→ Dalam bahasa Bugis biru laut atau biru cair dinamakan sebagai magauk gauk. Magauk gauk adalah warna biru yang menyerupai warna laut atau keputih-putihan. Selain itu, biru nila dan biru langit juga menggunakan perkataan magauk gauk dalam menyatakan maksudnya. Dalam bahasa Bugis penggunaan perkataan magauk gauk atau biru yang seakan-akan cair ini berbeza dari segi ton warna pada sesuatu masa.

→ Manakala dalam bahasa Bugis, biru lebam dinamakan sebagai mausuh iaitu yang menunjukkan kesan lebam pada muka seseorang setelah ditumbuk atau dipukul. Biru tua atau biru gelap dinamakan sebagai magauk metuak. Metuak dalam bahasa Bugis membawa maksud warna tua yang seakan-akan hitam. Oleh itu, biru tua dinamakan magauk metuak. Warna biru ini adalah warna yang menyerupai warna kehitam-hitaman. Biru nila pula adalah warna biru yang menyerupai warna nila atau air yang jernih di lautan. Oleh itu, menurut masyarakat Bugis biru nila ini seakan-akan sama seperti biru laut yng kedua-duanya menunjukkan pada air. Nila adalah bahan kimia yang digunakan khas untuk pakaian. Warna nila biasanya berwarna biru tua keunguan

→ Selain magauk metuak dalam bahasa Bugis biru tua juga dipanggil magauk. Walaubagaimanapun magauk ini adalah pertengahan warna antara warna biru tua dengan warna biru muda. Dalam bahasa Bugis untuk membeza-bezakan perkataan biru muda dan biru tua (seakan-akan tua warnanya) adalah pengulangan perkataan gauk contohnya magauk (biru tua) dan magauk gauk (biru muda).

→ Orang Bugis juga menyatakan biru muda sebagai magauk mololo yang digunakan khas untuk warna biru yang seakan-akan putih. Manakala magauk gauk pula biru muda atau cair yang seakan-akan warna biru terang.

iii) Penggunaan Warna Biru dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Ibu menila baju yang kusam supaya kelihatan berwarna biru nila.
[ # ibu mənilз baju jaŋ kusam supayз kəlihatan berwarna biru nilз # ]

Bahasa Bugis

indok menila baju εro malusa nih tapana (kembali kepada warna biru atau sebelumnya)[ # indo? mənila baju εro mãlusa nih tapanã # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Biru:

Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
e)biru merak [ # biru məra? # ] / magauk mərak [ # mãgau? məra? # ]
f)biru tua [ # biru tuз # ] / magauk metuak[ # mãgau? metua? # ]
g)biru muda [ # biru mudз # ] / magauk mololo [ # mãgau? mololo # ]
h)biru langit [ # biru laŋit # ] / magauk gauk [ # mãgau? gau? # ]

HIJAU

i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)hijau daun [ # hijau daun # ] / udarak daung [ # udara? dauŋ # ]
b)hijau tua [ # hijau tuз # ] / udarak metuak [ # udara? metua? # ]
c)hijau pucuk pisang [ # hijau pucu? pisaŋ # ] / udarak mololo [ # udara? mololo # ]

ii) Maksud Warna Hijau dalam Bahasa Bugis:

→ Hijau bemban bermaksud hijau pekat yang gelap atau gelap seperti bemban. Dalam bahasa Bugis warna hijau yang gelap ini kebiasaanya dipanggil udarak metuak. Manakala hijau cair atau pucuk pisang pula biasanya dipanggil udarak mololo. Dalam penggunaan ayat dibawa perkataan napuji ditunjukkan sebagai selalu atau sentiasa, oleh itu ia menunjukkan kerap kali.

→ Orang Bugis kurang menggunakan perkataan hijau dalam kehidupan seharian mereka. Malah dalam pakaian, makanan atau seumpamanya kurang munggunakan perkataan hijau. Hijau hanya digunakan untuk menunjukkan sesuatu warna. Tiada maksud lain selain itu. Udarak pula khusus digunakan untuk warna hijau.

iii) Penggunaan Warna Hijau dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Adik selalu memakai baju yang berwarna hijau tua.
[ # adi? səlalu məmãkai baju jaŋ berwarnã hijau tuз # ]

Bahasa Bugis

Andik napuji baju kudarak tua (sentiasa)[ # andi? nãpuji baju kudara? tua # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Hijau:
Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
d)Hijau pandan [ # hijau pandan # ] / udarak pandan [ # udara? pandan # ]
e)Hijau laut [ # hijau laut # ] / udarak mololo [ # udara? mololo # ]






Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, August 6, 2009

Bahasa BUGIS

Kalau menurut sepertimana yang telah dilisankan mengenai salahsilah turun temurun keluarga (family lineage) di Kg LK, saya adalah diantara ramai anak-anak Kg Lipat Kajang berketurunan Bugis, berdarah Bugis, bagi saya masih 100% Bugis tapi tak tahu cakap Bugis, tak tahu nak bertutur dalam Bahasa Bugis,
maka saya sedang berusaha untuk mengenali Bahasa Bugis dan berikhtiar untuk mempelajari Bahasa Bugis, insya'Allah

jika ada kerabat anak-anak Kg LK yang pakar dalam bidang BAHASA yang telah ada mempunyai pengetahuan tentang Bahasa Bugis, dapatlah kiranya dikongsikan dengan semua warga Kg LK yang berminat,
saya cuma berusaha secara amatur demi menambah pengetahuan, saya bukan pakar bahasa

BAHASA BUGIS
Pengenalan

Menurut Darwis Harahap (1992), bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (Alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.
Melalui sejarah, penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah. Salah satu etnik daripada rumpun Melayu adalah etnik Bugis yang cukup terkenal dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar.
Orang Bugis juga merupakan penganut agama Hindu sebelum kedatangan agama Islam di Alam Melayu.
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
Untuk mengkaji bahasa Bugis dengan lebih terperinci, pengkaji telah membuat kajian terhadap En. Hussien bin Daud iaitu seorang penghulu di Kampung Belokok, Pontian, Johor dimana hampir semua penduduknya berbangsa Bugis dan bertutur dalam bahasa Bugis.

Konsep Bugis
Menurut Chambers dan Trudgill (1980), bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling berkaitan antara satu sama lain. Bahasa Bugis juga dikenali sebagai bahasa Bugis, Basa Ugi atau Ugi. Bahasa ini adalah bahasa yang digunakan etnik Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia dan dijadikan bahasa rasmi di sana. Menurut Wikipedia Indonesia. Bahasa ini tersebar meluas di sekitar Sulawesi Selatan dan sekitarnya iaitu Maros, Pangkep, Barru, Pinrang, Enrekang, Majene, Luwu, Bone, Sinjai, Bulukumba, dan Bantaeng. Penuturnya berjumlah 4 juta orang yang kebanyakannya terdapat di Sulawesi Selatan dan Malaysia iaitu di Selatan Negeri Johor. Menurut Dr Ir Rhiza S. Sadjad (2005), pensyarah falsafah Unversitas (universiti) Hasanuddin Makassar di Indonesia dalam program pascasarjana menyatakan bahawa bahasa Bugis bukan ciptaan atau buatan orang Bugis. Bahasa Bugis sebenarnya berasal dari rumpun Austronesia iaitu Melayu-Polinesia Barat. Masyarakat Bugis memiliki penulisan tradisional memakai aksara Lontara.

Lontara ialah aksara asli yang digunakan oleh masyarakat Bugis-Makassar. Aksara asli ini bukan asimilasi atau belum lagi menerima pengaruh budaya dan unsur luar, termasuk India iaitu bahasa Sanskrit dan Islam iaitu tulisan Jawi. Menurut budayawan Prof Mattulada (alm) bentuk aksara lontara berasal dari "sulapa eppa wala suji". Wala suji berasal dari kata wala = pemisah/pagar/penjaga dan suji = putri. Wala Suji adalah sejenis pagar bambu dalam acara ritual yang berbentuk belah ketupat. Sulapa eppa (empat sisi) adalah bentuk mistis kepercayaan Bugis-Makassar klasik yang menyimbolkan susunan semesta, api-air-angin-tanah.

Newton (1972), menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah keatas satu bahasa yang asalnya seragam. Tambahnya, faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa adalah faktor geografi dan waktu. Menurut Gorys Keraf (1984:37), perubahan bunyi fonem terjadi secara teratur. Keteraturan perubahan ini memberi kemungkinan kepada pengkaji untuk menemukan korespondensi fonemis antara kerabat-kerabat bahasanya. Kekerabatan pada kelompok bahasa Austronesia dapat dilihat daripada kesamaan dari segi pembentukan kata-kata contohnya :

Jadual 1: Menunjukkan contoh persamaan etimologi bahasa rumpun Nusantara.

Glos Tebu Kutu Beras Pandan
Melayu Tabu Kutu Bərəs Pandan
Batak Tobu Hutu Boras Pandan
Acheh Təbu Utu Bərə Padaŋ
Bugis Təbu Gute Bərőh Pandan

...akan disambung


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)