Thursday, February 19, 2009

Link (Rangkaian)

(The links to this Lipat Kajang blog are important links, ‘kuantan apartment’ and ‘surau AnNaim’ specific; not on those blogs themselves persay but on the links to those blogs. Those links to ‘kuantan apartments’ are thoughts of some Pahang people who are not in the mainstream of life in Pahang, and in the ‘surau AnNaim’ are on some Islamic subjects for which many folks in Lipat Kajang might not have been exposed to yet).

Didalam blog Lipat Kajang ini saya telah memasukkan dua lagi ‘site’ sebagai ‘Link’ yang saya menjadi penulis nya. Ia itu ‘Kuantan Apartment’ dan ‘Surau AnNaim’.

Bagi ‘Kuantan Apartment’ itu, bukan lah tujuan saya untuk menceritakan berkenaan dengan ‘Kuantan Apartment’ itu sebenarnya, tetapi adalah terlebih kepada ‘Link’ yang tertera di petak sebelah kiri blog itu. ‘Link’ atau rangkaian itu menunjukkan senarai blog-blog orang lain yang terdapat di Negeri Pahang ini (dekat bawah di petak kiri). Sekiranya ingin mengetahui perkembangan terkini yang lain selain dari siaran TV atau radio atau surat-surat khabar tempatan silalah layari blog-blog di dalam ‘Link’ itu. Apa yang terdapat tertulis didalam blog-blog itu mungkin berbeza daripada yang di dengar dalam siaran TV atau radio atau di dalam surat–surat kahabar tempatan. Buah fikiran pembaca akan lebih berkembang dan nilai baru perkembangan terkini boleh di perolehi. Minda boleh di beri tumpuan kepada perkara-perkara yang mungkin belum terfikir pada masa masa yang lampau.

Dan didalam blog saya ‘Surau AnNaim’ saya telah dapat memasukkan beberapa rakaman tazkirah oleh Ustaz-Ustaz terpilih yang datang ke Surau itu. Sungguh pun bilangan rakaman tazkirah-tazkirah itu terhad tetapi itu boleh lah menjadi petanda atau garis pandu tetang kemajuan tazkirah dan usrah di luar dari Lipat Kajang. Juga saya telah memasukkan ‘Link’ atau ‘Rangkaian’ di petak kanan di mana saya telah menyeraikan semua ‘Link’ atau ‘Rangkaian’ yang saya dapat didalam internet berkenaan dengan Islam dan juga ‘recording’ (rakaman) bagi banyak usrah dan tazkirah di tanah air pada masa kini. Saya percaya semua ‘Link’ yang berkenaan adalah berguna kepada pembaca dari Lipat Kajang. Selama ini banyak usrah dan tazkirah itu tidak pernah di dengar di Lipat Kajang, tetapi dengan ‘Link’ yang saya kemukakan didalam blog-blog itu boleh lah banyak usrah dan tazkirah di dengar. Tidak timbul masaalah ‘miminta kebenaran’.

Say berharap ‘Link-Link’ yang saya kemukakan ini adalah berguna kepada Lipat Kajang, dan akan memberi nikmat serta satu peluang untuk membuka minda pembaca dari kampong yang kami cintai itu.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

No comments:

Post a Comment