Tuesday, May 12, 2009

Nok gone' kan .................................




(Nok gone' kan ............. what can I do and what could I have done? The modest young maiden will not look into my camera. And the old bicycle shown below just like the one I used to ride on about 50 years ago).
Nok gone' kan ............. tak mahunya tenguk kamera saya. Sungguh sopan santun orang Lipat Kajang, .......... kampung ku.


Tapi basikal tua macam ni banyak memberi saya ingatan dan nostalgia teringatkan saya pada masa saya kecil (tak begitu kecil, dah sekolah menenggah dah) dulu di Lipat Kajang. Basikal macam ni lah yang saya kayoh kedarat ke baroh masa dulu, masa saya bercuti balek kampong dari Kuala Kangsar, ke Setesn Kerdau dan ke baroh kampung ku. Petang dan pagi saya kayuh, tak ada apa pun tapi hanya untuk melepaskan masa, dan kadang kala nak beli air batu (ice block) di Setesn Kerdau di bulan puasa. Basikal kepunyaan bapa saudara saya (bukan basikal yang ini tapi serupalah tu, semacam tu lah, lebih kurang lima puluh tahun dulu). Nok gone' kan, pada masa itu, itu aje' kenaikan yang ada hendak kedarat kebaroh. Jalannya pun tak ade' tar. Nok gone' kan, kalau hujan pada malamnya, berlumpurlah basikal tua itu. Nok gone' kan.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

7 comments:

  1. nok gone' kan yek...
    wanita Kg LK memang semuanya amat besopan santun dan lemah lembut, yek
    siapa "the modest young maiden" tu...
    ha, ha, ha

    ReplyDelete
  2. hanya staff sklk saja yang tahu rahsia tu.

    ReplyDelete
  3. saya rasa saya mesti rekodkan di sini. "gone' " mungkinlah bahasa Pahang, tapi Guru Besar SKLK menceritakan pada saya satu perkataan yang sungguh meghairankan. Perkataan itu ialah "suku". Katanya, staff nya cakap, "Kalau tak jadi, buat suku". Apa makna itu 'suku'?. Bukan 'suku' seperti dalam puak, bukan 'suku' saperti dalam sesuku, tetapi di Lipat Kajang 'suku' itu makna nya 'lain'.

    ReplyDelete
  4. suku = lain - memang orang LK punye, orang di luar LK akan hanya faham, suku = one quarter = 1/4

    "modest young maiden" di LK ...

    kalau lama sangat tak balik ke LK bukan saja bahasa LK boleh lupa, yang muda ayu jelita pun tak akan ternampak...dan yang pangkat mok dan wan pun dah tak kenai sape'.....nyalahkan oghang tak berani nok tegur awok...
    itulah pasainya awok kena balik ke LK kerap sikit...dulu lain sekaghang lain (kata SM Salim)

    ReplyDelete
  5. "modest young maiden" .......... a challenge for anak2 lipat kajang (yang tinggal diperantauan) mecarinya. macam treasure hunt. macam cinderella, macam puteri gunung ledang, macam satu fairy tale, macam red riding hood, macam puteri lipat kajang. siapa kah anak raja yang beruntung? entah pun ia dah kepunyaan.

    ReplyDelete
  6. MOK KOI SELALU SGT GUNA PEKATAAN SUKU TU

    ReplyDelete
  7. musani yang saya kenal lima atau enam tahun dulu sangat ketara peningkatannya dalam banyak hal, terutama dalam perjalanan seninya, saya sendiri hampir 30 tahun berjuang,itu pun masih bertatih lagi, justeru gunakanlah segala kesempatan dan pengalaman yang ada, untuk pergi lebih jauh, kerana tidak ramai di kalangan kita yang berpegang kepada prinsip "seni boleh mendekatkan diri dengan Allah", kerana yang selalu kita dengar orang seolah-olah menyalahkan seni bila sesuatu yang negatif berlaku dalam kehidupan kita

    ReplyDelete