Saturday, May 30, 2009

Halal Haram Untuk Semua Orang

HARAM dalam pandangan syariat Islam mempunyai ciri menyeluruh dan mengusir.
Oleh kerana itu tidak ada sesuatu yang diharamkan untuk selain orang Arab (ajam) tetapi halal buat orang Arab. Tidak ada sesuatu yang dilarang untuk orang kulit hitam, tetapi halal, buat orang kulit putih.

Tidak ada sesuatu rukhsah yang diberikan kepada suatu tingkatan atau suatu golongan manusia, yang dengan menggunakan nama rukhsah (keringanan) itu mereka boleh berbuat jahat yang didorong oleh hawa nafsunya.

Mereka yang berbuat demikian itu sering menamakan dirinya pendita, pastor, raja atau orang-orang suci. Bahkan tidak seorang muslim pun yang mempunyai keistimewaan khusus yang dapat menetapkan sesuatu hukum haram untuk orang lain, tetapi halal buat dirinya sendiri.

Sekali-kali tidak akan begitu!

Allah SWT adalah Tuhan untuk semua orang semua manusia, syariatNya pun untuk semua manusia. Setiap yang dihalalkan oleh Allah dengan ketetapan undang-undangNya, bererti halal untuk segenap ummat manusia. Dan apa saja yang diharamkan, haram juga untuk seluruh manusia. Hal ini berlaku sampai hari kiamat. Misalnya mencuri, hukumnya adalah haram, baik si pelakunya itu seorang muslim ataupun bukan orang Islam; baik yang dicuri itu milik orang Islam ataupun milik orang lain. Hukumnya pun berlaku untuk setiap pencuri walau apa sekali pun keturunan atau kedudukannya.

Demikianlah yang dilakukan Rasulullah saw dan yang dikumandangkannya.
Sabda Rasulullah saw dalam pengumumannya itu:
"Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan ku potong tangannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Di zaman Nabi ada pernah terjadi suatu peristiwa pencurian yang dilakukan oleh seorang Islam, tetapi ada suatu syubahat sekitar masalah seorang Yahudi dan seorang Muslim. Kemudian salah satu keluarganya yang Islam melepaskan tuduhan kepada seorang Yahudi dengan beberapa keterangan yang dibuatnya dan berusaha untuk mengelakkan tuduhan terhadap rakannya yang beragama Islam itu, padahal dialah pencurinya, sehingga dia bermaksud untuk mengadukan hal tersebut kepada Nabi saw dengan suatu keyakinan, bahawa dia akan dapat bebas dari segala tuduhan dan hukuman. Waktu itu turunlah ayat yang menyingkap kejahatan ini dan membebaskan orang Yahudi tersebut dari segala tuduhan. Rasulullah saw mencela orang Islam tersebut dan menjatuhkan hukuman kepada pelakunya.

Wahyu Allah berbunyi sebagai berikut:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu kitab dengan benar, supaya kamu menghukum diantara manusia dengan (pengertian) yang Allah beritahukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat. Dan minta ampunlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Dan janganlah kamu membela orang-orang yang mengkhianati dirinya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka berkhianat dan berbuat dosa. Mereka bersembunyi (berlindung) kepada manusia, tetapi tidak mahu bersembunyi kepada Allah, padahal Dia selalu bersama mereka ketika mereka mengatur siasatnya itu di waktu malam, iaitu sesuatu yang tidak diredhai dari perkataan itu, dan Allah maha meliputi semua apa yang mereka perbuat. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang yang membela mereka di dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan membela mereka dari hukuman Allah kelak di hari kiamat? Atau siapakah yang akan mewakili untuk (menghadapi urusan) mereka itu?"
(Al Quran Surah an Nisaa' ayat 105 -109)

Pernah juga terjadi suatu anggapan dalam agama Yahudi, bahawa riba’ itu hanya haram untuk seorang Yahudi jika berhutang kepada orang Yahudi yang lain. Tetapi berhutang kepada lain daripada Yahudi tidaklah terlarang.
Demikianlah seperti yang tersebut dalam Ulangan 23: 19-20: "Maka tidak boleh kamu mengambil bunga daripada saudaramu, baik bunga wang, mahu pun bunga makanan, atau bunga barang sesuatu yang dapat makan bunga. Maka daripada orang lain bangsa boleh kamu mengambil bunga, tetapi daripada saudaramu tidak boleh kamu mengambil bunga."

Sifat mereka yang seperti ini diceritakan juga oleh Al-Quran, di mana mereka membolehkan berbuat khianat terhadap orang lain, dan hal semacam itu dipandangnya tidak salah dan tidak berdosa.
Al-Quran mengatakan:
"Di antara mereka ada beberapa orang yang apabila diserahkan amanat dengan satu dinar pun, dia tidak mahu menyampaikan amanat itu kepadamu, kecuali kalau kamu terus-menerus berdiri (menunggu); yang demikian itu kerana mereka pernah mengatakan. tidak berdosa atas kami (untuk memakan hak) orang-orang bodoh itu, dan mereka juga berkata dusta atas (nama) Allah, padahal mereka sudah mengerti."
(Al Quran Surah Ali-Imran ayat 75)

Benar mereka telah berdusta atas nama Allah, iaitu dengan bukti, bahawa agama Allah itu pada hakikatnya tidak membeza-bezakan antara suatu kaum terhadap kaum lain dan melarang berbuat khianat melalui lidah setiap rasuINya.

Dan yang cukup kita sesalkan ialah, bahawa perasaan Israiliyah inilah yang merupakan kejahatan biadab, yang kiranya tidak patut untuk dinisbatkan kepada agama Samawi (agama Allah). Sebab budi yang luhur bahkan budi yang sebenarnya mestinya harus mempunyai ciri yang menyeluruh dan universal, sehingga tidak terjadi anggapan halal untuk ini tetapi haram untuk itu.

Perbezaan prinsip antara kita dan golongan bada’iyah (primitif) hanyalah dalam hal luasnya daerah budi/akhlak. Bukan ada atau tidak adanya budi itu. Sebab soal amanat misalnya, menurut anggapan mereka dipandang sebagai suatu sikap yang baik dan terpuji, tetapi hanya khusus antara putera sesuatu kabilah. Kalau sudah keluar dari kabilah itu atau lingkungan keluarga, boleh saja berbuat khianat; bahkan kadang-kadang dipandang siasat baik atau sampai kepada wajib.

Pengarang Qisysyatul Hadharah menceritakan, bahawa semua golongan manusia hampir ada persamaan dalam kepercayaan yang menunjukkan mereka lebih baik daripada yang lain. Misalnya bangsa Red Indian di Amerika, mereka menganggap dirinya sebagai hamba Tuhan yang terbaik. Tuhan menciptakan mereka ini sebagai manusia yang berjiwa besar khusus untuk dijadikan sebagai tauladan di mana manusia-manusia lainnya harus menaruh hormat kepadanya.

Salah satu suku Indian itu ada yang menganggap dirinya sebagai Manusia yang tidak ada taranya. Dan suku yang lain beranggapan, bahawa dirinya itu manusia diantara sekian banyak manusia. Suku Carbion mengatakan pula hanya kami lah yang disebut manusia sesungguhnya dan seterusnya.

Kesimpulannya, bahawa manusia primitif didalam mengatur cara pergaulannya dengan golongan lain tidak menggunakan jiwa etika yang lazim seperti yang biasa dipakai dalam berhubungan dengan kawan sesukunya.

Ini merupakan bukti nyata, bahawa etika (akhlak) merupakan fungsi yang paling ampuh guna memperkukuh jemaah dan memperteguh kekuatannya untuk menghadapi golongan lain. Oleh kerana itu persoalan etika dan larangan tidak akan dapat berlaku (sesuai) melainkan untuk penduduk golongan itu sendiri. Untuk golongan lain, tidak lebih daripada tamu. Justeru itu boleh saja mereka mengikuti tradisi golongan tersebut sekadarnya saja.

Rujukan: Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi

-------------------------------------------------------------------------------

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, May 29, 2009

Pekerjaan Bercucuk Tanam

Di dalam al-Quran Allah SWT menyebutkan tentang masalah mencari rezeki ada beberapa pokok (prinsip) yang harus ditepati demi menjayakan usaha bercucuk tanam.

Pertama Allah SWT menyebutkan bahawa bumi ini disediakanNya untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan. Untuk itu Allah SWT telah jadikan bumi ini serba mudah dan dihamparkan sebagai suatu nikmat yang harus sentiasa diingat dan disyukuri.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"…Allah menjadikan bumi ini untuk kamu dengan terhampar supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi itu" (Al Quran Surah Nuh ayat 19 dan 20)
"…Allah telah meratakan bumi untuk makhlukNya, di bumi itu ada buah-buahan dan pohon korma yang mempunyai kelopak-kelopak, dan biji bijian yang berkulit dan bunga bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Al Quran Surah Ar-Rahman ayat 10 hingga 13)

Yang kedua, Allah SWT menyebutkan tentang air (atau ayer), Dia permudahkan dengan diturunkanNya melalui hujan dan mengalir di sungai-sungai, kemudian dengan air itu dihidupkanlah bumi yang tadinya mati/tandus.
Firman Allah SWT:
"Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dengan air itu Kami tumbuhkan segala jenis, maka Kami keluarkan daripada tumbuh tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang hijau itu biji-bijian yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya diwaktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman" (Al Quran Surah Al-An'am ayat 99)
"maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit). Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya lalu Kami tumbuhkan di bumi itu biji-bijian, anggur dan sayur-sayuran." (Al Quran Surah 'Abasa ayat 24-28)

Selanjutnya tentang angin yang diltiupkan oleh Allah SWT dengan membawa kegembiraan, di antaranya dapat menggiring awan dan mengkahwinkan tumbuh-tumbuhan. Ini semua tersebut dalam firman Allah SWT:
"Dan Kami telah hamparkan bumi dan Kami jadikan di atasnya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu mengikut ukuran. Dan Kami jadikan untukmu dibumi sumber-sumber penghidupan dan (Kami menciptakan pula) yang kamu bukan sekali kali pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatu benda pun melainkan di sisi Kamilah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkan nya melainkan dengan ukuran tertentu. Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengkahwinkan (tumbuh tumbuhan), dan kemudian Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu padahal bukanlah kamu yang mempunyai simpanan air itu." (Al Quran Surah Al-Hijr ayat 19 hingga 22)

Keseluruhan ayat-ayat ini merupakan peringatan Allah SWT kepada umat manusia tentang nikmatnya bercucuk-tanam serta mudahnya cara-cara untuk bercucuk-tanam itu. Dan sabda Rasulullah saw:
"Tidak ada seorang muslim pun yang menanam tanaman atau menaburkan benih, kemudian dimakan oleh burung atau manusia, melainkan baginya itu merupakan sedekah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan sabdanya pula yang ertinya sebagai berikut:
"Tidak ada seorang muslim pun yang menanam tanaman, kecuali apa yang dimakan merupakan sedekah baginya, dan apa yang dicuri juga merupakan sedekah baginya dan tidak juga dikurangkan bagi seseorang melainkan itu merupakan sedekah baginya sampai hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim)
Penegasan hadis tersebut, bahawa pahalanya akan terus diperoleh selama mana tanaman atau benih yang ditaburkan itu dimakan atau dimanfaatkan, sekalipun yang menanam dan yang menaburkannya itu telah meninggal dunia; dan sekalipun tanaman-tanaman itu telah pindah ke tangan orang lain.
Para ulama berpendapat: "Dalam kemurahan Allah SWT yang berlimpah ruah, bahawa Dia memberi pahala sesudah seseorang itu meninggal dunia sebagaimana waktu dia masih hidup, iaitu berlaku pada enam perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mahu mendoakan orang tuanya, tanaman, biji yang ditaburkan dan binatang (kendaraan) yang disediakan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh."

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang bertemu Abu Darda' ketika itu dia menanam pohon pala. Kemudian orang laki-laki itu bertanya kepada Abu Darda': “Hai Abu Darda'! Mengapa engkau tanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali sekian tahun lamanya”. Maka Abu Darda' menjawab: “Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di samping untuk makanan orang lain?”
Salah seorang sahabat Nabi ada yang mengatakan:
"Aku mendengar Rasulullah saw membisikkan pada telinga ku ini, iaitu: “Barangsiapa menanam sebuah pohon kemudian dengan tekun memeliharanya dan menguruskannya hingga berbuah, maka sesungguhnya baginya pada tiap-tiap sesuatu yang dimakan dari buahnya merupakan sedekah di sisi Allah." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dari hadis-hadis ini para ulama berpendapat, bahwa bercucuk-tanam (bertani) adalah pekerjaan yang paling baik. Tetapi yang lain pula berpendapat: “Bahawa pertukangan atau pekerjaan tangan merupakan pekerjaan yang paling mulia”. Sedang ada yang lain lagi berpendapat: “Berdaganglah yang paling baik”. Sementara ahli penyelidik dan pengkaji pula berpendapat: “Seharusnya kesemuanya itu berbeza-beza sesuai dengan perbezaan keadaan. Kalau masalah bahan makanan yang memang sangat diperlukan, maka bercucuk-tanam adalah pekerjaan yang lebih utama, kerana dapat membantu ramai orang. Kalau yang sangat diperlukan itu ialah barang-barang perdagangan kerana terputusnya perhubungan jalanraya misalnya, maka berdaganglah adalah yang lebih utama. Dan kalau yang diperlukan itu soal-soal kerajinan/pekerjaan tangan, maka pekerjaan tangan itu adalah lebih utama.

Perincian yang terakhir ini kiranya selaras dengan keutamaan pengetahuan ekonomi moden.

Bercucuk-Tanam Yang Diharamkan

Setiap tumbuh-tumbuhan yang diharamkan memakannya atau yang tidak boleh dipergunakan kecuali dalam keadaan darurat, maka tumbuh-tumbuhan tersebut haram ditanam, misalnya: pokok ganja dan sebagainya.
Begitu juga tembakau kalau kita berpendapat merokok itu haram, dan inilah yang rajih (yang jelas nyata maksudnya dari susunan dan lafaz ayat), maka menanamnya bererti haram. Dan kalau berpendapat makruh, maka menanamnya pun makruh juga.
Tidak ada alasan bagi seorang muslim untuk menanam sesuatu yang haram untuk dijual kepada orang selain dari orang Islam: Sebab selamanya seorang muslim tidak boleh berbuat haram. Oleh kerana itu seorang muslim tidak diperkenankan memelihara babi untuk dijual kepada orang kafir. Atas dasar ini jugalah sebagaimana telah sedia maklum, Islam mengharamkan menjual anggur yang sudah jelas halalnya itu kepada orang yang diketahui akan memproses anggur itu menjadi arak yang haram.

Perusahaan dan Mata Pencarian Lain

Islam menggalakkan umatnya supaya bercucuktanam dan mengangkat ke darjat yang tinggi serta memberikan pahala kepada orang orang yang bercucuk tanam. Tetapi di sebalik itu Islam sangat benci kalau umatnya itu membataskan aktiviti pekerjaan hanya kepada bidang pertanian atau terbatas hanya bergelumang di dasar lautan.

Islam tidak mahu umatnya menganggap sudah mencukupi dengan hanya bertani saja dan mengikuti ekor lembu. Ini boleh mengurangkan keperluan umat yang sekaligus mendedahkan kepada suatu bahaya kekurangan makanan. Oleh kerana itu tidak menghairankan kalau Rasulullah saw pernah menegaskan, bahawa cara semacam itu merupakan sumber bencana dan bahaya serta kehinaan yang menyelubungi umat. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan banyak keadaan.
Untuk itu maka Rasululiah saw telah bersabda:
"Apabila kamu berjual-beli dengan lenah dan kamu berpegang pada ekor-ekor sapi, dan senang bercucuk-tanam serta meninggalkan jihad, maka Allah akan memberikan suatu kehinaan atas kamu yang tidak dapat dilepaskan oleh kamu, sehingga kamu kembali kepada ajaran agamamu." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kalau begitu, maka sudah seharusnya disamping bercucuk-tanam ada juga perusahaan dan mata-pencarian lain yang kiranya dapat memenuhi keperluan-keperluan penghidupan yang baik dan taraf hidup umat yang tinggi dan bebas, serta negara yang kuat, kayaraya dan makmur.
Mata-pencarian dan perusahaan-perusahaan ini bukan hanya dipandang mubah oleh Islam, bahkan sesuai dengan penegasan para ulama disifatkan sebagai fardhu kifayah' dengan pengertian, bahawa masyarakat Islam harus memperbanyakkan dari kalangan umatnya orang-orang yang berpengetahuan, memperbanyakkan perusahaan dan mata-pencarian yang dijangka dapat menggenapkan keperluan masyarakat itu dan dapat melicinkan segala urusannya. Maka apabila terjadi sesuatu kekurangan baik dari segi pengetahuan mahu pun perusahaan dan tidak ada yang menguruskannya, maka seluruh masyarakat Islam itu akan berdosa, khususnya ulil amri (pemimpin) dan ahlul hili wal aqdi (pembuat undang-undang).

Imam Ghazali ra berkata: "Adapun yang termasuk fardhu kifayah, iaitu semua ilmu yang sangat diperlukan sebagai piawai untuk menguruskan persoalan-persoalan duniawi, seperti ilmu perubatan, kerana amat diperlukan demi menjaga kesihatan jasad, dan seperti ilmu matematik sebagai yang sangat diperlukan untuk urusan mu'amalat, pembahagian wasiat, pewarisan, dan lain-lain.

Ilmu-ilmu tersebut kalau sesuatu negara itu kekurangan pakar-pakar dalam bidang-bidang tersebut contohnya, maka seluruh penduduk negera tersebut akan berdosa. Tetapi jika ada seseorang yang berkerja dalam bidang tersebut dengan penuh kepakaran, maka itu sudah dianggap mencukupi untuk seluruh penduduk dan oleh itu gugurlah kewajiban itu dari penduduk yang lainnya.

Justru itu tidak menghairankan kalau dikatakan: Bahawa mempelajari ilmu perubatan dan ilmu matematik itu, misalnya, termasuk dalam bidang kewajiban fardhu kifayah. Begitu juga perindustrian utama seperti ilmu pertanian, pertenunan dan siasah bahkan ilmu bekam termasuk juga fardhu kifayah. Kerana jika sesuatu negara kekurangan ahli bekam, niscaya kebinasaan boleh mengancam, yang bererti pula mereka hanya menyerahkan diri kepada kebinasaan. Padahal Allah yang menurunkan penyakit, Allah juga menurunkan ubatnya dan Dia juga yang membimbing umat manusia untuk menggunakan ubat-ubatan tersebut dan telah juga ditunjukkanNya cara-cara untuk menemukannya. Oleh kerana itu manusia tidak boleh mencampakkan diri ke dalam kebinasaan dengan cara meremehkan persoalan tersebut.

Al-Quran telah mengisyaratkan supaya memperbanyakkan bidang-bidang perindustrian dengan disebutNya sebagai nikmat kurnia Allah SWT. Misalnya firman Allah swt yang menjelaskan tentang Nabi Daud:
"… dan Kami lunakkan besi baginya iaitu buatlah baju besi yang bear besar dan ukurlah anyamannya." (Al Quran Surah Saba' ayat 10 dan 11)
"Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu untuk menjaga kamu dari bahaya dalam peperanganmu, maka hendaklah kamu bersyukur kepada Allah" (Al Quran Surah Al-Anbiya' ayat 80)
Kemudian tentang Nabi Sulaiman, Allah berfirman:
"…dan Kami alirkan kepadanya cairan tembaga, dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (dibawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya, dan siapa diantara mereka yang menyimpang dari perintah Kami, maka akan Kami rasakan dia dengan siksaan api neraka. Para jin itu bekerja untuk Sulaiman menurut apa yang ia inginkan, misalnya gedung-gedung yang tinggi, patung patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periku yang tetap (berada diatas tungku). Kerjakanlah hai keluarga Daud dengan penuh kesyukuran kepada Allah. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" (Al Quran Surah Saba' ayat 12-13)
Dan tentang Dzulqarnain dengan bendungan raksasanya (great wall) itu, Allah berfirman:
"Dzulqarnain berkata: Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebib baik, maka tolonglah aku (dengan kekuatan manusia dan alat-alat) agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, bawalah kepadaku kepingan-kepingan besi“. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain, “ Tiuplah (api itu)”. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, “Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi pana itu”. Dengan demikian maka mereka tidak dapat mendakinya dan tidak dapat melubanginya." (Al Quran Surah Al-Kahfi ayat 95-97)
Selanjutnya tentang kisah Nabi Nuh dengan cara membuat perahunya, dimana Allah SWT memberikan isyarat betapa besarnya perahunya itu bagaikan gunung yang akan mengharungi laut.
Maka firman Allah SWT:
"Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah adanya kapal kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung." (Al Quran Surah As-Syuura ayat 32)
Dalam beberapa Surah, Allah SWT banyak menyebutkan tentang masalah cara-cara berburu dengan segala macam bentuk dan jenisnya, bermula dari cara berburu ikan dan binatang-binatang laut sampailah kepada cara berburu binatang darat. Disebutkan juga bagaimana cara menyelam untuk mengeluarkan lulu' (mutiara), marjan dan sebagainya.
Lebih dari itu semua, Al-Quran telah menyedarkan manusia akan nilai daripada besi yang belum pernah dibicarakan oleh kitab-kitab agama sebelumnya. Maka setelah Allah SWT menyebutkan tentang diutusnya para Rasul dan diturunkannya kitab, kemudian Allah SWT berfirman:
"Dan Kami ciptakan besi, yang padanya ada kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia." (Al Quran Surah Al-Hadiid ayat 25)
Oleh kerana itu tidak menghairankan, kalau Surah yang membicarakan masalah besi ini disebut juga surah Al-Hadiid (besi).

Semua perusahaan dan mata-pencarian yang dapat memenuhi keperluan masyarakat atau yang dapat mendatangkan manfaat yang nyata, maka semua itu termasuk dalam amal soleh apabila semua itu dilakukan dengan ikhlas dan dilaksanakan menurut perintah agama.
Islam menganggap tinggi beberapa pekerjaan yang kadang-kadang oleh manusia dinilai sangat rendah, misalnya menggembala kambing yang biasa diabaikan oleh manusia. Malah mereka tidak mahu menilainya sebagai pekerjaan yang baik. Namun Rasulullah s.a.w. tetap bersabda:
"Allah tidak mengutus seorang Nabi pun melainkan dia itu menggembala kambing. Waktu para sahabat mendengar perkataan itu, mereka kemudian bertanya: Dan engkau, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Ya! Saya juga menggembala kambing dengan upah beberapa karat, milik penduduk Makkah." (Hadis Riwayat Bukhari)
Muhammad saw sebagai utusan Allah SWT dan penyudah sekalian Nabi, juga menggembala kambing, dan itupun bukan kambingnya sendiri tetapi ia menggembala dengan upah milik sebagian penduduk Makkah. Diterangkan baginda ini kepada umatnya untuk mengajar mereka, bahawa kebesaran itu hanya dimiliki oleh orang-orang yang suka berkerja, bukan oleh orang yang suka berfoya-foya dan penganggur.
Al-Quran juga mengkisahkan tentang kisah Nabi Musa a.s. bahawa dia juga berkerja sebagai buruh bagi seorang yang sangat tua. Dia bekerja sebagai buruh selama 8 tahun sebagai syarat untuk dikahwinkan dengan salah seorang puterinya. Nabi Musa dinilai orang tua tersebut sebagai pekerja yang baik dan buruh yang terpuji. Maka benarlah dugaan puteri orang tua itu, di mana salah satunya ada yang berkata:
"Hai, ayah! Ambillah dia sebagai pekerja kita kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang patut diambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat lagi boleh dipercayai". (Al Quran Surah Al-Qashash ayat 26).
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Daud berkerja sebagai tukang besi untuk membuat baju besi. Adam berkerja sebagai petani, Nuh sebagai tukang kayu, sedang Musa sebagai penggembala kambing. (Hadis Riwayat Hakim).

Oleh itu setiap muslim harus menyiapkan diri untuk dengan sesuatu mata pencarian, sebab tidak seorang nabi pun terkecuali dari berkerja dalam salah satu lapangan pencarian.
Nabi Muhammad saw dalam salah satu hadisnya bersabda:
"Tidak makan seseorang satu makanan sedikitpun yang lebih baik, melainkan dia makan atas usahanya sendiri,dan Nabi Daud makan dari hasil pekerjaanya sendiri." (Hadis Riwayat Bukhari)

Rujukan: Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, May 25, 2009

Agamawan Mukim Lipat Kajang – Bahagian 2

Tulisan ini tidak boleh dijadikan bahan rujukan, dan tidak boleh dirujuk untuk apa-apa jua tujuan dalam apa jua keadaan

Dari segi klasifikasi ilmu, ‘ulama menduduki tempat pertama sebagai pemegang kuasa/otoriti (authority) dalam ‘ulum ‘un naqliy (ilmu yang berteraskan wahyu). Sementara ulum ‘ul aqli (ilmu yang berteraskan akal) menduduki tempat kedua. Justeru pembangunan duniawi dalam perspektif Islam itu sifatnya adalah integratif, ‘ulama menjadi penentu mutlak di dalam pencapaian tamaddun Islam yang lalu.

Dengan meneladani iltizam dan keupayaan ‘ulama di zaman silam, para agamawan tempatan masa kini, yang memungkinkan kelahiran ‘ulama dan cendiakawan Islam pada masa akan datang, mempunyai peranan yang lebih besar, amat mendesak dan mencabar daripada zaman lampau.

Dewasa ini umat Islam sedang menyaksikan era kepesatan pembangunan duniawi. Perkembangan sains kejuruteraan bionetik, sains pengurusan, kejuruteraan sistem, perkembangan teknologi maklumat tinggi dan pembangunan ekonomi yang rancak telah merubah bentuk dan cara hidup manusia masakini.

Sebagai sebuah kampong kecil di pedalaman yang terletak di persimpangan saingan pembangunan yang sengit, dalam usaha untuk menempatkan diri di peta dunia, pastinya Kg Lipat Kajang akan juga berhadapan dengan cabaran keupayaan intelektualisme dan kewibawaan agamawan tempatan, sebagai kelompok penyumbang strategik yang sama-sama boleh mencarta perjalanan pembangunan dasar setempat, agar ia selari dengan ethos dan prinsip nilai-nilai akhlak manusia bertamaddun.

Melarikan diri dari cabaran tersebut hanya akan menggugat kredibiliti kepimpinan agama setempat (yang dianggap sebagai pemimpin didalam kampong dalam urusan-urusan keagamaan).

Dalam konteks sebuah kampong yang tidak cenderung melihat usaha-usaha mengejar pembangunan dari perspektif agama, segala sesuatu bersabit dengan apa jua permasalahan masyarakat dari semua sudut masih terus didasarkan dan dirujuk kepada hukum-hukum dan prinsip-prinsip agama Islam, maklum balas dari mereka yang mempunyai pengetahuan luas dalam dalam bidang agama Islam dalam kampong sentiasa diperoleh.

Namun hendaknya bukan setakat hanya apabila ada sesuatu kepentingan yang memihak kepada “pihak berwajib” (kerajaan) atau “pihak berkuasa” semata-mata yang perlu diuruskan di peringkat mukim/kampong (peringkat akar umbi), maka barulah penglibatan agamawan digembeling dan diiktiraf. Sebaliknya dalam banyak lain-lain hal permasalahan kampong, peranan agamawan tidak pernah diperlukan. Jika keadaan sedemikian berlaku maka tanggapan masyarakat setempat ialah bahawa agamawan adalah semata-mata berperanan membantu menegakkan tunjang “pihak berkuasa” (pemimpin/pemerintah) dengan cara berhujjah berlandaskan dalil-dalil wahyu dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat terhadap sesuatu usul pemerintah tanpa mengira prinsip asasnya dari segi hukum halal haram atau kebenaran/kebathilan. Agamawan dijadikan sebahagian dari diplomasi politik walau pun diperingkat tempatan
Dalam situasi dimana kredibiliti nilai dan kejujuran sudah banyak dipersoalkan, kredibiliti seseorang atau satu institusi akan mudah segera di ukur pada sejauh mana kekuatan asas pegangan nilai dan etika seseorang atau institusi itu. Golongan agama dalam hal ini wajar berperanan sebagai unsur pengimbang, menawarkan alternatif dan menjadi rakan dalam proses membuat keputusan dan cadangan-cadangan tertentu berteraskan nilai dan kepercayaan kepada Tuhan (yakni berteraskan hukum-hukum Islam).

Menjadikan ulama’ atau agamawan sebagai rakan runding dalam semua rancangan dan usaha pembangunan kampong tidak akan mencacatkan kuasa ketua/pemimpin kampong, walau pun peranan ulama’ tersebut sama sekali bukan kuasa penentu samada pembangunan akan berjaya atau gagal. Juga golongan agamawan setempat dalam bilangannya yang amat kecil tidak boleh disalah anggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk menyimpang dari peranan asal mereka sebagai pewaris pencerah ‘ilmu dan agama hanya kerana mereka berpendirian yang lebih terbuka dan liberal dalam mengamalkan cara hidup Islam sebagai satu cara hidup yang sentiasa progresif selari dengan perkembangan sosio-budaya dan ekonomi kehidupan ummat, tanpa sedikit pun menyalahtafsir hukum-hukum Tuhan atau menggugat iman dan aqidah.

Malahan para agamawan bakal menambah political mileage, menunjukkan proses kedewasaan demokrasi setempat dan mempertingkatkan kuasa diplomasi (power of diplomacy) kepimpinan yang sedia ada. Juga sebaliknya agamawan dapat meluaskan ruanglingkup peranan tradisionalnya sebagai pakar rujuk dalam hal-hal tertentu yang ada hubungkait dengan segala perukunan dan amalan-amalan agama Islam.

Dasar peminggiran atau memperlekehkan peranan agamawan akan hanya melebarkan jurang dan menyuburkan polarisasi dikalangan penduduk kampong, yang boleh melebarkan cetusan kebencian dan persengketaan disebabkan perbezaan pendapat yang tidak langsung berlandaskan syariah, iman dan aqidah dan jauh menyimpang dari amalan-amalan yang dituntut. Silaturrahim dikalangan penduduk akan pasti tergugat dan perselisihan faham akan berlaku diantara kepimpinan masyarakat dengan kepimpinan keagamaan walau pun pada kebiasaannya kepimpinan kampong adalah juga kepimpinan keagamaan (yang menguasai pengurusan masjid).

Mustahak dilahirkan dan adanya agamawan dalam masyarakat (mukim/kampong) bukanlah bertujuan untuk mewujudkan situasi kecelaruan atau percanggahan peranan, kerana hakikatnya agama pada manusia adalah panduan utama dan penyuluh kehidupan, bukan sebaliknya pemain peranan politik sebenar (real politician) yang jauh lebih kecil darinya.

Apa yang dicadangkan adalah mewujudkan situasi gandingan atau politik akomodasi yang positif berdasarkan kepentingan maslahat jangka panjang dan bukan faedah-faedah jangka pendek. Jika situasi gandingan yang sejahtera antara agamawan dan pentadbir dapat berlaku, maka barulah wujudnya wawasan al-Quran “membangun masyarakat aman dan diberkati oleh Tuhan” (baldatun thoiyibah warabbun ghofur).

Penglibatan positif yang dimaksudkan dalam konteks politik tempatan hari ini adalah peranan proaktif agamawan dalam memberi pendapat-pendapat (buah fikiran) alternatif yang berasaskan etika ketuhanan, keadilan dan nilai-nilai kemanusiaan yang sejahtera, serta dapat diterima oleh semua penduduk mukim/kampong.

Jika golongan agamawan Islam berupaya mewarnai dialog-dialog yang menarik yang didasari oleh ketelitian/kemantapan hujjah dan penganalisaan yang mendalam dan jelas, maka tiada sebab mengapa golongan agamawan Islam diperingkat mukim/kampong harus diketepikan dalam proses membuat keputusan atau sebagai pemangkin dalam meningkatkan nilai-nilai kehidupan masyarakat setempat melalui amalan-amalan yang lebih sempurna.

Umumnya agamawan Islam yang menguasai ilmu-ilmu seperti usul fiqh dan fiqh siyasah kontemporari tentunya berupaya melihat dari kacamata alternatif yang tidak mengancam, yang kontemporari dan harmonis. Cabaran pembangunan sosio-ekonomi, politik dan keagamaan masakini semakin bertambah kompleks dan getir, dan ini menambahkan lagi keyakinan bahawa walau di peringkat mukim/kampong sekali pun adalah sangat perlu diwujudkan gandingan baik dan semangat keterbukaan antara mereka yang berpendidikan luas dalam agama Islam dengan mereka yang berpendidikan tinggi dalam ilmu-ilmu konvensional, tanpa ada sikap prejudis atau budaya cantas mencantas antara satu sama lain.

Peranan-perana inisiatif yang dimainkan oleh beberapa pertubuhan dan cendiakawan Islam di beberapa buah negara boleh dijadikan contoh positif bagaimana institusi Islam dapat berperanan di peringkat masjid, kampong atau mukim untuk memperkasa dan memodelkan perspektif Islam sebagai alternatif penyelesaian permasalahan samada dalam bidang keagamaan mahu pun dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik, atau sosial dan dapat juga menawarkan beberapa inisiatif yang sesuai untuk menghasilkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang halal (yakni tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama Islam) diperingkat mukim/kampong.

Begitu juga dalam hal membangunkan/melahirkan personaliti tokoh berprofail tinggi yang berwibawa seperti Dr Tariq Ramadan, Dr Mustafa Ceriq, Dr Ibrahim el Hebawi, Sheikh Yusuff al Qardawi, Sheikh Mustafa al Maulawi adalah antara contoh kejayaan yang boleh memberangsangkan masyarakat kampong supaya memberikan keutamaan yang wajar terhadap pendidikan anak-anak dalam bidang agama Islam agar dapat pada jangkapanjangnya dilahirkan agamawan-agamawan mukim/kampong yang tersohor bukan saja di peringkat Mukim Lipat Kajang tetapi juga sampai jauh sehingga ke arena antarabangsa.

Di sini perlunya agamawan Islam negeri/negara menerajui kehadapan dalam dialog-dialog kepimpinan dan motivasi diperingkat mukim/kampong bertujuan melahirkan kesedaran dikalangan penduduk terhadap pentingnya menggalakkan pendidikan generasi-generasi pewaris dalam bidang agama Islam, sama penting dengan pendidikan di bidang-bidang duniawi yang lain seperti pertanian, kejuruteraan, perundangan, perubatan, dan lain-lain.

Budaya kesarjanaan strategik dan kritikal dalam bidang keagamaan juga perlu diwujudkan. Agamawan tempatan perlu juga menguasai bidang–bidang pengkhususan lain seperti perubatan, sains sosial, pembangunan politik, pengurusan strategik, kepimpinan, teknologi maklumat dan lain-lain.

Untuk situasi ‘ulama sebagai pakar rujuk dalam konteks pembangunan negara hari ini sudah tentu memerlukan cabaran intelektualisme di peringkat yang tinggi dan silang disiplin keilmuan, memahami isu-isu semasa dengan jelas, celik media dan mampu menganalisis perspektif global.

Secara realitinya ditinjau dari sudut kualiti kepimpinan agama masa kini, ujian sebenar terletak bukan pada samada tidak wujudnya peluang atau ruang bertindak agamawan adalah terhad. Tetapi cabaran utamanya ialah tidak wujudnya golongan agamawan Islam di peringkat mukim/kampong, contohnya di Mukim Lipat kajang Pahang pada masa kini tidak terdapat agamawan yang berupaya dan kompeten untuk menunjukkan kualiti kepimpinan dan intelektualisme jauh lebih luas daripada hanya terikat kepada emosi ekskluvisme agama dan masyarakat/kelompok sendiri.

Kita mengharapkan supaya ramai agamawan seperti Almarhum Tuan Hj Ahmad Hurairah dapat dilahirkan di Mukim Lipat Kajang dalam jangka masa terdekat.

Tidak dinafikan mungkin memang sudah ada terdapat dikalangan penduduk Mukim Lipat Kajang anak-anak muda dari generasi pewaris yang sudah layak dan sudah diiktiraf sebagai agamawan yang semestinya sudah pun giat mempermainkan peranan-peranan masing-masing sebagai guru-guru agama, pegawai-pegawai agama, pemimpin-pemimpin agama pada tahap pencapaian dan kepakaran yang tersendiri. Maka segera diharapkan agar mereka ini dapat menyumbang kepada pembangunan bidang agama Islam di Mukim Lipat Kajang melalui apa jua peranan/penglibatan yang wajar tanpa dibantutkan oleh sebarang kepentingan peribadi.

(ini hanyalah pendapat dan pandangan penulis, yang masih boleh dipertikaikan)

(tanpa syak wasangka dan tanpa prejudis)

ucapan terima kasih diatas beberapa rujukan yang telah dibuat mengenai tajuk “agamawan” ini

---------------------------------------------------------------------------------

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, May 24, 2009

Ning.com

Selain dari yang saya tulis dalam blog ini, banyak juga yang saya tulis dalam ning.com. Perkara2 yang remeh temeh yang saya anggap tidak layak untuk di masukkan ke dalam blog ini, tetapi yang seorang dari Lipat Kajang atau anak Lipat Kajang perlu mendapat pegetahuan; sebagai pegetahuan atau sebagai rekod atau sebagai buah fikiran sahaja. Sila masuk (jika boleh) atau sila jadi ahli (percuma) ning.com.

(Join our ning.com for the nitty gritty of Lipat Kajang)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, May 19, 2009

Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Mubah

Dasar pertama yang ditetapkan oleh Islam ialah bahawa asal sesuatu yang dicipta oleh Allah SWT adalah halal dan mubah. Tidak ada satu pun yang haram, kecuali kerana adanya nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah SWT dan Rasul saw) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah, misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah atau tidak ada nas yang tegas (syarih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.

Ulama-ulama Islam mendasarkan ketetapannya bahawa segala sesuatu asalnya mubah, seperti tersebut di atas, dengan dalil ayat-ayat Al-Quran yang antara lain:
"Dialah Zat yang menciptakankan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya." (Al Quran, Surah al-Baqarah, ayat 29)

"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman" (Al Quran, Surah al-Jatsiyah, ayat 3)

"Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentingan mu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak mahupun yang tidak nampak." (Al Quran, Surah Luqman, ayat 20)

Allah SWT tidak akan membuat segala-galanya ini yang diserahkan kepada manusia dan dikurniakannya, kemudian Dia sendiri mengharamkannya. Kalau tidak begitu, buat apa Dia jadikan, Dia serahkan kepada manusia dan Dia kurniakannya?

Beberapa hal yang Allah SWT haramkan itu, justeru kerana ada sebab dan hikmahnya.
Dengan demikian bab haram dalam syariat Islam itu sebenarnya sangat sempit sekali, dan bab halal pula sangat luas. Hal ini adalah kerana nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal haram, jumlahnya sangat kecil sekali. Sedang sesuatu yang tidak ada keterangan halal-haramnya, adalah kembali kepada hukum asal iaitu halal dan termasuk dalam kategori yang dima'fu kan Allah SWT.

Mengenai perkara ini ada satu Hadis yang menyatakan sebagai berikut:
"Apa saja yang Allah halalkan dalam kitabNya, maka itu adalah halal, dan apa saja yang Dia haramkan, maka itu adalah haram; sedang apa yang Dia anyakemaafannya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun."

Kemudian Rasulullah saw membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa-lupa (Hadis Riwayat Hakim dan Bazzar)
"Rasulullah saw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab baginda: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Dia diamkan, maka itu adalah salah satu yang Allah maafkan buat kamu." (Hadis Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)

Rasulullah saw tidak ingin memberikan jawapan kepada yang bertanya dengan menerangkan satu persatunya, tetapi baginda mengembalikan kepada suatu kaedah yang kiranya dengan kaedah itu mereka dapat diharamkan Allah, sedang lainnya halal dan baik.

Dan sabda baginda juga,
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka jangan kamu sia-siakan; dan Allah telah memberikan beberapa batasan, maka jangan kamu langgar; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertikaikan; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." (Hadis Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
Dijelaskan juga bahawa kaedah asal segala sesuatu adalah halal ini tidak hanya terbatas dalam masalah benda, tetapi meliputi masalah perbuatan dan pekerjaan yang tidak termasuk daripada urusan ibadah, iaitu yang biasa diistilahkan sebagai Adat atau Mu'amalat. Pokok dalam masalah ini tidak haram dan tidak terikat, kecuali sesuatu yang memang oleh syari' sendiri telah diharamkan dan diperkukuhkan sesuai dengan firman Allah SWT:
"…Allah telah menjelaskan kepadamu segala apa yang Dia telah haramkan ke atas kamu." (Al Quran Surah al-An'am ayat 119)

Ayat ini umum, meliputi soal-coal makanan, perbuatan dan lain-lain.
Berbeza sekali dengan urusan ibadah, iaitu semata-mata urusan agama yang tidak ditetapkan, melainkan dari jalan wahyu. Untuk itulah, maka terdapat dalam suatu Hadis Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa membuat cara baru dalam urusan kami, dengan sesuatu yang tidak ada contohnya, maka dia itu tertolak." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah kerana hakikat agama atau ibadah itu tercermin dalam dua hal, iaitu:
1. Hanya Allah saja yang disembah.
2. Untuk menyembah Allah, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkanNya.

Oleh kerana itu, barangsiapa mengada-ada suatu cara ibadah yang timbul dari dirinya sendiri walau apa pun caranya, maka itu adalah suatu kesesatan yang harus ditolak. Sebab hanya syari' lah yang berhak menentukan cara ibadah yang dapat dipakai untuk bertaqarrub kepadaNya.

Adapun masalah Adat atau Mu'amalat, sumbernya bukan dari syari', tetapi dari manusia itu sendiri yang menimbulkan dan mengadakan. Syari' dalam hal ini tugasnya adalah untuk membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengakui, kecuali dalam beberapa hal yang memang akan membawa kerosakan dan mudharat.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Sesungguhnya sikap manusia, baik yang berbentuk percakapan ataupun perbuatan ada dua macam iaitu ibadah untuk kemaslahatan agamanya, dan kedua adat (kebiasaan) yang sangat mereka perlukan demi kemaslahatan dunia mereka. Maka dengan terperincinya pokok-pokok syariat, kita dapat mengakui, bahawa seluruh ibadah yang telah dibenarkanNya, hanya dapat ditetapkan dengan ketentuan syara' itu sendiri."

Adapun masalah Adat iaitu yang biasa dipakai ummat manusia demi kemaslahatan dunia mereka sesuai dengan apa yang mereka perlukan, sememangnya tidak terlarang. Semuanya boleh, kecuali hal-hal yang oleh Allah SWT dilarang. Demikian itu adalah kerana perintah dan larangan, kedua-duanya disyariatkan oleh Allah SWT. Sedangkan ibadah adalah termasuk yang mesti diperintah. Oleh kerana itu sesuatu yang tidak diperintah, bagaimana mungkin dihukumkan sebagai terlarang.

Imam Ahmad dan beberapa ahli feqah lainnya berpendapat: pokok dalam urusan ibadah adalah tauqif (bersumber pada ketetapan Allah dan Rasul). Oleh kerana itu ibadah tersebut tidak boleh dikerjakan, kecuali kalau ternyata telah disyariatkan oleh Allah SWT. Kalau tidak demikian, bererti kita akan termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Allah SWT:
"Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengsyariatkan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah?" (Al Quran, Surah as-Syura ayat 21)

Sedang dalam persoalan Adat prinsipnya boleh. Tidak satu pun yang terlarang, kecuali yang memang telah diharamkan. Kalau tidak demikian, maka kita akan termasuk dalam apa yang dikatakan Allah:
"Katakanlah! Apakah kamu sudah mengetahui sesuatu yang diturunkan Allah untuk kamu daripada rezeki, kemudian kamu jadikan daripadanya itu haram dan halal? Katakanlah! Apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah kamu memang berdusta atas (nama) Allah?" (Al Quran Surah Yunus ayat 59)

Ini adalah suatu kaedah yang besar sekali manfaatnya. Dengan dasar itu pula maka diaturkan soal jual-bell, hibah, sewa-menyewa dan lain-lain adat yang selalu diperlukan manusia untuk mengatur kehidupan mereka seperti makan, minum dan pakaian. Agama membawakan beberapa etika yang sangat baik sekali, iaitu mana yang sekiranya membawa bahaya, diharamkan; sedang yang diperlukani, diwajibkannya. Yang tidak layak, dimakruhkan; sedang yang jelas membawa maslahah, disunnatkan.

Dengan dasar itulah maka manusia dapat melakukan jual-beli dan sewa-menyewa sesuka hatinya, selama ianya itu tidak diharamkan oleh syara'. Begitu juga mereka boleh makan dan minum sesukanya, selama ianya itu tidak diharamkan oleh syara', sekalipun sebahagiannya ada yang oleh syara' kadangkala disunnatkan dan ada kalanya dimakruhkan. Sesuatu yang oleh syara' tidak diberikan batasan, mereka dapat menetapkan menurut kemutlakan hukum asal.

Prinsip di atas, sesuai dengan apa yang disebut dalam Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari Jabir bin Abdillah, iaitu:
"Kami pernah melakukan 'azl' (iaitu persetubuhan dengan mengeluarkan zakar sebelum terkeluarnya air mani), sedang waktu itu Al-Quran masih turun; kalau hal tersebut dilarang, niscaya Al-Quran akan melarangnya"

Ini menunjukkan, bahwa apa saja yang didiamkan oleh wahyu, bukanlah terlarang. Mereka bebas untuk mengerjakannya, sehinggalah ada nas yang melarang dan mencegahnya.
Demikianlah salah satu daripada kesempurnaan kecerdasan para sahabat.

Dan dengan ini pula, ditetapkan suatu kaedah iaitu:
"Soal ibadah tidak boleh dikerjakan kecuali dengan syariat yang ditetapkan Allah; dan suatu hukum adat tidak boleh diharamkan, kecuali dengan ketentuan yang diharamkan oleh Allah"


Rujukan: Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Saturday, May 16, 2009

Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan Yang Haram

ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap perkara yang dapat mendorong kepada sesuatu perbuatan baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundangannya mahupun dalam seluruh suruhan-suruhannya.

Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas kerana Allah SWT), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh kerana itu sesiapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuatkan tubuh badannya supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah SWT dan makhlukNya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau kerana hendak menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala.

Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. mensabdakan:
"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam satu riwayat lain dikatakan:
"Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak meminta-minta, dan berusaha untuk mencukupkan buat keluarganya, serta supaya dapat berbelaskasihan (membantu jiran tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah SWT (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Hadis Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mu'min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.
Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh digunapakai untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya mengsyaratkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga. Syariat Islam tidak membenarkan prinsip apa yang disebut al-ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelumang dalam kebathilan). Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Oleh kerana itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba’, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai haram, dengan maksud untuk mendirikan masjid, contohnya, atau untuk melaksanakan rancangan-rancangan yang baik lainnya, maka tujuan baiknya itu tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana disabdakan:
"Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Ia tidak mahu menerima kecuali yang baik pula. Allah SWT pun memerintah kepada orang mu'min seperti halnya perintahNya kepada para Rasul."

Kemudian Rasulullah membacakan ayat:
"Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal) dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu lakukan." (Al Quran Surah al-Mu'minun, ayat 51)

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang telah Kami berikan kepadamu." (Al Quran Surah al-Baqarah ayat 172)

"Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Yaa Rob, Yaa Rob (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dimakbulkan?" (Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dan sabda Nabi saw pula:
"Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, samasekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosa akan menimpa dia " (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Dan sabda Nabi saw lagi:
"Tidak seorang pun yang berkerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahawa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya (sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan kebaikan. Kekejian tidaklah dapat menghapuskan kekejian." (Hadis Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Rujukan: Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Fantasy

There are times in my life when I fantasise what can be done to improve Lipat Kajang.

I have always believed that public convenience vz-a-viz public toilet is very important. And there are not any, as far as I know, public toilet in any kampong in Pahang (I stand corrected). And I believe that public toilet is very important as when visitors visit the kampong and they have to go somewhere to ‘do their stuff’ in an emergency (or even not in an emergency). The toilet must be located centrally or in a location where public is bound to go such as near a school or near the Penghulu’s Office. But of course the toilet must be maintained, cleaned, water readily available all the time, and not locked or even if locked the key must be made easily available.

In the Malaysian scenery, there are great challenges to have such facilities.
1. Who is going to build it, that is who will foot the initial capital and then who will foot the maintenance costs?
2. Malaysian, especially in the rural area are not yet ready to accept such concept, they are not even ready I believe to accept public toilet in the kampong, and they are not even ready to see that such toilets are cleaned to a standard proud to show to visitors.
3. Such facilities are bound to be vandalised. Even toilets in a mosque have been known to be vandalized.
But I would love to see a well constructed and a well maintained public toilet in Lipat Kajang. Probably it will just be a fantasy.

MORE >>> (if you are asked to put your username and password because "restricted", just click on 'cancel' a couple of times and you are brought to the original site)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, May 14, 2009

Ahli sukan dari Lipat Kajang (Sportsman)


Setahu saya 2 orang Pemain Bolasepak dari Lipat Kajang telah pernah mewakili Pasukan Bolasepak Negeri Pahang. Sungguh pun saya tahu kedua2 mereka, tapi saya hanya ada gambar satu daripada mereka sahaja. Yang satu itu saya kenali tapi tiada gambar beliau. Sesiapa yang ada gambar beliau sila siarkan dalam blog ini.


(to the best of my knowledge only two sportsman from Lipat Kajang had ever gone to the State level, the State of Pahang, to represent the State in a game. In this case two ex- Football (Soccer) players of the State of Pahang came from Lipat Kajang. One of them is as per photo above, and would a Lipat Kajang-ite please show the photo of the other one in this blog).



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Agamawan Mukim Lipat Kajang - Bhg 1

Tulisan ini tidak boleh dijadikan bahan rujukan, dan tidak boleh dirujuk untuk apa-apa jua tujuan dalam apa jua keadaan

Agamawan Mukim Lipat Kajang – Bahagian 1

Istilah “guru” mencakupi guru tabika dan tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru maktab dan kolej (pensyarah) dan guru-guru di universiti (tutor, pensyarah, dr, prof madya, prof) dan berbagai lagi/kategori jenis guru – mereka semua ini adalah termasuk dalam golongan “guru” (atau cikgu)
Demikian juga istilah “agamawan” bukan lah satu istilah yang baru atau asing atau “bombastic” (yang membawa cirri-ciri keistimewaan).

Angkasawan, pastinya kita tahu siapa mereka ini. Begitu juga “sasterawan” atau “jutawan” atau “dermawan” atau apa-apa “…….wan” pun kita akan segera tahu siapa mereka bila disebut.

Istilah “agamawan” secara mudah dan literalnya diertikan oleh beberapa pendukung bahasa sebagai “a religious person” (dalam bahasa Inggeris), maknanya “agamawan” ialah seorang yang berpengetahuan dalam bidang agama sekaligus mengamalkan prinsip-prinsip serta peribadatan (Islam, jika ianya seorang beragama Islam).

Maka itu tidak salah jika kita maksudkan bahawa para “agamawan” Islam itu merangkumi semua mereka yang cukup berpengetahuan dalam bidang ilmu keagamaan Islam, pada tahap atau peringkat pencapaian/penguasaan masing-masing. Agamawan (Islam) ini pastinya terdiri daripada ustaz-ustaz (yang bertauliah, bukan yang asal pakai kupiah putih saja boleh dipanggil ustaz), guru-guru agama, ulama’-ulama’, kadhi-kadhi, mufti-mufti dan cendekiawan-cendekiawan agama (para penyelidik, pengkaji dan pakar rujuk agama serta lain-lainnya) yang kesemuanya boleh dan layak digelar “agamawan”.

Maka kita meneliti pula satu persoalan yang mungkin tidak pernah terlintas difikiran kebanyakan anak-anak Mukim Lipat Kajang selama ini iaitu, “kenapa tidak ada anak-anak jati Mukim Lipat Kajang Pahang yang muncul sebagai “agamawan” dalam beberapa dekad yang lalu yang merentasi beberapa generasi penduduk, mungkin sejak dari awal kurun yang ke 19 yang lalu, kecuali seorang sahaja yang kita semua ketahui iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah, ulama’ ulung di Mukim Lipat Kajang.

Tidak dinafikan penduduk-penduduk Kg Lipat Kajang (atau lebih tepat lagi, Mukim Lipat Kajang) rata-rata semuanya amat berpegang teguh kepada hukum-hukum agama Islam baik dari segi penunaian segala ibadah-ibadah yang dituntut (yang wajib dan juga yang sunat) mahu pun dari segi galakan/larangan dalam amalan-amalan hidup harian, yang sentiasa dipastikan berlandas kepada peraturan-peraturan dan hukum-hukum agama Islam. Namun apa yang tidak berapa disedari ialah hakikat bahawa penduduk Mukim Lipat Kajang secara amnya telah tidak berapa menitikberatkan (atau tidak berapa memberi keutamaan) kepada pedidikan, pembelajaran dan pengajian dibidang agama (Islam) untuk anak-anak mereka.

Berlatarbelakangkan keadaan hidup yang rata-rata boleh dikirakan sebagai dhaif (kecuali sebilangan kecil keluarga yang lebih bernasib baik), maka selama beberapa dekad dari satu generasi ke satu generasi, barangkali oleh kerana telah diyakinkan oleh “pendidikan-pendidikan” tertentu, dan maka itu telah timbul kesedaran yang meluap-luap bahawa harapan untuk mengubah kedhaifan hidup kepada satu keadaan yang lebih berkemampuan untuk memenuhi segala keperluan hidup, golongan ibu bapa perlu dan telah menjadi cenderung untuk menghantar anak anak mereka masuk belajar di sekolah-sekolah yang berbahasa penghantar Inggeris, sebaik saja tamat persekolahan rendah di Sekolah Melayu Lipat Kajang (kemudiannya Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang) dan/atau apabila saja mendapat tawaran dan peluang untuk anak-anak melanjutkan persekolahan di sekolah menengah Inggeris.

Didorong dan digalakkan pula oleh “pengamal” dan “pendokong” politik (terutamanya yang datang dari luar kampong) sebelum dan juga selepas kemerdekaan tahun 1957 bahawa orang kampong sepatutnyalah memberi keutamaan supaya anak anak mereka diberi pelajaran/pendidikan dalam bidang-bidang yang boleh cepat membawa pulangan/hasil untuk membantu mereka mengubah keadaan hidup (atau keadaan ekonomi) mereka. Khususnya bidang-bidang tersebut ialah bidang-bidang kemanusiaan dan sains yang sejak beberapa dekad lalu sudah wujud pengajaran/pembelajarannya di sekolah-sekolah menengah berbahasa penghantar Inggeris. Juga digembar-gemburkan kepada penduduk kampong ialah bahawa tanpa mengerti berbahasa Inggeris (yakni jika tidak tahu bercakap dalam bahasa Inggeris, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris) maka peluang untuk anak anak mereka untuk mencapai hasrat dan cita-cita agar mendapat pekerjaan bergaji lumayan adalah amat tipis, samada hendak menjadi seorang askar atau polis, atau hendak menjadi seorang kakitangan kerajaan, atau hendak menjadi seorang guru, atau seorang kerani, dan sebagainya.

Itulah pesanan dan “nasihat” yang diberikan kepada semua penduduk Mukim Lipat Kajang tidak kira samada pada akhirnya akan membawa satu implikasi yang agak sedikit merugikan buat penduduk kampong yang rata-rata masih lagi tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bab-bab agama Islam walau pun diketahui memang ada ramai dikalangan penduduk yang hafal membaca Al Quran, tahu dan faham sedikit sebanyak tentang hadis-hadis dan mempunyai cukup pengetahuan untuk memimpin dalam perkara-perkara amalan dan ibadah fardu ‘ain dan/atau kifayah.

Pengajian/pendidikan/pelajaran untuk anak-anak di bidang keagamaan (yakni di bidang pengajian agama Islam) hampir-hampir tidak pernah disebut langsung, tidak pernah kedengaran dinasihatkan (oleh samada pihak berkuasa di kampong atau pun mereka yang datang dari luar, seperti dari jabatan-jabatan kerajaan daerah atau mereka yang menerajui aktiviti politik tempatan) tidak pernah digalakkan kepada penduduk kampong. Begitu juga usaha-usaha untuk mewujudkan program keagamaan di kampong (di masjid kampong khususnya) juga tidak ditikberatkan sewajarnya kerana pihka-pihak berkenaan juga amat cemburu bahawa jika penduduk-penduduk kampong memperoleh pendidikan dan pengetahuan yang lebih luas serta mendalam dalam bab-bab keagamaan (samada melalui aktiviti keagamaan setempat atau pun melalui anak-anak mereka yang dihantar ke sekolah menengah agama) mereka akan mudah digamit dan dianuti oleh anasir-anasir politik yang bertentangan (yakni politik yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam) yang barang diketahui seawal dekad 40an lagi telah muncul dan telah menjadi satu gerakan politik yang mula menjadi aktif pada pertengahan tahun 1951, yang halatuju dan matlamat politiknya sama sekali tidak disenangi sehingga menimbulkan kekhuatiran lalu penduduk-penduduk kampong tidak digalakkan untuk memahami secara lebih mendalam bidang pengajian Islam baik dari segi ilmiah mahu pun dari segi prinsip-prinsip dan amalan-amalan dalam kehidupan harian.

Oleh itu langsung kita mendapati penduduk-penduduk kampong dalam Mukim Lipat Kajang seawal tahun 1950an sudah mula ramai yang anak anak mereka meceburi bidang perguruan (menjadi guru), sudah mula ramai menjadi askar dan/atau polis (berpangkat rendah atau berpangkat pegawai), sudah ramai yang menjadi kerani di pejabat-pejabat kerajaan di merata tempat/daerah, hanya kerana bidang-bidang pekerjaan tersebutlah yang boleh membawa perubahan kepada tahap dan keadaan kehidupan mereka, dan mereka digalakkan menceburi dan memilih kerjaya di bidang-bidang tersebut, dan bukannya menjadi guru agama atau ustaz/ustazah.

Se awal tahun 1950an juga telah kedengaran ramai anak anak penduduk Mukim Lipat Kajang telah berjaya dan dapat memasuki sekolah-sekolah berbahasa Inggeris untuk menyambung pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi, dan segala yang berlaku seterusnya telah pun kita semua ketahui, memang kesemuanya merupakan perkembangan yang amat baik bagi penduduk-penduduk. Anak-anak mereka terus berjaya dalam pelajaran masing-masing sehingga berjaya pula menjadi orang-orang professional, sebagai doktor, jurutera, arkitek, peguam, akauntan, pakar pertanian, pakar biologi, pakar kimia, guru-guru, penjawat-penjawat awam, artis-artis, dan berbagai lagi, Alhamdulillah. Pulangannya amat nyata, cepat dan terbukti dapat mengubah keadaan hidup “orang tua” di kampong.

Namun apa yang hampir langsung tidak kedengaran sejak dekad 40an dan 50an lalu ialah bahawa setakat yang boleh diingat dan/atau dijangkaui oleh penulis, iaitu sejak dari dekad 40an lagi, tidak ada anak-anak kelahiran Mukim Lipat Kajang yang dihantar atau pergi melanjutkan pelajaran dalam bidang keagamaan (yakni dalam bidang pengajian agama Islam), mungkin lah ada seorang atau dua orang tapi hanya beberapa kerat itu sajalah, (namun fakta dan angka sebenar tidak dapat disahkan atau pun sebaliknya, setakat ini)

Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah ialah satu-satunya anak Mukim Lipat Kajang yang telah mendalami bidang pengajian agama Islam sehingga sampai ke Mekah, dan menjadikan arwah sebagai seorang ulama’ (atau agamawan) terulung di Mukim Lipat Kajang, malahan telah terkenal di seluruh Daerah dan juga Negeri.
Berikut ialah satu catitan mengenai Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah dalam blog LK ini, yang berbunyi,

We all knew him. A good man, Allah fearing man. Humble and unassuming, though his knowledge was vast. A well respected man. And to us children then, he never showed any anger or even blinked an eye, even though we used to make a lot of noise playing near his house (near the masjid). When he passed away (do not really know what year) we lost the good man. And his descendants are many (and well respected) in Lipat Kajang.

In the book, Monograf, Pahang Dalam Sejarah VI, yang di editkan oleh Yaakub Isa & Mohammad Mokhtar, diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang, muka 9 dinyatakan " ........ ramai ulamak Pahang yang menerima pendidikan di Mekah kembali ke tanah air dan membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di antara mereka ialah:
1923 ........ Tuan Haji Ahmad Hurairah - di Lipat Kajang, Temerloh"

Dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu, lebih kurang begini:
Kita semua mengenali dia. Seorang yang baik. Seorang yang takutkan Allah. Rendah diri dan tidak sombong walau pun pengetahuannya amat luas. Seorang yang sangat dihormati. Dan bagi kita kanak-kanak pada masa itu, dia tidak pernah menunjukkan kemarahan atau sekali pun mengelipkan matanya, walau pun kami selalu buat bising bermain berhampiran dengan rumahnya (dekat masjid). Apabila dia meninggal dunia (tidak diketahui sebenarnya pada tahun bila) kita telah kehilangan seorang yang baik. Dan keturunannya amat ramai (dan dihormati) di Lipat Kajang.
Dalam buku, Monograf, Pahang Dalam Sejarah Vl, yang disunting oleh Yaakub Isa & Mohammad Mokhtar, diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang, di muka 9 dinyatakan, “……..ramai ulamak Pahang yang menerima pendidikan di Mekah kembali ke tanah ayer dan membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di antara mereka ialah: 1923…….Tuan Haji Ahmad Hurairah – di Lipat Kajang, Temerloh”

Satu catitan lain yang telah dibuat dalam http://sungaiujung.blogspot.com/ menyatakan bahawa seorang ulama’ yang berasal dari Kg Jerang Durian Tipus, Jelebu, NS bernama Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain (1905 – 1968) pada umur remajanya telah dihantar oleh bapanya untuk mengikuti pengajian agama Islam dengan Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah di pondoknya di Panchor, Temerloh (barangkali Panchor itu dimaksudkan Bukit Panchor, atau pun LK Baruh yang dulunya terkenal dengan nama Panchor?)

Lain-lain maklumat mengenai diri Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah (Almarhum) atau pun mengenai ke”agamawan”nya tidak berjaya diperoleh setakat ini, untuk menyokong hujjuah-hujjah tentang kemasyurannya dalam bidang agama Islam.

Kemudian diketahui juga bahawa diantara beberapa orang anak-anak Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah, Allahyarham Haji Hassan Bin Haji Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan AyahCik Chan) memang telah terkenal dan dihormati sepanjang hayatnya sebagai seorang agamawan ulung di Mukim Lipat Kajang, termasuk menjadi Tuan Imam Masjid Lipat Kajang selama berpuluh tahun.

Kita juga mengetahui bahawa seorang daripada cucu-cucu Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah, yang bernama Yusof Bin Osman (Abang Yusof anak PokDe Man Tanjung) (Allahyarham) juga telah mengikuti jejak langkah datuknya. Dia telah pergi mengaji pondok di Kelantan untuk mendalami lagi pengetahuannya dalam bidang agama Islam. Namun jika saya tidak salah fakta, Abang Yusof telah meninggal dunia sebelum sempat dia menamatkan pengajian pondoknya.

Ada lagi kah anak anak Mukim Lipat Kajang yang lain yang telah mendalami pengajian agama Islam sehingga berjaya digelar dan dihormati sebagai seorang agamawan (ustaz, atau tuan guru, atau pak imam, atau ulama’)? – saya tidak mempunyai maklumat).

Mungkin ada tetapi bilangannya mungkin boleh dibilang dengan jari-jari sebelah tangan saja.

Memang Mukim Lipat Kajang tidak ada atau pun kurang sangat menghasilkan anak-anak jati yang berpengetahuan luas dan berpelajaran tinggi (tinggi maksudnya sampai ke tahap berpondok, ke tahap belajar di maktab atau universiti) dalam bidang pengajian agama Islam sehingga boleh dibanggakan sebagai “agamawan” anak Mukim Lipat Kajang.

Mutakhir atau terkini mungkin telah ada terdapat dari golongan muda (generasi baru) anak anak jati Mukim LK yang telah berjaya menjadi guru agama atau ustaz/ustazah, saya tidak mempunyai maklumat yang cukup. Namun sekali lagi bilangannya saya percaya adalah sangat kecil.

Kesimpulannya memang Mukim Lipat Kajang tidak ada atau kurang sangat menghasilkan cerdik pandai dan terpelajar dikalangan anak-anak LK dalam bidang pengajian agama Islam berbanding dengan bidang-bidang lain seperti yang telah disebut diatas.

Dan oleh kerana itu, memang tidak terdapat ramai “agamawan” Islam di Lipat Kajang (kalau ada pun hanya beberapa kerat) yang boleh diamanahkan untuk menerajui usaha-usaha kearah meningkatkan penerapan dan pengamalan pengajian agama Islam dikalangan penduduk, atau pun lebih-lebih lagi yang boleh diketengahkan ke peringkat daerah atau lebih tinggi untuk sama-sama berganding bahu dengan para “agamawan” dari tempat lain dalam menggerakkan berbagai jenis aktiviti keagamaan Islam yang sedang pesat berlangsung di merata pelusuk.

Hal yang demikian adalah satu perkara yang amat dikesali, dan amat merugikan Mukim Lipat Kajang, dan sebab musababnya yang amat mungkin secara langsung atau tidak telah juga dikaji, dan diketahui samada tepat atau pun secara tempias.

Langkah-langkah sepatutnya di masa akan datang barangkali ialah supaya pendidikan dan pelajaran (sehingga ke tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai) dalam bidang pengajian agama Islam mesti diberi keutamaan yang wajar setanding dengan pendidikan/pelajaran di bidang-bidang lain. Semua warga Mukim Lipat Kajang seharusnya sedar dan peka tentang perkara ini, tentang perlunya juga anak-anak digalak supaya menjadikan pengajian agama Islam sebagai bidang pelajaran pilihan yang boleh diikuti sehingga ke menara gading, yang pasti jika berjaya dikuasai/dicapai juga akan dapat memanfaatkan diri mereka sendiri juga bukan saja dari segi kehidupan duniawi tetapi juga lebih beruntung lagi akan memberi faedah-faedah jangkapanjang bagi kesempurnaan ukhrawi di akhirat nanti.

Disamping itu juga, jika dapat dilahirkan ramai “agamawan” di Mukim Lipat Kajang maka sudah pasti lebih banyak lagi usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti keagamaan akan dapat digerakkan dan dijalankan secara mantap dan berkesan (oleh anak kampong sendiri untuk penduduk kampong sendiri) supaya boleh juga menyumbang kepada kemaslahatan hidup seluruh penduduk Mukim Lipat Kajang, Insya’Allah

(tanpa syak wasangka dan tanpa prejudis)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, May 12, 2009

Nok gone' kan .................................




(Nok gone' kan ............. what can I do and what could I have done? The modest young maiden will not look into my camera. And the old bicycle shown below just like the one I used to ride on about 50 years ago).
Nok gone' kan ............. tak mahunya tenguk kamera saya. Sungguh sopan santun orang Lipat Kajang, .......... kampung ku.


Tapi basikal tua macam ni banyak memberi saya ingatan dan nostalgia teringatkan saya pada masa saya kecil (tak begitu kecil, dah sekolah menenggah dah) dulu di Lipat Kajang. Basikal macam ni lah yang saya kayoh kedarat ke baroh masa dulu, masa saya bercuti balek kampong dari Kuala Kangsar, ke Setesn Kerdau dan ke baroh kampung ku. Petang dan pagi saya kayuh, tak ada apa pun tapi hanya untuk melepaskan masa, dan kadang kala nak beli air batu (ice block) di Setesn Kerdau di bulan puasa. Basikal kepunyaan bapa saudara saya (bukan basikal yang ini tapi serupalah tu, semacam tu lah, lebih kurang lima puluh tahun dulu). Nok gone' kan, pada masa itu, itu aje' kenaikan yang ada hendak kedarat kebaroh. Jalannya pun tak ade' tar. Nok gone' kan, kalau hujan pada malamnya, berlumpurlah basikal tua itu. Nok gone' kan.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu (Mother's Day)



(Mother’s Day, was Sunday 10th May 2009. I remember my mother, who even having to live in a rural hut in a very rural area of Lipat Kajang still had time to plant beautiful flowering plants around the house. She was an example that I would like the folks of Lipat Kajang to imitate, to beautify their houses compound with beautiful flowering plants).


Hari Ibu telah belepas semalam. Tapi aku tidak lagi ada lBU, aku pun taklah buat apa2. Yang ada lagi adalah IBU MERTUA KU, dan anak2 beliau seharuslah ‘celebrate’ dengan beliau.


MORE >>>





Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, May 10, 2009

Lipat Kajang Diary


9th May 2009, the day I was asked to address the school children of Lipat Kajang, Pahang, Malaysia the village I was born in years ago, the village where I grew up (my parents, my grandparents and my great grandparents and all those above who came to settle in the village about 200 to 300 years ago) and the village I return to off and on, to see friends and relatives who ever are still living. The Malay School (now called Sekolah Kebagsaan or National School) Lipat Kajang, Temerloh Pahang, my alma mater. The address speech is blogged in this blog.

Before that we had a group photograph taken.

However there were other aspects of Kampong Lipat Kajang that I wish to record here, aspects which are related or not related.

On the day before, I happened to listen to a local band playing. I thought that its worth a mention. Here they are, playing a pop band in Lipat Kajang. (see movie)
http://www.youtube.com/watch?v=iI_5NhMGuN4

Earlier when I arrived, I heard the ‘azan’ at the local ‘mesjid’. This was new to me, normally I have never heard ‘azan’ (as far as I can remember) from the ‘mesjid’ except on Fridays before the Friday prayers, (and this was an Asar time even though it was a Friday). I was so happy at the change, it was an improvement. And I went to the ‘mesjid’ to join them for the Asar prayers. And there were 3 other men and 3 ladies at that Asar prayers at the ‘mesjid’. Two of them were my kampong good friends.

And where I gave address on the 9th, I had these audience listening. I felt honoured.


And after that I watched a top spinning demonstration, an old friend of mind who is very skillful at making tops and at spinning tops (and playing competitive top) from the village. See how well balanced these tops were made, how skillful he was at spinning two tops (in fact later he used 3 tops) spinning well balanced, erected and stationary on top of the table. The tops may be spinning lasting like that for about 5 to 8 minutes or even more if the table top is of hard material. (Need not worry about the speeches in the background, they were talking while watching)(see movie)
http://www.youtube.com/watch?v=1Mhu9-3iBRA

You saw 2 tops on that table, but 3 tops can also be made to spin at the same time.

Nota:

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

The address

This is my address to about 200 people consisting of the elders of Kampong Lipat Kajang, Temerloh, Pahang, Malaysia, some students from the local University (University Malaysia Pahang, Kuantan) who happened to be in the village doing charity work and staying in the village for a few days, lodgings with their 'foster' parents, the villagers who volunteer, in the village, the pupils of Sekolah Kebangsaan (Natonal School) Lipat Kajang, a few students who are in their secondary school years from the narby school and probably some parents.

Bismillah.

Salam

Bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah memberi hidayah Nya kepada kita untuk bertemu muka di hari yang baik dan masa yang baik saperti ini. Juga segala pujian kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Sdr mara sekampong, penghulu, ibu2 bapak2 adek2 abang2 …….. tetamu kita dari luar kampong Lipat Kajang ini …….dan semua yang saya hormati.

Bersyukur saya kepada Allah SWT kerana saya di beri peluang pada hari ini untuk berucap di depan tuan2 puan2 serta adek2 anak2 abang2 ibu2 bapa2 sekelian. Saya berasa bahawa saya di beri amanat dan juga satu penghormatan kerana telah di beri kurnian Alla SWT sedemikian. Terutama sekali saya di beri peluang untuk memberi cerita2 pengelaman dan syor2 masa depan pada adek2 anak2 sekelian, InsyaAllah.

Kepada adek2 dan anak2 sekelian, saya ingin bertanya apakah pandangan adek2 anak2 sekelian tentang hidup di dunia Allah SWT ini di masa hadapan tereutama sekali di kampong Lipat Kajang yang kita cintai ini. Ingat lah bahawa adek2 anak2 sekelian adalah penghuni atau pun pewaris kampong ini kelak. InsyaAllah. Kerana adek2 anak2 sekelian mesti ingat bahawa semua generasi yang tua2 ini akan tidak berada lama lagi, akan pergi pulang menemui Allah SWT.

Pandangan adek2 anak2 sekelian mestilah positive kepada pencapaian kejayaan, InsyaAllah, kepada diri adek2 dan anak2 sekelian dan kepada masyarakat am nya, dan kampong ini khas nya dan kepada Malaysia terutama sekali.

MORE >>>

(if you are asked to put your username and password because "restricted", just click on 'cancel' a couple of times and you are brought to the original site)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, May 8, 2009

Program Bakti Siswa Siswi UMP di Kg LK

terima kasih kpd sdr tapa

07/05/2009 - KHAMIS

2.30 PM

- Ketibaan penduduk kampong ke Dewan Sek. L/Kajang
- Ketibaan siswa/siswi ke Dewan
- Ketibaan Ahli Parlimen, YB Dato’Hj. Ismail b. Mohamad. Said (disambut dengan paluan kompang)
- Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis (G. B. SKL Kajang)
- Doa
- Ucapan Penghulu
- Ucapan wakil UMP
- Ucapan Ahli Parlimen
- Penyerahan anak angkat
- Cenderahati kepada perasmi
- Jamuan dikantin Sek. Lipat Kajang (200 orang)
- Majlis bersurai

7.00 PM

- Berkumpul di Masjid untuk solat maghrib berjemaah
- Bacaan Al-Quran oleh wakil UMP menjelang maghrib (secara bertaranum)
- Bacaan yasin dan tahlil menjelang Isyak.
- Solat Isyak berjemaah
- Makan malam ditanggung oleh S.K. Lipat Kajang

08/05/2009 - JUMAAT

6.00 AM
- Solat Subuh / kuliah subuh (wakil UMP)

8.00 AM
- Gotong-royong masak bersama penduduk di masjid (untuk
Seramai 250 orang). Sumbangan pengurusan masjid.
Sebahagian siswa/i memperbaiki rumah penduduk mana
Yang sesuai/tugu peringatan/persekitaran Pejabat Penghulu.

12.00 t/hari
- Makan tengahari/solat jumaat.



3.00 PM
- Ceramah keibubapaan di Dewan SKLKajang. Penceramah
Dari UMP.
- Jamuan di Kantin Sek. Lipat Kajang.

5.00 PM
- Riadah:
Bolasepak - Diuruskan oleh En. Shahbudin.
Bola Jaring/aerobik - Diuruskan oleh Puan
Eliyati dan Puan Haiti. Cenderahati diurus oleh
UMP.

7.00 PM
- Solat Maghrib/Isyak berjemaah
- Forum Perdana di Masjid, semua Panel UMP.

09/05/2009 - SABTU

3.00 AM
- Qiamullail/Solat Subuh. Dipimpin oleh Al-Fathil Ustaz
Shaharuddin b. Mohd. Noor (Tuan Kadi Temerloh)
- Jamuan ringan

8.30 AM
- Perasmian program motivasi oleh ADUN Kerdau
- Kumpulan sasaran adalah penuntut Thn 4, 5 dan 6 Sek.
Keb. L/Kajang dan Sek. Men. Kerdau (yang berasal
dari Kg. L/Kajang)
- Jamuan ringan
- Sambungan motivasi (sesi ke 2)
- Penceramah - Hj. Yunus @Lias b. Yusof
- Bersurai

5.00 PM
- Sukaneka dipadang berhampiran empang
- Penyediaan padang/aturcara diurus oleh En. Bakhtiar b.
Hassan dan En. Anwar b. Ariffin

7.30 PM
- Solat Maghrib/kuliah maghrib. UMP uruskan
- Solat Isyak
- Makan malam




9.00 PM
- Malam Santai Seni. Antara persembahan adalah:
Dikir Barat - UMP
Silat Bunga - Penduduk
Gendang Pahang - Penduduk
Selawat - Kaum ibu
Pentomen - Sek. Keb. L/Kajang
Persembahan Bersama - UMP/Penduduk
Pengurus Program En. Mustafa b. Chik


10/05/2009 - AHAD

6.00 AM
- Solat subuh/kuliah subuh. Penceramah - (Ustaz Nor
Shamsuddin.
- Jamuan ringan (100 orang)
7.30 AM
- Senamrobik untuk semua (Padang sekolah)
(Dikendalikan oleh Puan Haiti/Puan Eliyati)
11.00 AM
- Ketibaan peserta bersama keluarga angkat di Dewan Sek.
Keb. Lipat Kajang
- Ketibaan perasmi penutup. UMP uruskan (Tuan Syed
Ibrahim/Menteri Besar. Jika MB perlu maklumkan awal)
- Aluan pengerusi majlis. UMP uruskan
- Doa
- Ucapan wakil pelajar
- Ucapan penghulu
- Ucapan perasmian penutupan program
- Penyerahan anak angkat
- Penyerahan cenderahati perasmi penutup
- Makan tengahari
- Bersurai




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)