Tuesday, May 19, 2009

Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Mubah

Dasar pertama yang ditetapkan oleh Islam ialah bahawa asal sesuatu yang dicipta oleh Allah SWT adalah halal dan mubah. Tidak ada satu pun yang haram, kecuali kerana adanya nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah SWT dan Rasul saw) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah, misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah atau tidak ada nas yang tegas (syarih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.

Ulama-ulama Islam mendasarkan ketetapannya bahawa segala sesuatu asalnya mubah, seperti tersebut di atas, dengan dalil ayat-ayat Al-Quran yang antara lain:
"Dialah Zat yang menciptakankan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya." (Al Quran, Surah al-Baqarah, ayat 29)

"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman" (Al Quran, Surah al-Jatsiyah, ayat 3)

"Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentingan mu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak mahupun yang tidak nampak." (Al Quran, Surah Luqman, ayat 20)

Allah SWT tidak akan membuat segala-galanya ini yang diserahkan kepada manusia dan dikurniakannya, kemudian Dia sendiri mengharamkannya. Kalau tidak begitu, buat apa Dia jadikan, Dia serahkan kepada manusia dan Dia kurniakannya?

Beberapa hal yang Allah SWT haramkan itu, justeru kerana ada sebab dan hikmahnya.
Dengan demikian bab haram dalam syariat Islam itu sebenarnya sangat sempit sekali, dan bab halal pula sangat luas. Hal ini adalah kerana nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal haram, jumlahnya sangat kecil sekali. Sedang sesuatu yang tidak ada keterangan halal-haramnya, adalah kembali kepada hukum asal iaitu halal dan termasuk dalam kategori yang dima'fu kan Allah SWT.

Mengenai perkara ini ada satu Hadis yang menyatakan sebagai berikut:
"Apa saja yang Allah halalkan dalam kitabNya, maka itu adalah halal, dan apa saja yang Dia haramkan, maka itu adalah haram; sedang apa yang Dia anyakemaafannya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun."

Kemudian Rasulullah saw membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa-lupa (Hadis Riwayat Hakim dan Bazzar)
"Rasulullah saw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab baginda: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Dia diamkan, maka itu adalah salah satu yang Allah maafkan buat kamu." (Hadis Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)

Rasulullah saw tidak ingin memberikan jawapan kepada yang bertanya dengan menerangkan satu persatunya, tetapi baginda mengembalikan kepada suatu kaedah yang kiranya dengan kaedah itu mereka dapat diharamkan Allah, sedang lainnya halal dan baik.

Dan sabda baginda juga,
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka jangan kamu sia-siakan; dan Allah telah memberikan beberapa batasan, maka jangan kamu langgar; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertikaikan; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." (Hadis Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
Dijelaskan juga bahawa kaedah asal segala sesuatu adalah halal ini tidak hanya terbatas dalam masalah benda, tetapi meliputi masalah perbuatan dan pekerjaan yang tidak termasuk daripada urusan ibadah, iaitu yang biasa diistilahkan sebagai Adat atau Mu'amalat. Pokok dalam masalah ini tidak haram dan tidak terikat, kecuali sesuatu yang memang oleh syari' sendiri telah diharamkan dan diperkukuhkan sesuai dengan firman Allah SWT:
"…Allah telah menjelaskan kepadamu segala apa yang Dia telah haramkan ke atas kamu." (Al Quran Surah al-An'am ayat 119)

Ayat ini umum, meliputi soal-coal makanan, perbuatan dan lain-lain.
Berbeza sekali dengan urusan ibadah, iaitu semata-mata urusan agama yang tidak ditetapkan, melainkan dari jalan wahyu. Untuk itulah, maka terdapat dalam suatu Hadis Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa membuat cara baru dalam urusan kami, dengan sesuatu yang tidak ada contohnya, maka dia itu tertolak." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah kerana hakikat agama atau ibadah itu tercermin dalam dua hal, iaitu:
1. Hanya Allah saja yang disembah.
2. Untuk menyembah Allah, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkanNya.

Oleh kerana itu, barangsiapa mengada-ada suatu cara ibadah yang timbul dari dirinya sendiri walau apa pun caranya, maka itu adalah suatu kesesatan yang harus ditolak. Sebab hanya syari' lah yang berhak menentukan cara ibadah yang dapat dipakai untuk bertaqarrub kepadaNya.

Adapun masalah Adat atau Mu'amalat, sumbernya bukan dari syari', tetapi dari manusia itu sendiri yang menimbulkan dan mengadakan. Syari' dalam hal ini tugasnya adalah untuk membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengakui, kecuali dalam beberapa hal yang memang akan membawa kerosakan dan mudharat.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Sesungguhnya sikap manusia, baik yang berbentuk percakapan ataupun perbuatan ada dua macam iaitu ibadah untuk kemaslahatan agamanya, dan kedua adat (kebiasaan) yang sangat mereka perlukan demi kemaslahatan dunia mereka. Maka dengan terperincinya pokok-pokok syariat, kita dapat mengakui, bahawa seluruh ibadah yang telah dibenarkanNya, hanya dapat ditetapkan dengan ketentuan syara' itu sendiri."

Adapun masalah Adat iaitu yang biasa dipakai ummat manusia demi kemaslahatan dunia mereka sesuai dengan apa yang mereka perlukan, sememangnya tidak terlarang. Semuanya boleh, kecuali hal-hal yang oleh Allah SWT dilarang. Demikian itu adalah kerana perintah dan larangan, kedua-duanya disyariatkan oleh Allah SWT. Sedangkan ibadah adalah termasuk yang mesti diperintah. Oleh kerana itu sesuatu yang tidak diperintah, bagaimana mungkin dihukumkan sebagai terlarang.

Imam Ahmad dan beberapa ahli feqah lainnya berpendapat: pokok dalam urusan ibadah adalah tauqif (bersumber pada ketetapan Allah dan Rasul). Oleh kerana itu ibadah tersebut tidak boleh dikerjakan, kecuali kalau ternyata telah disyariatkan oleh Allah SWT. Kalau tidak demikian, bererti kita akan termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Allah SWT:
"Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengsyariatkan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah?" (Al Quran, Surah as-Syura ayat 21)

Sedang dalam persoalan Adat prinsipnya boleh. Tidak satu pun yang terlarang, kecuali yang memang telah diharamkan. Kalau tidak demikian, maka kita akan termasuk dalam apa yang dikatakan Allah:
"Katakanlah! Apakah kamu sudah mengetahui sesuatu yang diturunkan Allah untuk kamu daripada rezeki, kemudian kamu jadikan daripadanya itu haram dan halal? Katakanlah! Apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah kamu memang berdusta atas (nama) Allah?" (Al Quran Surah Yunus ayat 59)

Ini adalah suatu kaedah yang besar sekali manfaatnya. Dengan dasar itu pula maka diaturkan soal jual-bell, hibah, sewa-menyewa dan lain-lain adat yang selalu diperlukan manusia untuk mengatur kehidupan mereka seperti makan, minum dan pakaian. Agama membawakan beberapa etika yang sangat baik sekali, iaitu mana yang sekiranya membawa bahaya, diharamkan; sedang yang diperlukani, diwajibkannya. Yang tidak layak, dimakruhkan; sedang yang jelas membawa maslahah, disunnatkan.

Dengan dasar itulah maka manusia dapat melakukan jual-beli dan sewa-menyewa sesuka hatinya, selama ianya itu tidak diharamkan oleh syara'. Begitu juga mereka boleh makan dan minum sesukanya, selama ianya itu tidak diharamkan oleh syara', sekalipun sebahagiannya ada yang oleh syara' kadangkala disunnatkan dan ada kalanya dimakruhkan. Sesuatu yang oleh syara' tidak diberikan batasan, mereka dapat menetapkan menurut kemutlakan hukum asal.

Prinsip di atas, sesuai dengan apa yang disebut dalam Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari Jabir bin Abdillah, iaitu:
"Kami pernah melakukan 'azl' (iaitu persetubuhan dengan mengeluarkan zakar sebelum terkeluarnya air mani), sedang waktu itu Al-Quran masih turun; kalau hal tersebut dilarang, niscaya Al-Quran akan melarangnya"

Ini menunjukkan, bahwa apa saja yang didiamkan oleh wahyu, bukanlah terlarang. Mereka bebas untuk mengerjakannya, sehinggalah ada nas yang melarang dan mencegahnya.
Demikianlah salah satu daripada kesempurnaan kecerdasan para sahabat.

Dan dengan ini pula, ditetapkan suatu kaedah iaitu:
"Soal ibadah tidak boleh dikerjakan kecuali dengan syariat yang ditetapkan Allah; dan suatu hukum adat tidak boleh diharamkan, kecuali dengan ketentuan yang diharamkan oleh Allah"


Rujukan: Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

6 comments:

  1. betul ke ikan patin dan tilipia yang di jual sepanjang jalan dari songsang ke kuala kerau,bukan dari sg pahang,ada sape2 boleh confirm?
    kalau betul,adalah amat memalukan jika jual sampai 14-15 sekelo.

    ReplyDelete
  2. kena tunggu pagi2 nak tenguk. tapi yang dekat jambatan songsang, across sungei semantan, saya di beri tahu di ambil dari sangkar2 di sungei semantan.

    ReplyDelete
  3. susah nak confirm ikan2 tu dari sg pahang ke dari sg kelantan ke dari sg perak ke

    ikan2 tu tak ada surat beranak, dah tu tak bawak mykad pulak bila ke mana2

    macam durian dokong pisang, tak tahu dari mana datang nya, nampak sama aje rupanya

    beli aje lah

    ReplyDelete
  4. ikan tilapia ni,kalau di perak di bagitau harganya tak sampai rm5 sekelo. go figure

    ReplyDelete
  5. di Bangau Temerloh tadi saya di beri tahu harga ikan talapia peliahara di Sg Pahang ia lah RM14 sekilo. Itu pun ikan2 nya semua kecil2 belaka, kurang dari 1/2 kilo seekor, kalau ada pun.
    Ngapa di Perhak begitu murah? Ikan kolam kot? Ikan yang tahu apa dia makan. Talapia hitam atau talapia merah? Di Sg Pahang semua talapia merah.

    ReplyDelete
  6. yang saya patut kata diatas "ikan yang tak tahu apa dia makan"

    ReplyDelete