Saturday, April 4, 2009

Balek kampong

http://www.youtube.com/watch?v=K45XOp8G6cY&feature=related

(“balek kampong’ virtually means returning back to the original kampontg, to the roots. Its quite a challenge to return, many stayed, many died when returning, and many left the kampong after staying there for a short period because of unfamiliarity. Its OK to stay in a kampong for as while for many, but to stay put is a challenge in itself, unless you have been born, bred and lived in the kampong all your life. Of course everyone yearn to return to the roots)



Arwah Sudirman menyanyi lagu “Balek Kampong” dengan gerangnya, begitu lah keadaan nya mereka yang balek kampong, terutama sekali pada Hari Raya atau pun pada masa2 lain setahun sekali atau 2 kali dan pada masa2 yang sengkat. Tidak kurangnya warge2 Lipat Kajang apabila nak atau dah balek kampong. Mungkin kah ini perasaan orang tua2 dulu, atau adakah ini di rasai oleh kaum2 muda Lipat Kajang sekarang?



Memang menjadi satu budaya orang2 Malaysia (Melayu terutama sekali) suka tentang balek kampong ini, pada sesiapa yang maseh ada kampong. Tapi pada sesiapa yang tidak ada kampong, apa pulak persasaan mereka? Ada juga yang maseh ada kampong tetapi tidak ada lagi tempat berteduh di kampomg, tidak ada lagi saudara mara yang terdekat di kampong, tidak ada lagi tempat bermalam di kampong, apa pula hal nya? Banyak anak2 Lipat Kajang yang berkeadaan sedemikian, terutama kepada generasi yang tua.



Pada masa dulu memang seseorang itu apabila ia bersara hajat nya ada lah untuk balek kampong, serta membuat rumah tempat berteduh di kampong, bersama saudara mara di kampong, duduk di tempat yang mereka telah biasa pada masa kecil2 dulu, tempat yang familiar, sehingga akhir hayat. Boleh kah ini tercapai pada masa sekarang oleh pesara dari Lipat Kajang? Entahlah, rasa nya kurang upaya untuk mencapainya, melain kan kepada mereka yang tidak pernah merantau. Kepada yang pernah merantau adalah menjadi liat untuk mereka itu balek kekakampong, entah mengapa pulak sebabnya?



Ada pulak yang bersara dan telah balek kekampong, buat rumah di kampong, dan telah mendapati hidup mereka dikampong tidak sesuai dengan hidup cara kampong. Kemudian terpaksa pindah pulak balek ke bandar. Ini adalah satu trajedi. Ada pulak yang telah balek kekampong dan setelah membuat rumah di kampong, hidup sekejap di rumah di kampong dan selepas itu meninggal dunia selepas beberapa bulan atau untuk hanya beberapa tahun hidup dikampong. Ini adalah juga satu trajedi.


Banyak juga yang ingin balek kampong tetapi tidak ada harta tanah di kampong. Hendak beli tanah pun tidak ada yang ingin jual, atau tanah dikampong telah menjadi begitu mahal. Kehendak harta tanah dari orang luar telah meningkat, maklum sahajalah di kampong semua kemudahan asas telah disediakan. Orang bandar ada juga yang inginkan tanah kampong. Dan ada juga yang ada tanah di kampong dan mereka telah menjual tanah itu setelah mendapat kuasa pusaka (biasanya) dan berpindah ke bandar kerana ingin menimati kemudahan2 di bandar, atau anak2 mereka duduk di bandar2. Terutama sekali yang berpangkat besar dalam Kerajaan atau dalam swasta. Mereka tidak boleh meyesuaikan diri dengan cara kampong lagi. Ada juga yang berkahwin dengan orang luar dari kampong lain, dan anak isteri tidak mahu balek kampong asal. Kadang kala ada juga yang telah balek ke kampong asal tetapi pasangan tidak sesuai dengan kampong asal itu dan terpaksa lah berpindah keluar atau balek ke bandar2 asal. Atau ada jugak yang balek kampong tetapi tidak sesuai dengan cuaca kamapng atau dengan keadaan politik setempat. Pindah pulak sipolan sipolann itu ke tempat lain.


Macam2 hal lah dengan balek kampong ni.




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

10 comments:

  1. anak anak Kg LK Pahang di perantauan perlu juga digalakkan balik kampong selalu seberapa kerap yang boleh walau pun mereka dah taada base (taada pengkalan, taada rumah nak dituju dan/atau dah taada "orang tua" untuk dilawati/diziarahi
    kalau boleh juga, semua anak anak LK yang di luar ini balik kampong secara "organised" (dirancang) maknanya setiap kali balik kampong balik lah beramai ramai (di hujung minggu ke) (everybody balik kampong dan bertemu dalam satu perhimpunan (gathering) (satu hari ke atau satu malam ke) di mana semua boleh bertemu semua (yang mana yang balik lah) (dan aturkan (organise) beberapa aktiviti yang berfaedah buat semua dan buat se kampong)
    kalau nak balik kampong hanya kerana kita masih ada lagi "orang tua" di kampong yang nak diziarahi, atau kerana kita masih ada rumah dikampong yang boleh dituju/disinggah, jangan haraplah semuanya nak balik
    juga jangan haraplah yang dah bermastautin (ber akar ber umbi) di perantauan tu nak pindah balik ke kampong, bina rumah dan terus menetap di kampong
    maka kita kena lihat dan fahamkan "balik kampong" dari sudut yang lain, bagi tujuan menjamin hubungan yang terus kekal diantara anak anak LK di perantauan dengan anak anak LK yang berada menetap di dalam kampong, dan juga hubungan dengan Kg LK tidak terputus,
    kita memang ada dengar terdapat dikalangan anak anak LK di perantauan yang tak pernah balik ke kampong sampai bertahun tahun, sampai se dekad pun ada, "tahlil kubur" tiap tahun pun tak balik, gejala sebegini di kalangan kita perlu kita lenyapkan,
    alasan-alasan eperti "malas", "tak ada siapa dah di kampong tu yang nak dijenguk", "sibuk", "tak dapat cuti", "ada urusan penting", "anak nak periksa" lah dan berbagai lagi sebab seharusnya tidak dijadikan alasan kenapa tak nak balik ke kampong sekejap

    kita tak payah kaji pasal balik kampong permanently dan menetap di kampong
    kita kaji dari segi balik kampong sekejap (briefly) tetapi kerap (often) - maka balik kampong kita tu pasti akan dapat "add value" (tambah nilai) kepada semangat silaturrahim dan persaudaraan di kampong - kalau selalu kita di kampong walau pun sekejap sekejap, maka kampong tu pasti akan lebih mengenali kita dan tak lupakan kita (sebagai anak kampong) (maksudnya semua orang di kampong selalu nampak kita di kampong (balik kampong) maka mereka pasti tak mudah lupakan kita, dan kita di perantauan akan lebih mengenali mereka kerana kerapnya kita berjumpa dan berinteraksi dengan mereka, itu lah faedahnya dari balik kampong selalu selalu dan bukan jarang jarang
    maka itu contohnya pada 5 dan 6 Mei 2009 akan datang ini semua anak anak LK di perantauan digalakkan balik kampong untuk merai'kan pelawat-pelawat ke kampong kita, tak bangga ke kampong LK kita dipilih untuk dilawati oleh mereka (walau pun mungkin untuk tujuan kajian ilmiah) - mesti ada sesuatu keunikan pada Kg LK kta maka mereka mahu datang melihat kampong kita,
    oleh itu jika mereka itu berminat nak melihat kampong kita, kenapa kita sendiri tak berminat nak balik kampong menjenguk dan melihat keindahan kampong kita sendiri?
    begitu juga pada 6 Jun akan datang, berapa ramai yang sudah berazam dan bersiap siap nak balik ke kampong pada tarikh itu bagi menyertai perhimpunan kekeluargaan, memperkenalkan diri kepada semua, mengenali semua kepada diri sendiri?
    masih lagi tidak didengar keghairahan (excitement) mengenai perhimpunan yang dicadangkan pada 6Jun itu, malah keluhan dan rintihan pula yang timbul,
    adakah sudah difahami benar benar bahawa anak anak Kg LK sendiri lah yang boleh mencetuskan idea pembaikan dan seterusnya melaksanakan apa jua usaha pembaikan dan pembaharuan Kg LK, tak boleh diharapkan atau dipertanggungjawabkan kepada orang lain; maka itu jika balik kampong ke Kg LK masing masing teragak agak tak berapa mahu dengan erbagai alasan masing masing, jadi bagaimana mungkin kita dapat mengusahakan apa jua bagi memperelokkan dan mempertingkatkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan di kampong, dan mencetuskan minat semangat dayausaha dan usaha usaha giat bagi kemajuan Kg LK dari semua segi aesthetic (estetika), fisikal, sosial, spiritual (keagamaan), ekonomi (dan mungkin juga dari segi politik) kerana kita lah di luar sana yang semestinya bertanggungjawab membawa apa jua perubahan ke dalam sini, mahu tidak mahu,

    kampong kita kotor (habat nampaknya) tak maju macam kampong orang lain, itu semua terjadi kerana salah siapa? siapa yang ada peka tentang keadaan Kg LK selama ini, keadaan "jelek" yang membuatkan kita di luar sana tawar hati nak balik kampong (walau pun di hujung minggu), tidak ada siapa pun termasuklah yang empunya diri...
    sebab kita sentiasa dirasuk oleh tanggapan dan/atau pemikiran bahawa tidak ada apa yang menarik nak dijenguk dilihat dilawat di Kg LK tu (nothing interesting to see back there in the village), dan kita telah sekian lama bersikap tidak prihatin tentang kampong kita sendiri, kita tak mempunyai tanggapan yang positif pemikiran yang boleh membina, maka itu kampong jadi tak menarik tak popular (di kalangan kita seniri pun) dan tak mempengaruhi mental anak anak kampong sendiri untuk berbuat sesuatu bagi memperingkatkan "marwah" kampong sendiri
    kerana itu lah "balik kampong" ini memang ada nilai disebaliknya, ada signifikan (significance) nya, walau pun tak balik kekal balik sekejap pun dapat juga menambah kan keceriaan di kampong,
    bayangkan jika tiap tiap hujung minggu ada saja perhimpunan anak anak LK di perantauan yang balik kampong, berkumpul di masjid ke, di kemah tengah padang sekolah SKLK ke, di balai raya ke, di siapa-siapa punya rumah ke (yang sudi menyambut keramaian sedemikian)- alangkah seronoknya suasan di kampong, pastinya sesuatu yang baru yang baik yang berfaedah sedang terjadi di kampong kita
    memang tak diharapkan mereka yang di luar sana balik kampong tiap-tiap hujung minggu (poket cepat jadi kosong ditelan oleh tol petrol dan R&R) tapi dua minggu atau tiga minggu sekali mungkin tak jadi masalah besar untuk sesiapa balik kampong (balik hari ke atau ber malam ke)
    tak payah lah tunggu hari raya aidilfitri kedua aje tiap tiap tahun baru nak balik kampong

    di antara Lembah Kelang dgn LK atau di antara Kuantan dgn LK cuma 2 jam perjalanan, dari mana felda felda ke LK lebih kurang tu juga lama perjalanannya, jalanraya elok elok semuanya, maka kita semua taada masalah nak balik kampong,

    tak payah lah kata nak balik terus nak buat rumah di kampong nak menetap di kampong (cakap itu semua melawan arus naluri perasaan dan pemikiran)
    kata aje lah nak balik kampong sekejap, saja nak jenguk kampong, nak lihat keadaan kampong, nak bertemu dengan orang orang kampong sdr sdr sendiri juga semuanya

    alihkan pandangan hujung minggu dari port dickson ke LK, dari Genting Highlands ke LK, dari Zoo Negara ke LK, dari Muzium Negara ke LK, dari Akademi Fantasia ke LK, dari bolasepak EPL ke LK, memancing di Templers Park ke LK, dari bersiar siar di Morib atau Telok Chempedak ke LK, dari meraban raban dalam Tesco Giant Carrefour ke meraban raban di LK
    mungkin akan timbul lebih keseronokan dan keceriaan bila balik kampong ke LK sekejap sekejap tapi kerap kerap di hujung hujung minggu, fikir2kan lah

    demikianlah pendapat saya...

    ReplyDelete
  2. saya setuju pendapat KM.
    agaknya kena adakan annual event macam serkap ikan kat paya2 di lipat kajang sebab lk banyak paya.tapi ada ikan lagi ke?atau adakan hari bertemu saudara masing2.

    ReplyDelete
  3. "kampong kita kotor (habat nampaknya) tak maju macam kampong orang lain, itu semua terjadi kerana salah siapa? siapa yang ada peka tentang keadaan Kg LK selama ini, keadaan "jelek" yang membuatkan kita di luar sana tawar hati nak balik kampong (walau pun di hujung minggu), tidak ada siapa pun termasuklah yang empunya diri...
    sebab kita sentiasa dirasuk oleh tanggapan dan/atau pemikiran bahawa tidak ada apa yang menarik nak dijenguk dilihat dilawat di Kg LK tu (nothing interesting to see back there in the village)"
    itu salah satu faktor.....faktor lain bila ada jer saranan yang baik asyik ada jer bantahan bila nak berubahnya kg kalau macam tu.Contohnya ada cadangan untuk dia adakan pertandingan menghias rumah tapi pasti ada plak yang kata nanti rumah bersih masa ada pertandingan jer jadi lepas pertandingan rumah dah tak bersih .tak sesuai lah bagi alasan begitu at least ada usaha nak bersih kan rumah tu ada.bila lepas pertandingan tu kita cari alternatif lain pulak untuk membuatkan semua penduduk meneruskan menjaga kebersihan dan keindahan sekitar rumah.

    ReplyDelete
  4. setahu saya ada beberapa project yang sedang di jalankan oleh individu di kampong yang mungkin boleh menarik minat orang luar datang ke Lipat Kajang. Kita berdoakan lah supaya individu2 itu berjaya. Dan kita pun boleh balek kampung dan menimati secara langsung hasil project2 itu, mahu pun dari segi kewangan atau pun dari segi kebanggan di kampong kita. dan sekiranya ada di antara kita yang boleh menolong dari segi moral atau pun kewangan, sila berbuat demikian. Dan juga galakanlah kawan2 dan pelawat2 datang ke kampong kita, itu pun adalah sumbangan juga.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. setakat yang koi tahu tak ada pulok sesiapa membangkang apa apa projek pun yang nok dibuat di Kg LK asalkan mendatangkan faedah kepada semua penduduk, dan kampong 'amnya, bukan setakat nak menghias (mencantikkan) rumoh dan kawasan rumoh aje...itu tak ada mende sangat kalau sesiapa nak membangkang pun, perkara seder sangat (seder, fahamkan perkataan tu?)

    masaalohnya untuk berjaya mesti ada kekuatan, dan ketahanan (sustainability) dan istiqomah dalam melaksanakan apa jue projek, apa projek pun bukan boleh berjaya sekelip mata, atau pun mula buat hari ni hari esok dan mengutip hasil...jangan lepas sebulan dua bulan dah malas, badan rasa tak rot lah, dan macam macam lagi alasan...

    yang perlu ialah perubahan cara berfikir, perubahan jurusan minda (mindset) semua warga Kg LK supaya mahu mmenerima segala usaha perubahan ke arah kemajuan kampong dan kemajuan semua penduduk, sanggup bersama sama mengusahakan kegiatan kegiatan untu kemaslahatan seluruh masyarakat bukan atas kepentingan individu atau kelompok, ini perkara ang telah ditegaskan dan diperbahaskan dengan panjang lebar dalam blog ini, sedia maklum.

    dan kita pun dah banyak katakan, "bercakap senang nak membuatnya susah"...nah, sekarang saya percaya kita sedang berusaha untuk menggerakkan sesuatu sebagai permulaan...jadi kit semua sepatutnya berfikiran positif, lari dari gejala yang boleh mendaifkan terus menerus warga Kg LK dan menjadikan kampong berpusing 180 darjah ke belakang melawan arus pembaharuan dan pembangunan, apakah itu yang kita sedang berusaha memperjuangkan?

    sama juga dengan projek "Homestay" ianya bukan sesuatu yang tidak baik, memang ianya satu projek yang se arus dengan perkembangan semasa, ishak dan senah (anak sdr koi) memang berani mengambil risiko dan bersemangat, mereka tentunya telah membuat sedikit sebanyak kajian sebelum mencebur, dan koi sanjung usaha mereka,
    kalau baca komen koi mengenai "Homestay" koi hanya menyarankan penelitian serta pengamatan yang lebih tentang segala pra syarat yang perlu bagi menjalankan projek "Homestay" dan sdr kanda lias pula telah menunjukkan beberapa rujukan yang berguna dan perlu sbagai panduan bagi membantu melaksanakan projek "Homestay" supaya berjaya.

    koi sarankan komen-komen (pendapat-pendapat) dibawah nama "anonymous" di sekat daripada disiarkan, barang diketahui sape dlm Kg LK yang tak kenai sape....kenapa nok nyuruk dibawah "anonymous" bila mengulas sesuatu perkara, berani kerana benor takut jika bercakap tak berasas, se tidok tidoknya guna lah nama samaran ke, nama timangan ke, nama glamour ke, barack obama ke, chavez ke, babjee ke, ah chong ke, nurhaliza ke, apa saja dan jangan lupa perkenalkan diri disebalik nama samaran itu, supaya mudoh kita semue menilai pendapat dan buoh fikiran masing masing, 'kan ke begitu lebih betul caranya jika ada niat nok memberi pendapat yang berguna dan membina, dan bukan hanya nok mengutuk !?$&

    saya yakin blog LK ini ialah satu blog yang berwibawa, maka "anonymous" tidak menunjukkan kewibawaan atau keprihatinan

    semue orang dlm blog ni dan di kg tahu dan kenai sape koi, koi tak peduli nok tulis/komen tentang apa pun, koi tulis, walau pun mengenai isu Tok Penghulu, apa nok ditakutkan bukan kite ada niat tak baik niat jahat, kita membincangkan semua permasalahan yang membabitkan Kg LK Pahang secara terbuka ikhlas dan membina, memang panas berdesing telinga mendengor nya, tapi itu kan cara nya dunia membincangkan apa juga isu, tepat (point blank) tapi ikhlas, tengok aje lah dalam parlimen kita, bagaimana?

    niat kita semue hanyalah untuk menyemarakkan semangat ke arah membangunkan dan memajukan Kg LK, yang dah lama tertangguh (long overdue)....itu saja...

    'kampong kita kotor (habat nampaknya) tak maju macam kampong orang lain, itu semua terjadi kerana salah siapa? siapa yang ada peka tentang keadaan Kg LK selama ini, keadaan "jelek" yang membuatkan kita di luar sana tawar hati nak balik kampong (walau pun di hujung minggu), tidak ada siapa pun termasuklah yang empunya diri...'
    > percakapan dalam ulasan oleh Kas Mahmood yang dipetik ini samasekali tak membawa maksud secara literal, sesiapa yang membaca nya kena faham...interpretasi kena betul

    bila Kg LK dah ada banyok bende nok dipamirkan, nok dijuai ke pasaran luar, dapat menarik minat orang dar berbagai bangsa dan negara, boleh berbangga dengan pembangunan dan kemajuan yang dah dicapai, maka bukan saja anak anak LK di perantauan nok balik kampong so'omo orang luar pun nok datang senalor ke Kg LK, maka "Homestay" pun laris, hasil-hasil kampong pun membawa pendapatan lumayan....barulah ada daya tarikan, ada magnetic pull ke Kg Lipat Kajang Pahang, kampong kita !

    anak Lipat Kajang untuk Lipat Kajang...

    ReplyDelete
  7. salam
    Maaflah sekiranya pengunaan nama anonymous itu membuatkan KM tersinggung. Namun tujuannya bukanlah nak menyinggung mana-mana pihak tp sebagai seorang insan yg kerdil ianya lebih baik dari memperkenalkan diri. Saya sendiri pun tak kenal dengan KM.Saya duduk di Lipat Kajang bersekolah di Lipat Kajang dan membesar juga di Lipat Kajang sehingga sekarang masih juga di Lipat Kajang.Cuma kerana saya tidak mempunyai ilmu yang cukup jadi biarlah ianya menjadi rahsia. Sentiasa berusaha untuk menaikkan nama Lipat Kajang.Bukan niat nak mencari nama atau berbangga diri.

    ReplyDelete
  8. pada 16 April 2009 lalu seorang sdr kita Anonymous juga telah menulis dibawah tajuk "Balek kampong" ni juga, seperti berikut,
    "saya setuju pendapat KM.
    agaknya kena adakan annual event macam serkap ikan kat paya2 di lipat kajang sebab lk banyak paya.tapi ada ikan lagi ke?atau adakan hari bertemu saudara masing2." (rujuk diatas)
    koi pasti Anonymous yang diatas tu bukan anonymous awok ni, jadi ada 2 orang anonymous, entah berapa orang anonymous lagi yang ada menulis, jadi macam mana kita nak pastikan yang mana satu orang nya, pendapat atau pandangan atau buah fikiran boleh jadi amat kukuh munasabah masuk akal berasaskan membina, tapi dari siapa?
    koi percaya awok ni pun ada kaitan juga dengan koi ada talian persaudaraan, mana ada orang LK yang tak ada ber sdr antara satu sama lain? tapi tak apa lah dik kerana awok tak kenai koi (atau belum kenai koi lagi) jadi kita anggap aje lah pertukaran hujjah-hujjah (komen komen) di antara awok dengan koi ni macam antara dua orang yang asing tak kenai langsung antara satu sama lain, nanti apabila awok dah kenai koi (dan koi pun harap-harap akan kenai sape awok) kita boleh ketawa besor...
    kalau awok rasa awok seorang insan yang kerdil, koi tak paham apa maksud awok, kerdil dari segi saiz badan ke atau dari segi apa? sebab kalau awok kerdil dari segi semangat dan kemahuan untuk maju koi tak percaya awok ni kerdil, tengok awok dah boleh menulis dalam blog, awok mahu menonjolkan pendapat, awok yakin dengan kekuatan pendapat awok, awok mahu bersama sama dengan kaum kerabat memacu usaha kearah kejayaan masyarakat dan kampong, apa itu kerdil ke namanya? koi tak tahu lah apa maksud kerdil awok tu.
    macam awok juga, koi dilahirkan di Lanjut LK, bersekolah di SKLK juga (walau pun hanya setakat Djh 3 maknanya membesar di LK hanya setakat umur 9 tahun, lepas tu ditakdirkan koi telah terpaksa merantau.....menyambung pelajaran, dan panjanglah ceritanya....sampailah sekarang, hanya dapat balik ke kampong sekejap sekejap, maka jadilah koi ni orang Kg LK yang tinggal di perantauan, berbanding dengan awok yang terus duduk di kampong tak ke mana mana, tapi hakikatnya kita sama aje, awok didalam koi diluor,
    sejak blog LK ni dibuka koi dah banyok juga menulis dan memberi komen, dan walau pun mula-mulanya memang tak ada yang tahu sape KM, tapi tak berapa lama lepas koi menulis, semue orang dah kenai dah tahu sape KM, dan kalau awok selidik selidik tak ada lah payoh amat nok kenai sape KM ni,
    soal awok tak mempunyai ilmu yang cukup maka awok nok merahsiakan sape diri awok, itu pun koi rasa satu sikap yang kurang baik (merendah diri sangat)dan langsung tak menguntungkan diri awok sendiri, awok kurang ilmu, ilm dari segi apa? ilmu itu sebenornya apa bende? adakah mereka-mereka anak LK yang berpeluang pergi belajor tinggi2 sampai ke universiti tu boleh dikatakan dah berilmu sangat, jauh lebih berilmu dibandingkan dengan awok? sebenornya kita dapat menimba lebih ilmu dari pengalaman hidup bukan dari bangku sekolah atau dari bilik kuliah universiti, awok mesti rasa bangga dengan segala ilmu yang awok dah timba melalui kehidupan awok yang telah dipenuhi dengan segala rahmat dan nikmat dari Tuhan Yang Maha Esa, ilmu kehidupan yang hanya dipunyai oleh awok seorang sja, mereka yang pergi belajor tinggi2 pun masih banyok kekurangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu, mereka mungkin lebih teruk lagi dari awok kerana tak mempunyai ilmu yang cukup dari beberapa segi kehidupan, ingatlah bahwa Allah SWT Maha Adil terhadap semue hambaNya, maka itu pengakuan awok bahawa awok tak mempunyai ilmu yaqng cukup tu perlu ditarik balik, jangan disebut2 lagi, mesti rasa bangga untuk memperkenalkan diri awok,
    awok lebih bernasib baik kerana awok terus hidup menetap di kampong, ada keluarga ada rumoh tangga ada kebun nok brcucuk tanam, ada berbagai sumber rezeki, koi yang tinggal di perantauan ni tiap kali nok balik ke kampong kena fikir dulu ke rumoh sape nok dituju, sebab koi dah taada rumoh nok dituju nok disinggoh di kampong tu, dalam ertikata emok bapok pun dah taada rumoh emok bapok pun dah taada, walau pun rumoh sdr mara memang banyok, nok singgoh di rumoh sape pun mereka dah tentu akan sambut koi, ajok makan nasi dah tentu punye, tapi hakikatnya koi dah taada pengkalan di kampong jadi nok singgoh macam mana, sebab itu bila cerita bab balik kampong ni memang satu topik yang boleh menimbulkan berbagai emosi dan persepsi bagi diri koi, dan mungkin beberapa orang lagi kerabat yang menetap di perantauan, maka kerana itulah kita mahu bermain dengan idea-idea bagaimana kita semue di perantauan ni boleh dapat balik ke kampong seberapa kerap yang mungkin dengan rasa bangga dan gembira, bukan setakat pandu kereta masuk sampai ke ulu lanjut lepas tu pusing terus pandu keluor, pasai apa? pasai tak ada rumoh yang nok disinggoh, tak tahu nok singgoh di mana? nok singgoh di rumoh sape? itu lah dilemma kita yang di luor ni (bukan semue) bila balik ke kampong? kadang kadang bila kita lalu kita merasakan seolah olah tak ada sape yang sudi mempelawa kita singgoh di rumoh dia, buat macam tak kenai aje, kena pulok ditanya, "awok balik awok tuju ke rumoh sape?" oleh mereka bila nampok kta (koi) balik kampong, tak percaya? cuba awok jadi koi, baru awok tahu macam mana rasanya...tak sedih ke awok ingat?
    tapi kita masih tak mahu putus hubungan dengan kampong tanah tempat kelahiran kita, dan jangan ada sesiape yang mengatakan bahawa kita di perantauan ni tak mahu balik ke kampong, bersikap sombong ke, bangga ke, merasakan diri lebih daripada sdr mara yang tinggal menetap di kampong, sama sekali tidak begitu, sekurang kurang nya koi sebagai seorang anak LK tak ada mempunyai perasaan atau sikap begitu, yang lain nya koi tak tahu lah, pemikiran masing masing tak sama (berbeza beza) harap harap anak anak LK taada yang sombong tak tentu arah...
    soal sikap ni pun kita dah bincang dengan panjang lebor dalam blog ini...

    koi boleh dikatakan sentiasa berhubung dengan sdr kita di ulu lanjut tu (towkay PA system, alat2 siaraya untuk sewaan di majlis-majlis)....sdr tapa (Mustapha)
    dia menceritakan keadaan dia di kampong dan koi cuba beri dia macam macam galakan, sekarang dia dah buka blog dia sendiri di internet dan tulisan-tulisan dia amat menarik sekali, dan dia bergiat amat aktif dalam bidang bidang yang berfaedah, itu lah semangat dan kemahuan yang kita harapkan,
    nak tahu sape KM, tanyalah sdr tapa tu

    nak tahu juga serba sedikit tentang KM > Ngah Jebah tu pupu koi, arwah Cikgu Jak (Cikgu Razak Hamid) tu juga pupu koi, maka itu menjadikan semue anak-anaknya anak-anak sdr koi yang amat kuat pertalian keluarga, arwah PakNgah Malek ayah sdr benor koi abang kepada arwah emok koi (Jamilah anak dia tinggal dekat sekolah LK di Lanjut tu pupu koi), Nong Zuki di Tg Sungai dua pupu koi, begitu juga isteri dia dua pupu koi juga, Yunus(Lias) (blog LK) dua pupu koi juga, Juhar (Lias) Saat Nipah Borhan dan adik adik mereka semuanya anak sdr koi sebab Mbong Esah tu pupu koi, arwah PakUda Manaf dan arwah PakWer Chik (Chik Katak) bapa sdr koi, MakNgah Betiah di Ceruk Panjang tu emak tiri koi, Tan Kamalun Shah (Tan Kama) tu dua pupu koi juga, Tapa tu pun dua pupu juga, tak payah lah sebut banyok2 lagi dah cukuplah tu, dah boleh teka sape koi? mudoh cerita, taada di LK tu yang bukan sdr (cuma dekat atau jauh aje), memang tak munasabah awok tak kenai koi...ini lah KM (cuma koi tak ahu sebut nama sebenor koi, itu sja) dan koi tak menyelindung apa apa disebalik KM, ada sejarah tersendiri kenapa digunakan nama KM, sebagai kenangan yang tak akan luput, itu sja, kalau awok dah baca blog LK dari awal2 dulu hingga sekarang, tentu dah boleh tahu sape koi
    ingatlah, tak ada sape yang tersinggung...
    apa yang awok nak cakap nak tulis teruskan aje, bantai lah, itu lah blogging namanya

    anak Lipat Kajang untuk Lipat Kajang

    ReplyDelete
  9. gini lah, kita semua anak2 Lipat Kajang. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Semua nya sama, .......... pada masa dulu mandi di Sungei Pahang jugak, minum air perigi asal dari paya2 Lipat Kajang ........ berak pun mungkin belakang busut, itu masa dulu sekarang dah ada tandas ....... mari lah kita cuba bangunkan dan majukan Lipat Kajang. Kata orang puteh, "Make Lipat Kajang known to the world"

    ReplyDelete
  10. dikutip tanpa kebenaran tuannya dari
    http://sakmongkol.blogspot.com/

    >>>>>>> "There are numerous manipulative and distorting effects from having cyber-writers make pronouncements while remaining anonymous. One of these and a most significant of reasons is that there is no accountability whatsoever when they make false or misleading statements."

    "Today we have a perfect illustration of that lack of accountability. Anonymity is most used as a means of deception or using anonymity to reach an agenda couched in the now already tired phrase of '...........' or '.........'". <<<<<<<<

    accountability - kebertanggungjawaban

    itulah sebabnya tak boleh menulis disebalik nama "anonymous"

    sungguh2 nak bangunkan nak majukan Kg LK ke persada dunia, tulis (usulkan) idea idea yang bernas tonjolkan candangan cadangan yang konkrit yang boleh dilaksanakan, dan bukitkan bakat dan kesungguhan untuk menerajui dalam sesuatu (dayausaha) yang khusus,
    Tok Penghulu, JKKK, Tok-Tok Empat dan JK Masjid pastinya bersedia pada setiap masa untuk memberi sokongan, malahan untuk ambilalih mempelopori sebarang projek pembangunan (agama, ekonomi atau sosial -tapi bukan politik), kerana itulah peranan dan tanggungjawb mereka sebenarnya.

    koi dan awok dan diye' dan deme' semue warga2 LK yang cuma ada lidoh 'ngan gigi je tak mampu nok buat apa-apa, kita cuma boleh bersuara dan mengusulkan secara tulus ikhlas, itu pun kalau orang nok dengor

    tapi barang diingat, kuasa media baru (internet) tak boleh diperlekehkan

    kita semua sama aje (memang betul)

    dan diharapkan kita semua di perantauan ni tidok dipandang (dianggap) sebagai satu tekanan yang boleh (atau berhasrat untuk) menggugat keselesaan siapa siapa, kerana kita juga amat prihatin dan amat mengambilberat, demi tanggungjawab yang telah diamanahkanNya (Allah SWT) walau pun hanya dengan peranan yang boleh dipandang (dianggap)sebagai "tak seberapa....."

    anak Lipat Kajang untuk Lipat Kajang (Pahang)

    ReplyDelete