harta wakaf adalah harta yang telah diserahkan kepada Allah SWT untuk dimanfaatkan demi kemaslahatan ummah - gambar hiasan
Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipat gandakan pahala khususnya bagi mereka yang diberi kelebihan harta dan wang ringgit. Beruntunglah mereka dikalangan kita yang diberi kelebihan oleh Allah s.w.t. serta suka menolong orang lain dan membantu didalam kerja-kerja kebajikan.
Islam menggesa ummatnya supaya bermurah hati dan segera memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 92 yang maksudnya:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dalam memperkatakan tentang harta wakaf kita sedia maklum terdapat di kampong kita harta wakaf yang kita lihat pada hari ini ada sebahagiannya atau hampir kesemuanya tidak dimajukan untuk pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam masyarakat kampong kita sendiri, terutamanya harta tanah, ia tidak dimanfaatkan untuk mendapatkan pulangan yang memuaskan. Begitu juga sering kali timbul pelbagai isu dan masalah apabila tanah wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh pemegang amanah tanah wakaf dan sebagainya. Ini disebabkan kurang kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri dengan mempersoalkan bagaimana cara dan bentuk ia patut dan mahu dibangunkan atau dimajukan.
Islam menggalakkan umatnya membangunkan atau menggunakan tanah wakaf untuk manfaat umat Islam yang lain khususnya membantu golongan yang miskin.
Dalam konteks ini ulamak Fiqah telah mentakrifkan harta wakaf sebagai suatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya ia digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaatnya. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya ada dikalangan umat Islam yang menawarkan diri untuk membangunkan tanah wakaf bagi manfaat umat Islam selagi mana ianya tidak bercampur dengan unsur-unsur riba’, penipuan dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
Kita semua perlu faham dan sedar bahawa ganjaran pahala harta wakaf akan bertambah dan pahalanya berkekalan selagi harta yang diwakafkan masih boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh umat Islam (sekalipun masyarakat kita sendiri), selagi itulah pahala wakaf akan terus diterima selama-lamanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلَهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ."
Maksudnya : " apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kepadanya ".
( H. R. Muslim )
Berdasarkan kepada hadis tersebut, Jumhur ulamak sepakat bahawa sedekah jariah tersebut adalah termasuk harta wakaf.
Antara kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya yang ikhlas mewakafkan harta sepertimana yang disebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud,
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikendakinya dan Allah Maha Luas (rahmatnya) kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan.
Selain itu, diantara hikmah dan tujuan syariat Islam mengharuskan wakaf untuk kepentingan dan faedah tertentu seperti :
1. Membuka jalan ke arah pengabdian diri kepada Allah s.w.t.
2. Mendorong minat orang yang beriman berlumba-lumba dalam mengerjakan amal kebajikan serta mengharapkan pahala yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.
3. Untuk kebaikan umat Islam, seperti membina Masjid, sekolah dan tempat kormersial yang mendatangkan keuntungan kepada Umat Islam.
4. Membantu dan mengurangkan beban penderitaan golongan fakir miskin dan anak yatim dari segi sosio ekonomi dan sebagainya.
5. Salah satu cara untuk membina kekuatan ummah dan mengekalkan pemilikan harta secara perkongsian dikalangan umat Islam.
Menyedari kepentingan dan manfaat harta wakaf, maka umat Islam (masyarakat kita) perlu sedar dan bangkit untuk sama-sama menangani isu pembangunan harta wakaf untuk kemajuan Umat Islam seperti berikut :
1. Sama-sama membantu menyelesai dan mengurangkan masalah sosio ekonomi di kalangan kita umat Islam serta dapat membantu golongan fakir miskin seperti membina rumah kos rendah dan disewakan (secara berpatutan) kepada mereka disamping melatih mereka untuk hidup berdikari.
2. Mengurus dan memajukan harta-harta wakaf mengikut perkembangan semasa sesuai dengan syariat Islam.
3. Kita umat Islam harus sedar dan faham, bahawa harta wakaf boleh dibangunkan untuk mendatangkan keuntungan yang maksima seperti pembinaan kompleks bangunan kedai atau pejabat dan sebagainya. Bukan berfahaman bahawa tanah wakaf hanya untuk dijadikan tanah kubur dan tapak surau dan masjid sahaja.
Pada dasarnya pembangunan harta wakaf dapat menyumbang kepada pembentukan dan pembangunan modal insan dikalangan Umat Islam jika ia diurus tadbir dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ianya bukan sahaja dapat memacu pembangunan ekonomi ummah, malahan ianya mampu merubah struktur dan/atau status sosio ekonomi umat Islam ketahap yang lebih baik dan kelangsungan hidup yang sempurna.
Dengan kesedaran yang sewajarnya dan kerjasama dikalangan kita, sema harta wakaf dapat dibangunkan dan dikembangkan sebagaimana yang dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Begitu jugalah bagaimana Universiti al-Azhar, Mesir boleh maju dan membiayai palajar-pelajar dari seluruh dunia hingga ke saat ini dengan bersumberkan sumbangan harta wakaf.
Di Kg Lipat Kajang Pahang memang ada terdapat banyak tanah atau harta wakaf yang telah lama terbiar dan tidak dibangunkan atau diusahakan, dan hal keadaan harta wakaf yang sedemikian seharusnya tidak terus dibiarkan tanpa dimanfaatkan sewajarnya demi kebaikan masyarakat kita didunia dan juga mendapat pahala yang banyak dari Allah s.w.t jika kita menguruskan harta-harta wakaf tersebut sepertimana yang telah disyariatkan.
Kejayaan pembangunan harta wakaf bergantung kepada kefahamanan yang jelas di kalangan Umat Islam tentang konsep, peranan dan matlamat wakat yang disyariatkan Allah s.w.t.
Peranan dan tanggungjawab kita semua sebagai satu ummah (masyarakat) untuk sama-sama memajukan dan membangunkan serta mengembalikan fungsi dan peranan harta wakaf untuk kemajuan masyarakat kita sendiri (umat Islam), khususnya melalui sumbangan idea, bantuan teknikal dan kepakaran tertentu dalam menjayakan pembangunan harta wakaf.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bandingannya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
( Surah Ali – Imran ayat 133 – 134 )
Sama sama lah kita renungkan dan fikir fikirkan

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedipetik dari akhbar online harakahdaily.net, 5/4/2009
ReplyDeleteDi Pulau Pinang, terdapat sebidang tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2002 untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) disalahgunakan apabila Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengizinkan bangunan (kepunyaan sebuah parti politik) dibina di situ dua tahun kemudian, pada tahun 2004.
Walhal Pengurusan SAR berkenaan pernah memohon kepada kerajaan untuk membina bangunan SAR yang diwakafkan pada tahun 1997 namun tidak dihiraukan.
Justeru itu, wakil Pengurusan SAR meminta Yang Dipertua MAIPP, menjelaskan keadaan sebenar dalam tempoh seminggu.
YDP MAIPP ada masa selama seminggu untuk menjelaskan keadaan yang sebenar kenapa bangunan kepunyaan sebuah parti politik tersergam di atas tanah yang tellah diwakafkan untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Wakil Pengurusan SAR tersebut memohon maaf kepada media kerana tidak mahu mendedahkan di mana lokasi dan nombor lot tanah berkenaan ekoran beberapa sebab tertentu.
Tetapi, akan berbuat demikian selepas seminggu sekiranya YDP MAIPP masih membisu atau lari daripada memberikan penjelasan kenapa terjadi begitu.
Jika ada mana-mana individu yang pernah/telah mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan atau sebagainya tetapi disalahgunakan untuk projek parti politik boleh tampil kehadapan memberitahu untuk tindakan lanjut.
Diharap kejadian sebegini tidak pernah dan tidak akan berlaku membabitkan kaum kerabat dan/atau kampong kita, Kg Lipat Kajang Pahang
(catitan tentang contoh penyalahgunaan harta wakaf ini dimuatkan hanya sebagai bahan renungan kita bersama, kita samasekali tidak mempunyai kecenderungan ke arah mana mana pihak dalam arena politik)