Wednesday, April 8, 2009

Masjid Sebagai Pusat Ilmu



ikhsan http://jengjeng.matriphe.com/

Sebagai umat Islam, kita semua yakin bahawa masjid merupakan rumah Allah serta tempat beribadat yang paling mulia, dan merupakan satu syiar yang melambangkan wujudnya masyarakat Islam dan perpaduan ummah. Justeru itu kita semua seharusnya menghayati fungsi serta peranan masjid sebagai satu tempat untuk semua aktiviti ibadat dan pusat pembangunan ummah. Tingginya kemuliaan masjid dapat digambarkan daripada tindakan Rasulullah SAW mendirikan masjid dalam peristiwa hijrah sebagai langkah pertama dalam membangunkan masyarakat Islam di Madinah. Selanjutnya baginda Rasulullah SAW juga telah membentuk pengurusan dan pentadbiran masjid dengan begitu cemerlang sehingga institusi masjid telah menjadi nadi terpenting dalam pentadbiran negara di zaman tersebut dengan mengetengahkan pelbagai peranan dalam pembentukan ummah. Demikian juga semasa kepimpinan Khalifah al Rashidin dan para pemerintah Islam yang selepasnya, institusi masjid terus berjaya menjalankan fungsi dan peranannya. Memandangkan tingginya kemuliaan masjid maka Rasulullah SAW telah menyatakan dalam sebuah hadis baginda betapa besarnya pahala dan balasan bagi umatnya yang membangunkan dan memakmurkan masjid. Sabda

Rasulullah SAW:
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِى بِهِ وَجْهَ اللهِ بَنَى الله ُ لَهُ بَيْتًا فِى
الْجَنَّةِ.
yang bermakasud, “Barangsiapa mendirikan sebuah masjid dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT nescaya didirikan baginya sebuat rumah didalam syurga.” (hadis riwayat al Bukhari)

Sejak zaman Rasulullah SAW dan seterusnya dizaman para sahabat dan para tabi’in masjid telah menjadi pusat pengembangan ilmu ilmu Islam kepada seluruh ummat. Bermula dari Madinah sehinggalah ke Andalusia, masjid masjid di kota kota tersebut telah berkembang sebagai pusat pusat pengajian sehingga menjadi universiti universiti yang terbilang diwaktu itu dan sehingga kini seprti Universiti Al Azhar di Mesir yang masih terus menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia.

Di negara kita masjid berada dalam arus pembangunan yang seiring dengan pembinaan institusi institusi yang lain. Satu Unit Khas di peringkat Persekutuan dan Negeri telah dipertanggungjawabkan dalam merancang dan menguruskan pembangunan dan pengimarahan masjid.

Adalah menjadi harapan kita semua agar masjid kita di Kg Lipat Kajang (Temerloh, Pahang) ini tidak dijadikan hanya tempat untuk solat waktu dan solat Jumaat, solat Hari Raya, beriktikaf dan berzikir sahaja, malah lebih dari itu, ianya hendaklah dimanfaatkan secara lebih meluas, diantaranya bagi tujuan seperti:

1. Masjid sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan.
Masjid perlulah dijadikan tempat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan seperti
yang dituntut oleh ajaran Islam agar mampu membentuk masyarakat yang
berilmu dan memahami tentang hakikat aqidah, syariah dan akhlak;

2. Masjid sebagai pusat perkhidmatan sosial/masyarakat.
Masjid juga diharapkan mampu berfungsi sebagai pusat perkhidmatan
sosial/masyarakat terutama bagi golongan yang menghadapi masalah seperti
mereka yang telah terjebak dalam sesuatu aktiviti tidak sihat atau menghadapi
menghadapi masalah kekeluargaan. Mereka semua ini sewajarnya dibantu
melalui kaedah bimbingan dan khidmat nasihat supaya mereka dapat kembali
kepada kehidupan yang lebih sempurna dengan mendekatkan diri kepada
Allah SWT;

3. Masjid sebagai pusat memupuk perpaduan ummah.
Kekuatan aqidah merupakan asas utama penyatuan ummah dan masyarakat.
Atas prinsip itulah masjid “ qaba’ ” (iaitu masjid yang pertama dibangunkan
oleh Rasulullah SAW di Madinah) telah berperanan dalam menyatupadukan
masyarakat yang berlainan bangsa, budaya dan agama. Perkara tersebut
telah menjadikan Kerajaan Islam Madinah sebagai satu kuasa yang kuat dan
berpengaruh. Peranan seperti inilah yang perlu diteladani oleh masjid kita
walau pun hanya sebuah masjid kampong.

Dalam Al Quran, Allah SWT mengingatkan kita agar jangan sekali kali
membina masjid untuk tujuan tujuan tertentu atau untuk mencapai cita cita
dengan mencipta konflik dan perpecahan;

Firman Allah SWT dalam Al Quran, Surah At Taubah ayat 107, yang
bermaksudnya:
Dan (diantara orang orang munafik juga ialah) orang orang yang
membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang
Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecahbelahkan
perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat)
intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan
(apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara) mereka akan bersumpah dengan
berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini
melainkan untuk kebaikan semata mata”, padahal Allah menyaksikan bahawa
sesungguhnya mereka adalah berdusta”

4. Masjid sebagai model (contoh) institusi yang suci dan bersih.
Sejajar dengan masjid sebagai rumah Allah dan tempat kita beribadat, maka
amatlah wajar masjid dijadikan contoh sebagai institusi yang paling suci dan
bersih.

Masjid tidak boleh dibiarkan tidak dijaga kebersihan dan keceriaannya.
Keadaan tidak terjaga ini bukan sahaja tidak akan menggalakkan masyarakat
untuk datang ke masjid malah ianya turut menjejaskan imej dan kesucian
Islam itu sendiri.

Namun dalam usaha menjaga kebersihan masjid janganlah pula sampai masjid tidak
dibenarkan diguna untuk sesuatu majlis ilmu, baik untuk golongan dewasa mahu
pun untuk anak anak kita semua, hanya kerana dikhuatiri mereka akan membawa
kekotoran (tanah dan/atau lunpur yang lekat dikaki atau di kasut/selipar) ke
sekitar tepian bangunan masjid; tegahan sedemikian tidak lah sesuai dalam usaha
untuk memakmurkan masjid sebagai rumah Allah dan tempat beribadat serta
mengembangkan ilmu.

Sabda Rasulullah SAW: “
"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : أَمَرَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمم
بِبِنَآءِ الْمَسَاجِدِ فِى الدُّوَرِ وَأَنْ تُنَظَّفَ وَتُطَيَّبَ."
yang bermaksud: “Daripada ‘Aisyah ra katanya, “Rasulullah SAW menyuruh
umatnya mendirikan masjid-masjid di kawasan penempatan atau
perkampungan dan menyuruh supaya masjid-masjid itu sentiasa dibersihkan
dan diharumkan”

Dalam usaha kita untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan umat, kita perlulah berusaha kearah mempertingkatkan ilmu dan kemahiran menguruskan masjid untuk terus bergerak ke hadapan dengan penuh azam dan tekad sebagai bukti kecintaan kita kepada masjid. Marilah kita membina semangat untuk sentiasa memakmurkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat disamping aspek pengurusan yang cekap dan pentadbiran masjid yang berwibawa jua perlu diberikan perhatian.

Firman Allah SWT dalam Al Quran Surah Al ‘Asr ayat-ayat 1-3
yang bermaksud:
Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta ber pesan pesan dengan sabar”.

Semoga masjid Kg Lipat Kajang ini dapat diuruskan dan diimarahkan untuk memberi faedah dan manfaat yang sewajarnya kepada seluruh penduduk kampong.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

2 comments:

  1. pendapat tuan begitu bernas tapi sayang,sampai kucing bertanduk pun tak akan berjaya.
    saya sedih tapi tulah kenyataan-nya

    ReplyDelete
  2. kalaulah kita telah berikrar dengan syadah, tentu sekali kita berasa bertanggung jawab untuk mendirikan Islam. Dan mengikut seberapa yang terdaya apa yang telah di buat oleh Nabi Muhammad SWA. Dan punca segala urusan Nabi Muhammad SWA adalah dari mesjid (dan tidak dari institusi lain2). Ini bermakna kita mesti menggunakan mesjid dengan sepenuh nya di dalam apa hal pun didalam hidup kita ini. Mesjid mesti di gunakan di dunia dan juga untuk bermula kita ke akhirat kelak. Mengabaikan mesjid makna kita mengabaikan Ugama Islam. Ini semua orang Islam mesti faham, tanpa kefahaman itu akan melemahkan aqidah kita.

    ReplyDelete