Wednesday, April 1, 2009

Rumah tinggal

(there is a tendency for people to abandon their houses in the kampong especially by women who have lost their husbands. They go to live with their children in towns. As a result there are abandoned good houses (which would soon rot) and abandoned good arable land in the kampong. Some with no children may still live in their houses in the kampong, but most don’t. This is one of the causes of population depletion from the kampong. The task now is how to re-populate the kampong, and for the people living in the kampong to lead a productive life).

Satu daripada sebab2 mengapa sesebuah kampong tradisional itu makin berkurangan penduduk nya ia lah kerana meninggalnya orang lelaki (suami) dari sesebuah rumah di kampong itu,. Perkara ini adalah satu satunya cabaran kepada kampong Melayu tradisional, termasuklah di Lipat Kajang. Perkara saperti ini jarang2 berlaku kepada rumah2 di bandar atau dimana sesuatu famili itu tidak ada anak, tetapi akan berlaku jua apabila ‘balu’ itu tinggal seorang diri dan selepas itu meninggal.

Balu kepada seseorang lelaki yang ada famili, dan di mana anak2 nya berkerja di luar kampong akan meninggalkan rumah kediaman asalnya apabila meninggal sahaja seseorang suami dan akan berpindah duduk di rumah anak2 yang biasa nya tidak lagi tinggal di kampong, sesuatu penghijerahan yang di ‘paksa’. Tetapi sekiranya ada lagi seseorang diantara anak2 mereka yang tinggal di kampong, balu (emak famili itu) akan biasa nya tetap tinggal di kampong.

Perkara saperti ini akan tetap berlaku walau sebesar mana pun atau walau secantik mana pun rumah asal mereka di kampong itu. Mungkin juga ‘balu’ arwah itu takut tinggal berseorangan atau pun kesunyian, tetapi mungkin juga di sebabkan faktor2 lain yang orang lain tidak faham. Tambahan pula si anak2 jarang2 berkunjung balek ke kampong. Masaalah kewangan munkin tidak timbul kerana biasa nya si anak2 akan memberi belanja (jarang2 perkara sebaliknya berlaku) yang cukup. Tapi mungkin juga si balu tidak sihat menyebabkan beliau pindah dari kampong ke rumah anak2 di bandar.

Faktor takut dan factor kesihatan banyak main peranan dalam hal2 rumah tinggal saperti ini. Pada masa sekarang, keselamatan di kampong adalah juga tidak terjamin. Kecurian dan rompak sering berlaku. Dan juga sekira nya sibalu tadi mengalamai kekurangan kesihatan, dan di kampong biasa nya tidak ada kemudahan menjaga kesihatan yang cukup. Sungguh pun kemudahan kelinik desa di sediakana tetapi itu tidak mencukupi kerana kelinik deas tidak mempunyai kemudahana yang sempurna atau pun katiadaan kaki tangan yang terlateh bagi mengubati penyakit2 yang serious. Hospital mungkin ada di bandar berdekatan tetapi kemudahan pengankutan dari kampong ada lah berkurangan terutama sekali di masa2 kecemasan. Juga sekiranya berlaku kecemasan pada waktu2 ‘sunyi’ (pada larut malam hari atau pada masa penduduk2 kampong/jiran tidak ada di rumah), tentu sekali tidak dapat pertolongan segera.

Sekira nya di teliti dengan halus, inilah satu2 daripada sebab2 mengapa sesebuah kampong tradisionaql itu menjadi penduduknya berkurangan dari hari kesehari.

Dan ini lah satu daripada punca banyak tanah di kampong tradisional terbiar dan berkurangan nya anak2 di sekolah kampong.

Perkara2 tersebut perlu di atasi dengan segera supaya kampong2 tradisional Melayu akan kembali semula mengahayati penduduk yang ramai dan keadaan menjadi meriah semula. Dan tanah2 kosong di gunakan dengan lebih produktif dan effisen.

Pada pendapat saya adalah perlu orang2 kampong di mana banyak rumah2 kosong atau rumah2 tinggal dan tanah terbiar belajar dari kampong2 tradisional Melayu yang lain dimana kemajuan telah di capai sungguh pun penduduk2nya telah berkurangan. Saya percaya maseh ada juga kampong2 Melayu saperti itu. Dan anak2 di bandar2 perlulah melawat kampong2 mereka dengan lebih kerap lagi bagi melihat asset2 yang ada dan bagi memajukan asset2 itu. Sekiranaya mereka tidak berkeupayan bagi memajukan asset2 itu, mereka perlu menjualkan nya kepada sesiapa yang boleh memajukan asset2 itu, walau pun kepada bukan orang2 tempatan kampong2 itu sendiri, dan jika perlu boleh juga disewakan kepada orang asing atau orang bukan Melayu. Perkara saperti ini telah pun berlaku di kampong2 tradisional. Tanah terbiar tidak mendatangkan hasil kepada Negara!.

Satu lagi cara yang saya percaya boleh mendatangkan hasil kepada kampong2 yang banyak rumah yang telah di tinggalkan ialah dengan cara mengalakan pelancong2, tetapi didalam hal ini kemudahan asas mesti lah di sediakan. Hampir semua kampong2 tradisional ini adaklaha di tempat2 yang mempunyai ciri2 kecantikan yang asli yang boleh mendatangkan ketenangan kepada penduduk2 bandar dan penduduk2 Negara lain. Kemudahan yang disediakan mestilah mempunyai ciri2 keselamatan, kesihatan, kebersihan, dan kesenangan yang hampir2 terdapat di bandar2, tetapi maseh terjaga ciri2 kekampongan. Perkara saperti itu adalah satu cabaran kepada sesebuah kampong tradisional.

Satu lagi cara adalah dengan mengusahakan industri2 tempatan yang mengeluarkan hasil bagi menampong kehidupan, saperti berternak, memelihara binatang2 yang pelek2 saperti cacing dan lintah. Saya percaya pehak Kerajaan boleh memberi pertolongan dalam industri2 saperti in.

Kenapa pula tanah2 terbiar itu tidak dimajukan sendiri?. Ambil contoh dari orang Cina. Pada mereka, tanah sekankang kera pun boleh mendatangkan hasil. Cara nya? Belajar dari mereka.

Rumah terbiar dan kampong terbiar jangan lah menjadi satu alasan mengapa sesebuah kampong itu ketingalan dan menjadi terbiar.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

No comments:

Post a Comment