Thursday, June 4, 2009

imaraknya mesjid Lipat Kajang




(Having been told by reliable sources of the kampong that these two personalities were the ones who began to use the kampong mesjid as a place of congregation for the 5 daily prayers. Before they arrived on the scene, back to the kampong from their long career wondering, the mesjid was only used for Friday prayers and for Hari Raya prayers or for special occassions only)

Saya telah di beri tahu oleh sumber2 yang boleh di percayai dari kampong bahawa mereka berdua inilah orang yang mula2 mengimarakan mesjid Lipat Kajang selepas mereka kembalinya ke kampong untuk menetap di kampong setelah bersara. Sebelum ini mereka telah merantau ke tempat orang lain, untuk mencari rezeki yang halal dan untuk menjalankan tugas.

Biasanya mesjid ini hanya digunakan untuk solat Jumaat, solat Hari Raya atau pada masa2 yang dikhaskan atau tertentu atau pun pada masa kenduri kendara.

Daripada mereka mula dengan hanya berdua didalam suasana yang tidak begitu selesa dan di waktu2 yang keadaan gelap kampong, sekarang terdapat beberapa orang penduduk kampong yang berdekatan yang datang untuk solat berjemaah pada masa2 solat 5 kali sehari itu. Saya telah membuat catatan tentang pengelaman saya ke mesjid pada solat asar pada lawatan saya ke kampong baru2 ini, didalam blog ini atas dairy saya di kampong.

Saya mengharap benar lah yang keadaan imaraknya mesjid ini berlarutan hingga ke masa yang jauh kehadapan, dan juga saya berharap benarlah ramai lagi orang kampong Lipat kajang akan datang bersolat berjemaah 5 kali sehari di mesjid kampong ini.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

2 comments:

  1. pastinya apa yang kamu berdua suami isteri usahakan untuk menghidupkan aktiviti keagamaan di masjid Kg LK itu terutamanya dalam pelaksanaan ibadat solat berjemaah pada tiap-tiap 5 waktu akan diberkati oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat ganda, teruskan usaha kamu itu sehingga masjid dipenuhi dengan jemaah setiap kali solat waktu.
    (ayahde)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    Tahniah kepada Abang Sahak dan Isteri,Embong Senah (I know them well) atas usaha yang murni mengimarahkan masid.

    Masjid seharusnya dijadikan instituisi masyarakat .

    Semoga ada pihak yang mengambil inisiatif menerajui ushaha ini , InsyaAllah.

    ReplyDelete