Tuesday, November 24, 2009

a couple of e-mails from me to musani.

Terima kaseh di atas kesenangan hati sdr untuk mendapatkan buah fikiran saya tentang blog sdr.

Blog sdr memang '1st class' dan sdr telah mendapat banyak 'following'. Di antara 'following2' tu saya percaya ada beberapa orang anak LK.

Yang saya akan tuliskan ini ada lah hanya buah fikiran peribadi saya sahaja, dan saya tidak pernah di lateh menjadi seorang penulis.

Sesuatu blog itu ada 2 perkara yang sangat penting. Satu ialah untuk mendapatkan minat am dan satu lagi untuk mendapatkan minat individu. Selain dari tulisan tentang kepakaran di dalam satu2 subject atau bidang.

Saya percaya sdr menulis blog ini sebagai peribadi dan objektif asal sdr pada asalnya (pada fikiran peribadi saya) ia lah untuk menguji sejauh mana kepakaran sdr menulis dan juga untuk memberi maklumat tentang Kg Lipat Kajang, dan berita2 yang ada kaitan dengan Kg Lipat Kajang khas nya dan apa2 yang ada perhubungan deng KLK dan juga seseorang atau semua penduduk KLK. Objektif sdr itu telah tercapai (pada pendapat peribadi saya) dengan cemerlang nya. MORE >>>>


Apa yang memeranjatkan? Tulisan Sdr memang bagus. Dan Sdr memerhatikan sesuatu benda itu dari segi objektif, tanpa menunjukkan emosi Sdr. Sdr matang dan Sdr professional. Itu lah yang di perlukan sebagai seorang penulis, bukan sahaja untuk blog tetapi juga penulis cetakkan lain. Sdr ada talent untuk menulis, bukan semua orang ada talent begitu. Walau tinggi semana pun kelulusan seseorang itu, kalau tak ada talent tak kan dapat menulis. Menulis sesuatu rencana tidak dapat di pelajari di bangku sekolah sungguh pun bersekolah itu mustahak, tetapi bersekolah tidak bermakna terpelajar sekira nya untuk mengejar markah berbanyak ‘A’ saja. Mungkin sekira nya Sdr telah mendapat peluang untuk belajar lebih tinggi, talent Sdr itu mungkin boleh lagi di gilap dan mungkin Sdr boleh pergi ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam hidup Sdr.

Saya telah memberi buah fikiran dahulu itu hanya dalam pandangan peribadi dan tidak lebih dari itu. Sekiranya saya terkasar bahasa, saya mohon maaf.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu di buat di KLK. Hanya masa dan kewangan tidak mengizinkan perkara2 itu di lakukan atau di sudahai dengan cara yang memuaskan. Dan semua kerja ini memakan masa, tanpa imbohan dari mana2 pehak. Dan seharusnya imbohan tidak di minta supaya sesuatu kerja itu di beri iktiraf tanpa meminta minta untuk di iktirafkan., MORE >>



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea.

Friday, November 6, 2009

Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut Terlibat dalam Haram

Salah satu daripada rahmat Allah SWT terhadap manusia, iaitu: Dia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan tentang masalah halal dan haram, bahkan yang halal dijelaskan dan yang haram diperinci.
FirmanNya:
"Dan sesungguhnya Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Dia haramkan atas kamu."
(Quran, Surah al-An'am: 119)
Masalah halal yang sudah jelas, boleh saja dikerjakan. Dan soal haram pun yang sudah jelas, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan biasa.
Tetapi di sebalik itu ada suatu persoalan, iaitu antara halal dan haram. Persoalan tersebut dikenal dengan nama syubhat, iaitu suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini biasa terjadi mungkin kerana tasyabbuh (tidak jelasnya) dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa.
Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati kerana takut berbuat haram). Dimana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, sehingga dengan demikian dia tidak akan terseret untuk berbuat kepada yang haram.
Cara semacam ini termasuk menutup jalan berbuat maksiat (saddudz dzara'i). Disamping itu cara tersebut merupakan salah satu macam pendidikan untuk memandang lebih jauh serta penyelidikan terhadap hidup dan manusia itu sendiri.

Dasar pokok daripada prinsip ini ialah sabda Nabi SAW yang mengatakan:
"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan."
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi).

Rujukan: Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Saturday, October 17, 2009

Remembrance of Allah

From an-Nu’maan ibn Basheer (radhiyallah hu ‘anhu) who said that Allah’s Messenger, Muhammad pbuh said:
‘Supplication (do’a) is worship, your Lord the Mighty and Majestic said:”Call upon Me – I will respond to your (invocation)” (Quran, Surah Al Mu’min verse 60)
(Hadith reported by Abu Daud, at Tirmizi, Ibn Majah and others)

Supplication is the head of remembrance of Allah. Indeed the Prophet pbuh said: ” ….and I order you to make mention of Allah much, and the like of that is a man being chased by the enemy who are hastening after him until he comes to a protected fortress and so protects himself in it. Likewise is the servant, for he does not protect himself from Satan except through remembrance of Allah, the Mighty and Majestic” (an authentic hadith)

So a Muslim remembering his Lord, the One free and far removed from all defects, places him in a position of safety and protection which Satan is unable to overcome. So this prevents him from many sins and numerous negative traits pertaining to the tongue, the limbs and the heart. Therefore: The Muslim Does Not Fall Into Backbiting.




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, October 15, 2009

Lipat Kajang Baruh Berjaya Tempat Kedua

Telah diberitakan oleh sdr musanilipatkajang dalam blognya bahawa Kg Masjid Lipat Kajang (atau Kg Lipat Kajang Baruh) telah memenangi tempat kedua (naib johan) dalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang 2009 Peringkat Daerah Temerloh, Pahang.

Ucapan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Kg LK Baruh khususnya kepada Tok Ketua Kampong, Tok4 Cikgu Hj Ibrahim diatas segala insiatif dan usaha gigih dalam membangunkan Kg LK Baruh.

Diharap semua warga LK Baruh, dan juga LK Darat serta seluruh Mukim LK akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Kampong/Mukim dalam segala inisiatif, usaha serta gerak kerja dalam membangunkan kampong dan mukim, selagi ianya berlandaskan "Amal Makruf Nahi Mungkar" dan berpandukan kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa, Ameeen...

Salam Hormat




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, October 12, 2009

Berdo'a Untuk Kasih Sayang

SOALAN 1:

Adakah jatuh talak sekiranya selepas solat saya berdoa begini, "Ya Allah ya tuhanku ketika ini aku tiada lagi perasaan cinta dan sayang dalam diriku terhadap isteriku, sekiranya perpisahan dan perceraian adalah yang terbaik untuk kami berdua?

JAWAPAN:

Tidak jatuh talak seseorang yang berdoa seperti mana yang dinyatakan. Namun demikian dinasihatkan agar anda berdoa supaya Allah SWT menyuburkan kembali kasih sayang anda suami isteri serta dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing sehingga akhir hayat.

Doa merupakan senjata orang-orang mukmin, maka berdoalah untuk memohon kebaikan hidup dan rahmat Allah.

SOALAN 2:

Apakah hukum khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan yang bukan mahram? Saya berkenalan dengan bakal suami secara tidak sengaja melalui SMS dan agak 'larut' dalam perhubungan begini sebelum terikat dengan perkahwinan yang sah.

JAWAPAN:

Anda disarankan supaya tidak meneruskan SMS yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika calon suami anda berkemampuan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga segeralah berkahwin.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Wahai Pemuda-pemuda sekiranya kamu berkemampuan untuk berkahwin maka bersegeralah kamu berkahwin. (riwayat Bukhari dan Muslim).

SOALAN 3:

Apa hukum kemesraan seorang kakak dengan adik lelaki kandung, contohnya perbuatan mencium pipi atau memeluk kakaknya? Adakah ia berdosa?

JAWAPAN:

Tidak berdosa kerana perbuatan mencium pipi atau memeluk itu adalah gambaran kasih sayang. Mungkin perkara tersebut janggal dalam budaya Melayu kerana masyarakat kita tidak mengamalkan perbuatan itu untuk menunjukkan kasih sayang sesama mahram.

Perkara itu menjadi perkara biasa dalam amalan budaya Arab dan barat. Harus mengamalkan perkara tersebut bagi menunjukkan kasih sayang dan keakraban kita sesama ibu bapa dan adik beradik.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari).

Namun, jika seorang mahram mencium atau memeluk mahramnya yang lain dalam keadaan ghairah dan menimbulkan fitnah maka hukumnya adalah haram dan berdosa


dipetik dari utusan malaysia 9/10/2009

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, September 29, 2009

Jamuan Aidilfitri 1430H Mukim Lipat Kajang

disalin dari blog sdr mustafa chik

SEMUA WARGA MUKIM LIPAT KAJANG
DAN WARGA LIPAT KAJANG DI PERANTAUAN DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

PADA :-05-10-2009(16 SYAWAL 2009)
TEMPAT- BALAIRAYA JKKK KG LIPAT KAJANG DARAT (sebelah surau)
MASA:- 3.00 PETANG
HARI:- ISNIN

KEDATANGAN AMAT-DIALU-ALUKAN
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS MAAF ZAHIR DAN BATIN


PENGERUSI KOMUNITI BESTARI MUKIM LIPAT KAJANG @ PENGHULU
DAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, September 23, 2009

“Amalan unik Lipat Kajang”

[Every year at Eid El-Fitr, the people (and their decedents) return to their kampong – village - Kg Lipat Kajang, in the State of Pahang, to celebrate after a month long fasting (in the Muslim month of Ramadhan). On the first day they all (whoever return) pray at the local mosque and early in the morning of the second day they will go to the local ancestorial ground for their traditional annual saying of prayers (together) to their loved one who have passed away. What is unique here is that they all pray together at the burial ground unlike in some places where each family pray at their own burial lots. They all turn up in hundreds, dressed in their best colourful dress (especially the women folks). And the children looking forward to receiving a few RM (Malaysian Ringgit) for attending the prayers (which had always been looked forward at by all children, even when this writer was a small boy in the kampong). Traditionally they used to give rice grains but time had changed, they now give RM.]
















“Amalan unik Lipat Kajang”

Begitu lah tulisan seorang anak Lipat Kajang, Sdr Hamzah Sidek, di dalam Utusan Malaysia Hari Selasa 25hb Sept. 2009, baru2 ini.

Amalan tahlil di tanah perekuburan adalah tidak unik, tetapi amalan bertahlil beramai2 pada hari kedua adalah unik dengan sendirinya. Tak usahlah saya menulis dengan panjang lebar kerana Sdr Hamzah telah menulis segala yang perlu di tulis didalam artikel beliau itu.

Hanya melihat gambar2 bersama ini cukuplah untuk kita memikirkan macam mana meriahnya kanak2 pada hari itu, dan betapa meriahnya kaum tua bertemu kembali dengan sahabat handai sekurang2 nya setahun sekali ini. Suasana sedih mengenangkan yang telah kembali ke sisi Allah SWT bertukar menjadi satu peyambung ukwah dan juga silatulrahim. Tetapi semua yang hadir tidak lupa untuk berdoa untuk roh2 yang telah pergi itu. (lihat video sebelum ini).

Dan pada Hari Raya Aidilfitri sehari sebelum itu mereka juga kemesjid Kg. Lipat Kajang untuk ber-solat Aidilfitri beramai2.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tahlil di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Raya 2009

http://www.youtube.com/watch?v=6w2gRmG-FWI


http://www.youtube.com/watch?v=CXQpGBvbs4Y



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Solat Aidil Fitri, Mesjid Lipat Kajang, 2009

http://www.youtube.com/watch?v=qEBKkH2CKxU


http://www.youtube.com/watch?v=iqhyCbnbSok



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, September 22, 2009

Most celebrated Ulamak.



The most celebrated Ulamak that Kg Lipat Kajang had ever produced. After him, there had never been and there is a dearse of anyone ever been called or even near enough to be called an Ulamak in Kg. Lipat Kajang, residing in Kg. Lipat Kajang or even had ever been produced by Kg. Lipat Kajang. (residing anywhere outside Kg. Lipat Kajang even). A pity!

Selepas AlMarhum, tiada siapa lagi dari Kg. Lipat Kajang yang layak untuk bergelar seorang Ulamak.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Khairat kematian, Kg Lipat Kajang. (Death levy fund)



Kg. Lipat Kajang mempunyai satu skim Khairat Kematian. Disini dilihati ahli2 membayar yuran mereka di tanah perkuburan Kg. Lipat Kajang, pada Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H yang kedua sebelum mereka bertahlil di kubur.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Kereta mayat, Mesjid Lipat Kajang (Hearse vehicle)






Pertama kali saya melihat kereta mayat itu adalah pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H, di tanah perkuburan Kg. Lipat Kajang. Tidak ada keterangan lanjut yang saya perolehi melainkan saya di beri tahu bahawa kereta itu ada 3 dreber, and kereta boleh diminta untuk membawa mayat (tidak diterangkan pulak dari mana atau kemana).

Di harapkan warga Kg Lipat Kajang dapat mejaga kereta itu dengan baik, dan diharapkan jugak kereta itu memberi keutamaan kepada warga Kg. Lipat Kajang dan waris2 warga Kg. Lipat Kajang di mana pun mereka berada.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H / 2009M

Kepada semua warga Mukim Lipat Kajang Pahang, waris-waris, kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan yang tinggal di kampong dan juga yang bermastautin di perantauan, disini diucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Syawal 1430H
Maaf Zahir Batin

bersama-samalah kita merayakan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran setelah menang mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama se bulan, semoga diterima olehNya.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya 2009 / 1430

Selamat Hari Raya kepada semua saudara mara serta sahabat handai saya di Kampong Lipat Kajang.

http://www.youtube.com/watch?v=-NNrSD-OINY&feature=related



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, September 14, 2009

Hak Ibu Bapa Dalam Islam

1. Kamu tidak boleh melakukan apa-apa kecederaan zahir atau rohani keatas ibubapa walau pun mereka bertindak keterlaluan.
2. Hormat dan sanjung mereka dalam percakapan dan perhubungan dengan mereka.
3. Patuhi mereka dalam tindakan-tindakan yang dibenarkan.
4. Jika mereka memerlukan wang, bantulah mereka walau pun mereka kafir.
5. Berikut ialah hak-hak ibubapa setelah mereka meninggal dunia:
(a) Terus mendoakan kedua ibubapa keampunan dan rahmat Tuhan keatas mereka. Terus menghadiahkan kepada mereka dalam bentuk amalan-amalan terpilih serta amal jariah bagi pihak mereka.
(b) Berjumpa dengan kawan-kawan serta saudara mara mereka dalam cara yang mesra dan membantu mereka seboleh mungkin.
(c) Jika kamu mempunyai wang yang lumayan langsaikanlah segala hutang piutang mereka dan juga apa-apa wasiat atau wakaf yang telah mereka buat.
(d) Bila mereka meninggal dunia jangan sekali kali menangis atau meraung kesedihan supaya roh mereka mudah kembali kepada Tuhannya.
6. Mengikut syariah hak-hak datuk nenek sebelah bapa dan juga sebelah ibu adalah sama seperti hak-hak ibubapa dan mesti diohormati sedemikian.
7. Bedgitu juga hak-hak ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara sebelah ibu dan juga sebelah bapa adalah sama seperti hak-hak ibu bapa, sepertimana diputuskan oleh sebuah hadis Rasul saw diriwayatkan oleh at-Tarmizi: “Ibu saudara sebelah emak adalah sama tarafnya seperti ibu kamu“.






Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, September 9, 2009

Barisan Pemimpin Kg Kita








dipetik dari http://musaniblog.blogspot.com/

terima kasih kepada sdr mustafa chik, satu-satunya towkay PA system di Kg LK

Nombor talipon tak ada yang sama dan begitu juga nombor i.c.! Dunia komunikasi yang semakin mudah.Justeru itu disini saya letakkan 3 no handphone pemimpin di Mukim Lipat Kajang
TOK PENGHULU HJ SHAMSUDIN BIN MOHD SAID:- 0199324069.
TOK EMPAT CIKGU HJ IBRAHIM BIN ABDULLAH:- 0199299242.
TOK EMPAT BAKHTIARBIN HASAN :- 0193090275.

Mungkin waris-waris diluar sana ada sesuatu yang hendak disampaikan.Nawaitu kita ikhlas dan putih untuk melonjakan tempat kita setanding dengan tempat orang.

KALAU TIDAK KITA ...SIAPA LAGI???


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, September 6, 2009

Mencari Kecemerlangan







"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".
(Al Quran Surah Ali 'Imran (3) ayat 185)

Kecemerlangan hakiki/sebenar adalah kecemerlangan kemuncak, iaitu memasuki syurga yang disediakan oleh Allah SWT. Namun kecemerlangandi dunia tidak kurang pentingnya terutama jika digunakan sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan di akhirat. Syurga adalah milik Tuhan dan syarat-syarat untuk memasukinya hanya Dia yang menentukan. Maka syarat-syarat tersebut amat jelas dan mudah difahami oleh manusia, melalui Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, yang semestinya menjadi formula untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Memuhasabah Diri

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambaNya juga



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Ramadan, A Season For Dakwah

Ramadan: A Season For Dakwah

In Arabic, dakwah (inviting people to Islam) is one of the most emphatic and important duties of Muslims. It is one of the greatest forms of worship, by which Muslims can draw nearer to Allah.

The month of Ramadan is an ideal opportunity for engaging in this noble activity, especially with our fellow Muslims. People's hearts in Ramadan are humbler because they are more aware of Allah's remembrance, more responsive to exhortation and more inclined to repentance.

Muslims can adopt many ways in calling people to Allah during this blessed month. The activities of da`wah include every word, every effort, every stroke of a pen, and every expenditure of wealth that benefit Islam.

However, working for Islam requires both knowledge as a base and a guide as well as it requires sincere efforts. Every Muslim must work according to his or her abilities and knowledge.

Almighty Allah says,
(Say, "This is my way: I call to Allah, I and those who follow me being certain, and glory be to Allah, and I am not one of the polytheists.) (Yusuf 12: 108)
Da`wah Is Allah's Command

Muslims are commanded in the Qur'an as well as the Sunnah to make da`wah. The Qur'an extols this activity and warns Muslims against laxity showing the fruitful benefits of da`wah and the great reward for those who join it.

Allah commands Muslims, in many ways, to call people to His path:
(Call to the way of your Lord with wisdom and goodly exhortation.) (An-Nahl 16: 125)
He also says,
(Say, "I am commanded to worship Allah and not to join partners with Him. Unto Him do I call, and unto Him is my return.") (Ar-Ra`d 13:36)

He, likewise, commands Muslims to enjoin good and forbid evil as much as possible:
(You are the best of the nations raised up for (the benefit of) men; you enjoin what is right and forbid the wrong and believe in Allah.) (Aal `Imran 3:110)

Allah also commands His Prophet and consequently all Muslims to convey the Message worldwide:
(O Messenger! Proclaim what has been revealed to you from your Lord, and if you do it not, then you have not delivered His message.) (Al-Ma'idah 5:67)
Moreover, He commands Muslims to carry out this activity among themselves:
(Most surely man is in loss, except those who believe and do the good and enjoin on each other truth and enjoin on each other patience.) (Al-`Asr 103:2–3)

Muslims are required to warn their relatives:
(And warn your nearest relations.) (Ash-Shu`araa' 26:214)

They are also required to give glad tidings:
(So proclaim glad tidings to the believers.) (At-Tawbah 9:112)

Fruits of Making Da`wah

In fact, working in the field of da`wah has many benefits and blessings for those who practice it in this life and in the hereafter. These fruits and benefits are mentioned in numerous ayahs of the Qur'an and in many hadiths of the Prophet (peace and blessings be upon him).

Some of these benefits are listed below:
1. Da`wah is an act of worship and obedience to Almighty Allah that pleases Him. It also saves Muslims from His displeasure and from His punishment.
2. This noble activity is a way to support and strengthen Allah's religion, as it was the mission of all Prophets and Messengers (peace and blessings be upon them all).
3. It is an activity that is loathed by the enemies of Islam as it provides relief to the victims of ignorance, superstition and the shackles of blind customs.
4. It is also a means of multiplying the positive effects of our good deeds, both in this life and in the hereafter. It is a means of gaining Allah's mercy and of dispelling affliction.
5. Da`wah is considered the best word of a Muslim's speech. Allah, the Exalted, says,
(And who is better in speech than he who calls (men) to Allah and works righteousness and says, "I am of those who are Muslims (surrender unto Him)"?) (Fussilat 41:33)
6. The reward of guiding one person to Allah is better than the whole world and what it contains.

Qualities and Etiquettes Required

However, da`wah has some requirements before being practiced. These are: knowledge, acting upon knowledge, sincerity, patience, kindness, good manners, generosity, altruism, humility, wisdom, mercy and concern for achieving unity upon truth.

There are other qualities with which a da`i (Islamic preacher) should beautify his or her conduct: being lenient, responding to evil with good, trusting in Allah and in His help, being satisfied with the slightest progress, and striving for the utmost good. The da`i must also shun envy, hastiness, and competition for worldly gain.

The da`i should also give due care to the following points:
• Being always of gentle approach, concerned for the guidance of others, and cognizant of a sense of responsibility. There should also be a strong and close connection between the da`i and his Lord.
• Being continually aware of Allah's remembrance, sticky to supplication, and dedicated to all acts of devotion, setting a good example for others, taking every chance to call people to the truth and never disparaging any good effort, however small might it be.
• Dealing with people according to their own levels, showing concern for them, helping them overcome their problems, and never burdening them with their own problems.
• Avoiding argumentation except within the strictest of bounds, establishing a good relationship with people and encouraging them to keep good company and abandon bad company.
• Knowing well the persons whom he or she is calling, showing them their due interest, making them feel how important they are to the da`i, and getting them involved in some beneficial activities.
• Keeping priorities in order never seeking to promote oneself, employing various approaches such as using good preaching and giving gifts; sometimes an indirect approach proves to be the most effective.

A Collective Responsibility

Getting these qualities and etiquettes, every Muslim should hasten to become a da`i to Allah in the noble month of Ramadan. Each Muslim can do so in his or her own way.
Muslims can teach one another, give charity out of their wealth, use their reputation, or offer their hard work. Those whom Allah has blessed with ample means can bring their wealth to positive effect by supporting those who work for Islam by preparing da`is and publishing books that benefit the people. All these acts come under the banner of working for Islam. A Muslim should do this to be one of those who call to Allah?

Muslims of influence should make good use of their reputations in facilitating the efforts of calling people to Allah. Those who are working in the media should use their positions to promote goodness and to share in calling to Allah through their means.

Those who have the talent of using the internet should employ it as a means of inviting people to goodness during this auspicious month as they have the ability to spread truth and goodness, with the least effort and expense, over the widest possible expanse. They speak to the world while sitting in the comfort of their homes. Gathering efforts and using capabilities of each other can do miracles in the field of da`wah.

All Muslims, men and women, should share in calling people to Allah by
• Giving advice to those who are neglectful and heedless.
• Reminding those who forget.
• Teaching the ignorant.

May Allah accept the efforts of all Muslims who call people to His way.

* Taken from: islamtoday.com

By Sheikh Muhammad Al-Hamad

Sheikh Muhammad Al-Hamad is a professor at `Aqidah Department, Al-Qaseem University, Saudi Arabia. He is also the General Supervisor of www.toislam.net.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, September 4, 2009

Perempuan Sangat Istimewa

1. Doa perempuan lebih makbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah RA berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah RA: ”Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Having Their Roots In Lipat Kajang




...family in johor bahru













The Four Siblings having paternal roots in Kg Lipat Kajang (descendents of arwah Daud Bin Derahim), related in every way to everyone else in Kg LK but living outside

Empat adik beradik mempunyai akar umbi sebelah bapa mereka di Kg Lipat Kajang (keturunan arwah Daud Bin Derahim), bersaudara dengan semua di Kg LK tapi tinggal di luar kampong (di perantauan)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sama Dengan Syirik

Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram Sama dengan Syirik

Kalau Islam mencela sikap orang-orang yang suka menentukan haram dan halal itu semua, maka dia juga telah memberikan suatu kekhususan kepada mereka yang suka mengharamkan itu dengan suatu beban yang sangat berat, kerana memandang bahawa hal ini akan merupakan suatu pengongkongan dan penyempitan bagi manusia terhadap sesuatu yang sebenarnya oleh Allah SWT telah diberi keselesaan. Di samping hal tersebut memang kerana adanya beberapa pengaruh yang ditimbulkan sementara oleh ahli agama yang mempunyai fahaman ekstrim.

Nabi Muhammad SAW sendiri telah berusaha untuk membenteras perasaan berlebihan ini dengan segala senjata yang mungkin. Di antaranya ialah dengan mencela dan melaknat orang-orang yang suka berlebih-lebihan tersebut, iaitu sebagaimana sabdanya:
"Ingatlah! Mudah-mudahan binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan itu." (3 kali). (Riwayat Muslim dan lain-lain)

Dan tentang sifat risalahnya itu beliau tegaskan:
"Aku diutus dengan membawa suatu agama yang toleran." (Riwayat Ahmad)
Yakni suatu agama yang teguh dalam beraqidah dan tauhid, serta toleran (bertolak ansur) dalam perkara-perkara pekerjaan dan perundangan. Lawan daripada dua sifat ini ialah syirik dan mengharamkan yang halal.

Kedua-dua sifat yang akhir ini oleh Rasulullah SAW dalam Hadis Qudsinya dikatakan, firman Allah SWT:
"Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian memesongkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka mahu menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya." (Riwayat Muslim)

Oleh kerana itu, mengharamkan sesuatu yang halal dapat dipersamakan dengan syirik. Dan justeru itu pula al-Quran menentang keras terhadap sikap orang-orang musyrik Arab terhadap sekutu-sekutu dan berhala mereka, dan tentang sikap mereka yang berani mengharamkan atas diri mereka terhadap makanan dan binatang yang baik-baik, padahal Allah tidak mengizinkannya.

Diantaranya mereka telah mengharamkan bahirah (unta betina yang sudah melahirkan anak kelima), saibah (unta betina yang dinazarkan untuk berhala), washilah (kambing yang telah beranak tujuh) dan ham (Unta yang sudah membuntingi sepuluh kali; yang ini dikhususkan buat berhala).

Orang-orang Arab di zaman Jahiliah beranggapan, kalau seekor unta betina beranak sudah lima kali sedang anak yang kelima itu jantan, maka unta tersebut kemudian telinganya dibelah dan tidak boleh dinaiki. Mereka peruntukkan buat berhalanya. Kerana itu tidak dipotong (disembelih), tidak dibebani muatan dan tidak dipakai untuk menarik air. Mereka namakan unta tersebut al-Bahirah yakni unta yang dibelah telinganya.

Dan kalau ada seseorang datang dari perantauan atau sembuh dari sakit dan sebagainya dia juga memberikan tanda kepada seekor untanya sama seperti apa yang diperbuat terhadap bahirah itu. Unta tersebut mereka namakan saibah.

Kemudian kalau ada seekor kambing melahirkan anak betina, maka anaknya itu untuk yang empunya; tetapi kalau anaknya itu jantan, maka diperuntukkan buat berhalanya. Dan jika melahirkan anak jantan dan betina, maka mereka katakan: Dia telah sampai kepada saudaranya; oleh kerana itu yang jantan tidak disembelih kerana diperuntukkan buat berhalanya. Kambing seperti ini disebut washilah.

Dan jika seekor binatang telah bunting anak-anaknya, maka mereka katakan: Dia sudah dapat melindungi punggungnya. Yakni binatang tersebut tidak dinaiki, tidak dibebani muatan dan sebagainya. Binatang seperti ini disebut al-Haami.
Penafsiran dan penjelasan terhadap keempat jenis macam binatang ini banyak sekali, juga berkisar dalam masalah tersebut.

Al-Quran bersikap keras terhadap sikap pengharaman ini, dan tidak menganggap sebagai suatu alasan kerana taqlid kepada nenek-moyangnya dalam kesesatan ini. Firman Allah:
"Allah tidak menjadikan (mengharamkan) bahirah, saibah, washilah dan ham, tetapi orang-orang kafir lah yang berbuat dusta atas (nama) Allah, dan kebanyakan mereka itu tidak mahu berfikir. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Mari kepada apa yang telah diturunkan Allah dan kepada Rasul, maka mereka menjawab: Kami cukup menirukan apa yang kami jumpai pada nenek-nenek moyang kami; apakah (mereka tetap akan mengikutinya) sekalipun nenek-nenek moyangnya itu tidak berpengetahuan sedikitpun dan tidak terpimpin?" (al-Maidah, ayat-ayat 103 dan 104)

Dalam surah al-An'am ada semacam munaqasyah (diskusi) menghuraikan tentang prasangka mereka yang telah mengharamkan beberapa binatang, seperti: unta, sapi, kambing biri-biri dan kambing kacangan.

Al-Quran membawakan diskusi tersebut dengan suatu gaya bahasa yang cukup dapat mematikan, akan tetapi dapat membangkitkan juga.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

"Ada lapan jenis macam binatang; dari kambing biri-biri ada dua, dan dari kambing kacangan ada dua pula; katakanlah (Muhammad): Apakah kedua-duanya yang jantan itu yang diharamkan, atau kedua-duanya yang betina ataukah semua yang dikandung dalam kandungan yang betina kedua-duanya? (Cubalah) beri penjelasan kepada Aku dengan suatu dalil, jika kamu orang-orang yang benar! Begitu juga dari unta ada dua macam,- dan dari sapi ada dua macam juga; katakanlah (Muhammad!) apakah kedua-duanya yang jantan itu yang diharamkan, ataukah kedua-duanya yang betina?" (al-An'am, ayat-ayat 143 dan 144)

Dalam surah al-A'raf pun ada juga munaqasyah tersebut dengan suatu penegasan kemurkaan Allah terhadap orang-orang yang suka mengharamkan dengan semaunya sendiri itu; di samping Allah menjelaskan juga beberapa pokok binatang yang diharamkan untuk selamanya. Ayat itu berbunyi sebagai berikut:
"Katakanlah! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya dan beberapa rezeki yang baik itu? Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan hal-hal yang tidak baik yang timbul daripadanya dan apa yang tersembunyi dan dosa dan durhaka yang tidak benar dan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan keterangan padanya dan kamu mengatakan atas (nama) Allah dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui." (al-A'raf, ayat-ayat 32 dan 33)

Semua munaqasyah ini terdapat pada surah-surah Makiyyah yang diturunkan demi mengukuhkan aqidah dan tauhid serta ketentuan di akhirat kelak. Ini membuktikan, bahwa persoalan tersebut, dalam pandangan al-Quran, bukan termasuk dalam kategori cabang atau bahagian, tetapi termasuk masalah-masalah pokok dan kulli.

Di Madinah timbul di kalangan peribadi-peribadi kaum muslimin ada orang-orang yang cenderung untuk berbuat keterlaluan, melebih-lebihkan dan mengharamkan dirinya dalam hal-hal yang baik. Untuk itulah maka Allah menurunkan ayat-ayat muhkamah (hukum) untuk menegakkan mereka dalam batas-batas ketentuan Allah dan mengernbalikan mereka ke jalan yang benar/lurus.

Di antara ayat-ayat itu berbunyi sebagai berikut:
"Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebahagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah Zat yang kamu beriman dengannya." (al-Maidah, ayat-ayat : 87 dan 88)

rujukan - Sheikh Muhammad Yusuf Qardhawi

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, September 1, 2009

Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan





bersahur











Ramadhan 1430H sudah masuk hari ke 6, dan hari-hari puasa terus berlalu begitu cepat sekali, dimulai dengan sembahyang sunat tarawih dan diakhiri dengan berbuka puasa pada setiap hari...

Jadual-jadual harian masing-masing untuk sepanjang Ramadhan telah pun mengikut pindaan sejak dari hari pertama puasa lagi, mahu tidak mahu kerana Ramadhan itu sendiri memerlukan penyesuaian dalam aktiviti kehidupan harian seluruh umat Islam supaya dapat memberikan lebih tumpuan kepada pengabdian diri kepada Tuhan Yang Maha Esa di bulan Ramadhan ini, dan bukan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan dari bulan Ramadhan untuk meringankan kepertanggungjawaban dalam hal-hal kehidupan, “atas nama Ramadhan, maka saya boleh perlahankan segala aktiviti harian”.

Berpuasa bukan bermakna waktu kerja harus dipendekkan, kita diberi kelonggaran untuk meninggalkan tempat kerja supaya boleh memberikan lebih masa kepada keperluan-keperluan melaksanakan ibadat-ibadat di bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bukan bermakna hanya mereka yang tidak berpuasa, seperti orang bukan Islam, atau sekali pun orang Islam sendiri, seharusnya menghormati orang yang sedang berpuasa, tetapi mereka yang sedang berpuasa semestinya juga menghormati orang yang tidak berpuasa dengan tidak merasakan diri lebih dirahmatiNya daripada mereka yang tidak berpuasa berasa sombong dan megah diri bila berpuasa. Orang yang berpuasa juga mesti menjaga segala ketertiban berpuasa untuk membolehkan ibadah puasanya diterima oleh Tuhan dengan ganjaran maksimum, manakala mereka yang tidak berpuasa (Muslim khususnya) seharusnya memikirkan kenapa mereka masih tidak mahu tunduk kepada perintah Tuhan Zat Yang Maha Berkuasa keatas dirinya supaya menjalani amalan puasa Ramadhan sedangkan kemudahan-kemudahan untuk mereka makan minum disiang hari dibulan puasa sudah menjadi terhad kerana banyak restoran dan kedai makan ditutup pada siang hari bulan Ramadhan dan jika mereka mahu makan minum pun terpaksa menyorok dan bersembunyi dari penglihatan dan pengetahuan orang lain, namun Tuhan sentiasa melihatnya serta perbuatannya tidak berpuasa.

Di bulan Ramadhan juga akan adalah dianjurkan majlis-majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan segala jenis hidangan makanan secara membazir dan para tetamu (jemputan) yang bergelar dan yang berpangkat, tapi sebenarnya perlu diperhalusi atas tanggungan kewangan siapa atau pihak mana majlis-majlis berbuka puasa beramai-ramai itu diadakan. Amalan ini seolah-olah sudah menjadi satu kemestian (atau tradisi) demi menjamin imej yang baik dan nama yang harum, namun tidak pula difikirkan apakah ada lebih kemanfaatan jika aktiviti bulan Ramadhan itu dipusatkan dan diadakan dimasjid-masjid dan surau-surau yakni tempat sebenarnya aktiviti keagamaan seharusnya diadakan. Jauh sekali jika berbuka puasa itu diadakan pula direstoran-restoran atau hotel-hotel dengan kos yang begitu tinggi yang merupakan pembaziran yang nyata dari sudut ekonomi rakyat biasa, dan terutamanya dari sudut penghayatan kesucian Ramadhan itu sendiri dimana seluruh umat manusia yang beriman kepadaNya digalakkan lebih berjimat cermat dan berpada-pada dalam perbelanjaan kewangan.

Bulan Ramadhan juga menampakkan timbulnya aktiviti menggalakkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah dianjur dan dijalankan oleh pelbagai pihak, seperti “kempen berhenti merokok” untuk menggalakkan para perokok supaya memulakan usaha untuk berhenti merokok bersempena dengan puasa Ramadhan, ceramah-ceramah agama yang berhubungkait dengan peribadatan puasa Ramadhan, usaha-usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin dan lain-lain, aktiviti memasak dan menyediakan “bubur lambuk” di masjid-masjid untuk diedarkan, dan berbagai lagi kegiatan kemasyarakatan di bulan Ramadhan yang kesemuanya pasti akan dapat menggandakan pahala amalan-amalan di bulan ini yang akan diberi oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.

Namun tidak kurang juga aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan yang mencemarkan bulan Ramadhan dan menimbulkan berbagai persepsi negatif tentang matlamat perintah Tuhan yang sebenarnya ke atas manusia mengenai ibadat puasa Ramadhan itu, sebagai tiang (asas) agama Islam yang ke 3 dan juga segala amalan-amalan sampingan yang digalakkan di bulan mulia al-mubarrak ini.

Barangan keperluan utama akan sekelip mata menjadi berkurangan di pasaran, bekalan gula tiba-tiba putus dan berkampit-kampit gula disorok atau tiba-tiba lesap sehingga boleh pasti menjejaskan permintaan dan harga. Begitu juga barangan-barangan lain yang amat lebih diperlukan di bulan puasa ini seperti beras, minyak masak, garam, telur ayam, bawang, pelbagai rempah ratus, cili diproses, juga ikan-ikan dan sayur-sayur segar kesemuanya mengalami kenaikan harga jualan yang meningkat secara ketara. Atas nama Ramadhan bilamana keperluan meningkat para peniaga secara rakus memanipulasi pasaran dan keperluan sehingga memaksa kenaikan harga dan seterusnya meraih keuntungan wang yang angat tidak munasabah,

Begitu juga disemua bazar-bazar Ramadan, harga makanan-makanan yang sudah siap dimasak, juadah-juadah berbuka puasa terdiri dari berbagai kuih muih, manisan-manisan, minuman-minuman kesemuanya dijual dengan harga yang lebih tinggi dari biasa, atas nama Ramadhan.

Tidak terkecuali juga harga-harga pakaian dan pelbagai kelengkapan perlu untuk bulan Ramadhan dan sambutan Eidulfitri, dengan berselindung disebalik tawaran-tawaran harga istimewa untuk Ramadhan dan Syawal, harga-harga pakaian lelaki wanita dan kanak-kanak, songkok dan kupiah, kasut, lampu-lampu hiasan semuanya dinaikkan tidak kurang dari 10% lebih dari harga biasa, atas nama Ramadhan.

Dari sudut lain terdapat juga senario-senario yang seolah-olah mengibaratkan nasib dan keadaan golongan-golongan tertentu dalam masyarakat menjadi kurang baik atau buruk secara tiba-tiba menjelangnya Ramadhan akibat dari perbuatan atau tindakan pihak-pihak tertentu. Ramadhan membawa malang buat mereka? Terdapat ramai pekerja terjejas pekerjaan mereka menjelang Ramadhan dan sambutan aidilfitri disebabkan “pihak berkuasa yang berkenaan” telah mengarahkan banyak premis perniagaan atau perindusterian ditutup dan kesemua yang terlibat terdiri dari umat Islam. Begitu juga bagi mereka yang hidup dalam kedhaifan yang selama ini menerima bantuan kebajikan secara tiba-tiba telah diberhentikan bantuan kebajikan kepada mereka atas sebab-sebab yang kurang munasabah (atau langsung tidak masuk akal). Juga buat keluarga-keluarga yang sekian lama menanggung kesengsaraan menyenggara ahli (atau ahli-ahli) keluarga yang ditimpa penyakit serius sehingga tidak mampu berdikari dan memerlukan perbelanjaan saraan yang tinggi, mereka semakin terhimpit keadaan hidup harian menjelangnya Ramadhan dan Syawal, jauh sekali berupaya untuk mampu berbelanja lebih daripada biasa supaya boleh meningkatkan kegiatan keagamaan dibulan afdal ini.

Tetapi disebalik kemelaratan ekonomi golongan-golongan tertentu ini yang tidak mampu untuk menyambut dan memanfaatkan bulan Ramadhan secara berpatutan, terdapat pula mereka yang meraih untung menerima habuan yang lumayan menjelangnya Ramadhan dan Syawal melalui peruntukan-peruntukan kewangan dan juga bermacam-macam bantuan ikhsan dari “pihak berkuasa” buat mereka ini yang mempunyai kedudukan yang berkepentingan, sehingga mereka mampu untuk “menyambut” dan ”merai’kan” bulan Ramadhan dan Syawal mengikut citarasa yang lebih ghairah dan berleluasa, sehingga tersasar jauh dari tujuan dan matlamat Ramadhan itu sendiri mengikut apa yang diperintahkanNya.

Ramadhan ialah satu bulan yang mulia, terdapat di dalamnya beberapa pengajaran yang perlu diperhatikan oleh setiap Muslim bagi mempertingkat hubungan dan memperkasa diri sebagai Muslim sejati di sisi Tuhan.

Bulan Ramadhan khususnya dari pelaksanaan ibadat puasa bukan penghalang untuk mencapai matlamat kejayaan dari apa yang dirancang oleh mereka yang mahukan kejayaan.

Ramadhan juga memberi peluang kepada hamba-hamba Allah untuk mendapatkan sebanyak mungkin himpunan pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Setiap kali menjelang Ramadhan, amat malang jika kita tidak merebut peluang untuk menambahkan ketaqwaan, kerana matlamat berpuasa adalah untuk menjadi golongan hambaNya yang bertaqwa.

Baginda Rasulullah SAW berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya".

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardhu, sementara yang melakukan satu perkara fardhu (pada bulan Ramadhan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardhu."

Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda SAW menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadhan adalah pelepasan daripada api neraka.
Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadhan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat "La Ilaha Illallah" (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurgaNya dan minta dijauhkan daripada memasuki nerakaNya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah).







Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, August 21, 2009

Puasa Ramadhan - Perintah Allah SWT

Allah SWT telah memerintahkan semua hambaNya yang beriman kepadaNya supaya berpuasa genap bilangan harinya dibulan Ramadhan.
Firman Allah SWT di dalam Al Quran Surah Al Baqarah (2)



Ayat 183
”Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Ayat 184
”(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Ayat 185
”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Ayat 186
”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “

Ayat 187
”Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

What Is Ramadan To Muslims

Ramadan is one of the holy months in Islam and is the ninth month in the Islamic calendar. Ramadan is important for Muslims because it is the month during which the Holy Quran (the Muslims Holy book) was revealed by God (Allah) to Prophet Muhammad pbuh. God has promised to mankind that the gates of Heaven would be opened throughout Ramadan and the gates of Hell would be closed. It is also important because Ramadan is the month during which the Muslims were ordered to fast, and fasting is the 3rd pillar of Islam, and to fast is to achieve one of their spiritual satisfaction and practice. The name “Ramadan” came from the time before the Islamic calendar when the month of Ramadan fell in the summer, and fasting during this month is often thought to figuratively burn away all sins.
To Muslims the Quran is the true words of God given to humanity through Muhammad pbuh, the last of the prophets. Muhammed pbuh was commanded by God to call the people to monotheism and righteousness. This tradition of God chosen prophets or messengers include such figures as Adam, Noah, Abraham, Moses, David, and Jesus.
During Ramadan, Muslims fast from dawn to sunset every day. This means not to eat, drink or smoke during the daylight hours. For married adults, it also includes refraining from marital relations during the hours of fasting (i.e. the daylight hours). The fasting person is expected to do his best to practice self control and discipline, not to get angry easy, refrain from using harsh language or insults and to tolerate, forgive and respect others. Young children, old and sick people are not expected to fast. Older people can feed a poor person for every day they cannot fast of Ramadan. Sick people can compensate by fasting other days when they feel well. Children are permitted to fast only when they are strong enough physically to tolerate fasting without difficulty.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, August 20, 2009

Seek Protection From God Almighty



















The name "ALLAH", the standard Arabic word for God, the term best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, and used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews,
is ar Rahman and ar Raheem.

Allah is better at guarding, and He is the Most Merciful of those who show mercy (Quran, Joseph 12:64)
For him are Angels ranged before him and behind him, who guard him by Allah's command (Quran, Ar Ra'ad 13:11)
Lo! We, even We, reveal the Reminder, and lo! We verily are its Guardian (Quran, Al Hijr 15:9)
Allah is Warden over them, and thou art in no wise a guardian over them (Quran, Asy Syura' 42:6)
No human soul but hath a guardian over it (Quran, At Tariq 86:4)
Lo! there are above you guardians,
Generous and recording,
Who know (all) that ye do. (Quran, Al Infitar 82:10,11,12)
He is the Omnipotent over His slaves. He sendeth guardians over you until, when death cometh unto one of you, Our Messengers reveive him, and they neglect not (Quran, Al An 'am 6:61)
And We have guarded it from every outcast evil (Quran, Al Hijr 15:17)
With security from every froward devil (Quran, As Saffat 37:7)
Then He ordained them seven heavens in two Days and inspired in each heaven its mandate; and we decked the nether with lambs, and rendered it inviolable. That is the measuring of the Mighty, the Knower (Quran, Fussilat 41:12)
And Allah surrounded them on all sides.
Nay, but it is a glorious Quran
On a guarded tablet (Quran, Al Buruj 85:20,21,22)

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Bahasa BUGIS (2)

KONSEP WARNA.

Warna merupakan salah satu daripada kehidupan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1802), warna bermaksud kesan yang diterima oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda yang dilihatnya. Menurut Ensiklopedia Malaysia (1996:416), mendefinisikan warna sebagai suatu sebutan umum bagi merangsang penglihatan untuk membezakan komposisi cahaya yang berbeza jarak gelombangnya. Warna dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu warna amaran, warna pelengkap, warna primer dan warna asas.

Warna amaran adalah untuk memberikan amaran, peringatan atau isyarat kepada sesuatu benda bahawa benda itu adalah berbahaya. Contohnya pada bahagian dorsal dan sisi ular yang berbisa atau warna pada serangga yang menyengat. Warna pelengkap pula adalah dua warna spektrum tulen yang menghasilkan warna putih apabila dicampurkannya contonnya pasangan warna merah dan biru hijau dan pasangan jingga dan biru. Warna primer pula adalah set warna terdiri daripada warna-warna merah, biru dan hijau dan dicampurkan pada kadar yang sesuai warna putih akan terhasil. Manakala warna asas pula adalah tiga jenis warna yang dicampurkan boleh mewujudkan warna lain. Contoh warna yang terhasil adalah jingga (kuning + merah ) dan hijau (kuning + biru).

Mengikut Ilmu Psikologi, warna merupakan satu bentuk atau lambang kepada sesuatu yang dilambangkan. Setiap warna mempunyai maksud tertentu berdasarkan kepada presepsi sesebuah masyarakat atau negara. Setiap bahasa menggunakan istilah dan makna warna yang berbeza. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Bugis yang berbeza. Oleh itu satu kajian yang berkaitan dengan perbezaan ini harus dijalankan bagi mendapatkan malumat yang lebih terperinci.

Penggunaan aspek warna dalam bahasa Bugis menunjukkan perbezaan dari segi entimologi tetapi sama dari aspek maksudnya. Untuk memudahkan kajian, penyelidikan penggunaan bahasa Bugis dalam mengkaji aspek warna-warna asas untuk merangkumi semua warna perlu dilakukan.

BERIKUT ADALAH KAJIAN YANG DILAKUKAN:

MERAH
i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)merah muda [ # mεrah mudз # ] / macelak [ # mãcəla? # ]
b)merah jambu [ # mεrah jambu # ]/ merah jambu [ # mεrah jambu # ]

ii) Maksud Warna Merah dalam Perkataan Bugis.

→ Merah muda atau merah jambu dalam bahasa Bugis dipanggil macelak [mãcÉ™la?]. Ia digunakan untuk menunjukkan warna keputih-putihan atau cair. Untuk membezakan antara merah muda dan merah gelap orang Bugis memanggil merah muda sebagai macelak dan merah tua sebagai macelak celak. Perkataan ganda celak menunjukkan pebezaannya.

Merah tua atau merah gelap pula menunjukkan warna merah yang mempunyai warna kehitam-hitman. Manakala orang Bugis menamakan merah membara atau menyala sebagai macelak mebara bara yang menunjukkan maksud api yang membara dan marak. Contohnya semasa berlakunya kebakaran dan kemerahan yang pada muka yang menunjukkan kemarahan seseorang.

→ Dalam bahasa Bugis merah hati dan merah darah dipanggil macelak hati dan macelak darah. Perkataan hati dan darah yang sama ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai persamaan bahasa dan pendapat yang menyatakan bahawa kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama.

Macelak metuak untuk merah tua tetapi dalam bahasa Bugis merah tua juga dipanggil makerelah. Walaupun sama maksud tetapi penggunaannya adalah bebeza dimana makerelah adalah untuk warna yang lebih gelap berbanding dengan macelak metuak yang seakan-akan hitam keputihan.

→ Dalam bahasa Bugis, perkataan macelak juga membawa maksud yang tersembunyi iaitu rasa tidak puas hati atau ingin bergaduh contohnya dalam perkataan macelak matana atau bara bara rupana yang menimbulkan perasaan marah. Selain itu juga ia menunjukkan kesan luka parah akibat sesuatu kemalangan contohnya cebisan daging atau kulit yang bergeser atau luka. Dalam bahasa Bugis ia dipanggil macelak jukuknah.

iii) Penggunaan Warna Merah dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Rumah itu berwarna merah jambu setelah dicat.

[# rumãh itu bərwarnã mεrah jambu sətəlah dicat #]

Bahasa Bugis

Bola εro mərah jambu pura dicak.

[# bola εro mãcəla? jambu pura dica? # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Merah:

Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
c)merah gelap [ # mεrah gεlap # ] / makerelah [ # mãkərəlah # ]
d)merah menyala [ # mεrah menalз # ] / macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara #]
e)merah marak [ # mεrah mãra? # ] / macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara # ]
f) merah muka [ # mεrah mukз # ] / macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara # ]
g) merah hati [ # mεrah hati # ] / macelak hati [ # mãcəla? hati # ]
h) merah darah [ # mεrah darah # ] / macelak darah [ # mãcəla? darah # ]

KUNING

i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)kuning gading [ # kuniŋ gadiŋ # ] / unyik mololo [ # unyi? mololo # ]
b)kuning air [ # kuniŋ air # ] / unyik lolo [ # unyi? lolo # ]
c)kuning kunyit[ # kuniŋ kunit # ] / unyik kunyit [ # unyi? kunit # ]

ii) Maksud Warna Kuning dalam Bahasa Bugis.

→ Kuning gading atau kuning cair atau kuning muda adalah warna kuning yang mengalami keputih-putihan. Warna ini menyerupai warna gading atau seakan-akan putih. Dalam bahasa Bugis ia dinamakan sebagai unyik mololo atau unyik lolo.
Kuning kunyit adalah warna kuning yang menyerupai kunyit dan dalam bahasa Bugis disebut sebagai unyik kunyit. Persamaan perkataan kunyit ini menunjukkan kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama. Bagi adat Bugis warna ini selalunya dikaitkan dengan warna nasi dihidangkan semasa upcara perkahwinan atau sesuatu keraian. Manakala kuning tua atau kuning gelap pula di panggil unyik metuak iaitu warna kuning yang menyerupai warna kehitam-hitaman.

→ Kuning telur yang seakan-akan berwarna oren kekuningan dalam bahasa Bugis disebut maridi. Maridi juga digunakan untuk kuning yang seakan-akan kemerah-merahan.

→ Orang Bugis dikatakan berkaitan dengan unsur-unsur pahlawan atau Kerajaan Melayu. Pengaruh Bugis juga diserap ke dalam kebudayaan Kesultanan Melayu. Ini dapat dilihat apabila warna kuning yang melambangkan keagungan bangsa Bugis telah menjadi warna diraja. Raja-raja Kesultanan Melayu dahulu kebanyakannya berasal dari keturunan Bugis seperti negeri Johor dan Pahang. Oleh itu warna kuning menjadi warna kebanggaan dan melambangkan keperibadian orang Bugis.
Penggunaan warna kuning dan pakaian juga adalah untuk melambangkan orang Bugis adalah orang bangsawan dan berketurunan diraja suatu masa dahulu.

iii) Penggunaan Warna Kuning dalam Ayat:
Bahasa Melayu Standard

Buah itu menguning seperti pinang yang masak ranum.[ # buah itu məŋuniŋ səpərti pinaŋ jaŋ mãsa? ranom # ]

Bahasa Bugis

Buah εro maunyik tua matasek tongeng nih buah εro[ # buah εro mãuni? tua mãtase? toŋeŋ nih buah εro # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Kuning:
Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
d)kuning tua [ # kuniŋ tuз # ] / unyik metuak [ # unyi? mətua? # ]
e)kuning gelap [ # kuniŋ gəlap # ] / unyik metuak [ # unyi? mətua? # ]
f)kuning langsat [ # kuniŋ laŋsat # ] / unyik langsat [ # unyi? laŋsat # ]
g)kuning pinang [ # kuniŋ pinãŋ # ] / unyik pinak [ # unyi? pinã? # ]
h)kuning telur [ # kuniŋ təlor # ] / maridi [ # mãridi # ]

BIRU
i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)biru laut [ # biru laut # ] / magauk [ # mãgau? # ]
b)biru lebam [ # biru ləbam # ] / mausuh [ # mãusuh # ]
c)biru gelap [ # biru gəlap # ] / magauk lolo [ # mãgau? lolo # ]
d)biru nila [ # biru nilз # ] / magauk [ # mãgau? # ]

ii) Maksud Warna Biru dalam Bahasa Bugis:

→ Dalam bahasa Bugis biru laut atau biru cair dinamakan sebagai magauk gauk. Magauk gauk adalah warna biru yang menyerupai warna laut atau keputih-putihan. Selain itu, biru nila dan biru langit juga menggunakan perkataan magauk gauk dalam menyatakan maksudnya. Dalam bahasa Bugis penggunaan perkataan magauk gauk atau biru yang seakan-akan cair ini berbeza dari segi ton warna pada sesuatu masa.

→ Manakala dalam bahasa Bugis, biru lebam dinamakan sebagai mausuh iaitu yang menunjukkan kesan lebam pada muka seseorang setelah ditumbuk atau dipukul. Biru tua atau biru gelap dinamakan sebagai magauk metuak. Metuak dalam bahasa Bugis membawa maksud warna tua yang seakan-akan hitam. Oleh itu, biru tua dinamakan magauk metuak. Warna biru ini adalah warna yang menyerupai warna kehitam-hitaman. Biru nila pula adalah warna biru yang menyerupai warna nila atau air yang jernih di lautan. Oleh itu, menurut masyarakat Bugis biru nila ini seakan-akan sama seperti biru laut yng kedua-duanya menunjukkan pada air. Nila adalah bahan kimia yang digunakan khas untuk pakaian. Warna nila biasanya berwarna biru tua keunguan

→ Selain magauk metuak dalam bahasa Bugis biru tua juga dipanggil magauk. Walaubagaimanapun magauk ini adalah pertengahan warna antara warna biru tua dengan warna biru muda. Dalam bahasa Bugis untuk membeza-bezakan perkataan biru muda dan biru tua (seakan-akan tua warnanya) adalah pengulangan perkataan gauk contohnya magauk (biru tua) dan magauk gauk (biru muda).

→ Orang Bugis juga menyatakan biru muda sebagai magauk mololo yang digunakan khas untuk warna biru yang seakan-akan putih. Manakala magauk gauk pula biru muda atau cair yang seakan-akan warna biru terang.

iii) Penggunaan Warna Biru dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Ibu menila baju yang kusam supaya kelihatan berwarna biru nila.
[ # ibu mənilз baju jaŋ kusam supayз kəlihatan berwarna biru nilз # ]

Bahasa Bugis

indok menila baju εro malusa nih tapana (kembali kepada warna biru atau sebelumnya)[ # indo? mənila baju εro mãlusa nih tapanã # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Biru:

Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
e)biru merak [ # biru məra? # ] / magauk mərak [ # mãgau? məra? # ]
f)biru tua [ # biru tuз # ] / magauk metuak[ # mãgau? metua? # ]
g)biru muda [ # biru mudз # ] / magauk mololo [ # mãgau? mololo # ]
h)biru langit [ # biru laŋit # ] / magauk gauk [ # mãgau? gau? # ]

HIJAU

i)Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
a)hijau daun [ # hijau daun # ] / udarak daung [ # udara? dauŋ # ]
b)hijau tua [ # hijau tuз # ] / udarak metuak [ # udara? metua? # ]
c)hijau pucuk pisang [ # hijau pucu? pisaŋ # ] / udarak mololo [ # udara? mololo # ]

ii) Maksud Warna Hijau dalam Bahasa Bugis:

→ Hijau bemban bermaksud hijau pekat yang gelap atau gelap seperti bemban. Dalam bahasa Bugis warna hijau yang gelap ini kebiasaanya dipanggil udarak metuak. Manakala hijau cair atau pucuk pisang pula biasanya dipanggil udarak mololo. Dalam penggunaan ayat dibawa perkataan napuji ditunjukkan sebagai selalu atau sentiasa, oleh itu ia menunjukkan kerap kali.

→ Orang Bugis kurang menggunakan perkataan hijau dalam kehidupan seharian mereka. Malah dalam pakaian, makanan atau seumpamanya kurang munggunakan perkataan hijau. Hijau hanya digunakan untuk menunjukkan sesuatu warna. Tiada maksud lain selain itu. Udarak pula khusus digunakan untuk warna hijau.

iii) Penggunaan Warna Hijau dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Adik selalu memakai baju yang berwarna hijau tua.
[ # adi? səlalu məmãkai baju jaŋ berwarnã hijau tuз # ]

Bahasa Bugis

Andik napuji baju kudarak tua (sentiasa)[ # andi? nãpuji baju kudara? tua # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Hijau:
Bahasa Melayu Standard / Bahasa Bugis
d)Hijau pandan [ # hijau pandan # ] / udarak pandan [ # udara? pandan # ]
e)Hijau laut [ # hijau laut # ] / udarak mololo [ # udara? mololo # ]






Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)