Friday, April 23, 2010

Please confirm


Another photo I got from Facebook. Not sure but looks like Mak Teh Siti Hawa and family. Can anyone confirm please. Complement of Narimah Zahid.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, April 20, 2010

mantan Tok Penghulu Ghaffar

Terjumpa didalam Facebook Sdr Suhaimi Ghafar .....



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, April 9, 2010

arwah Tok Penghulu Sidek



Terima kaseh kepada Sdr Zakaria Sidek kerana telah sudi menyediakan gambar2 bapa beliau. Memang sudah lama kita mencari gambar2 yang bersejarah saperti ini.

Kalau ada anak2 Lipat Kajang yang ingin memberi pandangan (yang bernafaat) tentang arwah Tok Penghulu Sidek yang kita sayangi dan hormati sila berbuat demikian dalam blog ini.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, April 4, 2010

Jabbar Sekeluarga

Dapat dari FB Jabbar....



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, March 31, 2010

Menjadi Insan-Insan Cemerlang

Anak-anak merupakan aset yang paling berharga kepada kedua-dua ibu bapa, merupakan penyeri atau perhiasan dalam sesebuah keluarga. Apatah lagi jika anak-anak berkenaan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sudah tentu kedua ibubapanya mendapat nikmat di dunia serta ganjaran pahala di akhirat yang begitu tinggi dan besar ertinya yang bakal diterima di akhirat kelak.

Anak-anak yang tidak mendengar kata nasihat ibubapa, degil ingkar, liar, melakukan dosa dan maksiat kepada Tuhan Yang Maha Esa, sudah pasti ianya akan menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Firman Allah s.w.t. :-
Maksudnya: “ Ketahuilah bahawa harta benda kami dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar ”.
(Surah al-Anfal ayat 28)

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka pilih atau sukai. Oleh itu, anak-anak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya hidupnya kelak sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Proses pendidikan anak-anak bermula di peringkat awal lagi, iaitu semasa masih dalam kandungan. Bermula dari sini proses pertumbuhan janin mengikut cara, amalan pemakanan dan doa si ibu bapa. Rasulullah s.a.w. amat menekankan kepada keutamaan memilih pasangan yang beragama daripada memilih lain-lain kriteria, dalam usaha mempastikan agar zuriat yang bakal dilahirkan nanti adalah anak-anak yang soleh.

Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda : Kahwini wanita kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakan isteri yang beragama pasti tidak akan rugi.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, adalah menjadi faktor utama bahawa ibu bapa yang melahirkan anak, hendaklah ibu yang beriman kepada Allah s.w.t. dalam erti kata lain, ibu yang taat menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Begitu juga halnya dengan soal pemakanan yang diambil oleh ibu-ibu yang mengandung. Mereka hendaklah makan makanan yang halal, bersih dan berzat kerana ianya boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran anak-anak samada dari aspek fizikalnya mahupun tabiat akhlaknya. Pengambilan makanan dari sumber-sumber yang tidak halal (haram), nescaya akan meninggalkan kesan yang negatif kepada anak-anak yang bakal dilahirkan: seperti kecacatan, kerencatan akal fikiran, dungu dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya : “ Tiap-tiap daging yang tumbuh dari sesuatu yang haram, maka neraka lebih layak untuknya “.

(Hadis riwayat Muslim)

Bagi membentuk anak-anak supaya menjadi insan cemerlang, kedua ibu bapa hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang, bagaimana mungkin ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu bapa adalah asas untuk anak-anak bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibubapa adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan oleh anak-anaknya. Oleh itu dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu jugalah sebaliknya. Doa yang baik perlu diamalkan ketika ibu mengandung lagi, bagi mendapat insan soleh. Antara doa-doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika ibu-
waktu sedang mengandung seperti:

Firman Allah swt:
Maksudnya : " Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa' dengan berkata : Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati malihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa".

( Surah al- Furqan : 74 )

Pendidikan Aqidah hendaklah disemai sejak kecil lagi selaras dengan tuntutan Islam supaya setiap anak yang baru dilahirkan hendaklah diazankan atau di iqamatkan. Apabila anak-anak mencapai umur mumayyiz hendaklah disuruh melaksanakan sembahyang dan lain-lain ibadat yang difardhukan ke atasnya. Ibubapa hendaklah sentiasa menggalakkan anak-anak berakhlak dengan akhlak yang mulia (mahmudah) dan melarang dari melakukan sifat-sifat cela (mazmumah)

Jika ibubapa atau penjaga telah dapat menyempurnakan amanah mendidik dengan sebaik-baiknya, nescaya anak-anak mereka akan menjadi anak yang soleh.

Antara tanda-tanda yang dapat dilihat sebagai anak yang soleh ialah:

1. Taat kepada Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w, dalam ertikata melaksanakan yang diperintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, serta tidak menyekutukan Allah, baik secara terang mahupun sembunyi.

2. Taat dan hormat kepada kedua ibubapa, dengan berbakti kepadanya, mengasihi dan mendoakan kebaikan kepada meraka semasa hidup apa lagi setelah mereka meninggal dunia.

3. Memiliki segala sifat-sifat mahmudah serta menjauhi segala sifat-sifat mazmumah. Antaranya seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, taubat, taqwa dan sebagainya. Manakala sifat-sifat mazmumah yang perlu dihindari seperti bohong, bakhil, kianat. hasad dengki, riak, takabbur, ujub dan lain-lain lagi.

Anak-anak adalah amanah Allah, maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak-anak kita kukuh pegangan akidahnya. Kerana apabila anak-anak kita kukuh akidahnya ia dapat menangkis sebarang bentuk ancaman dan tidak mudah terperangkap dengan gerakan ajaran menyeleweng dan menyalahi syariah serta aqidah.

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala) : neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat-Nya yang keras kasar (layanannya) meraka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan ”.

( Surah al-Tahrim ayat : 6 )


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Saturday, March 27, 2010

Suhaimi Ghaffar

Terjumpa gambar2 dari Suhaimi Ghaffar dalam Facebook. Di Sekolah Lipat Kajang kata beliau ....




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, March 21, 2010

Jamuan JKKK Kg Masjid LK

Petikan dari blog keluarga:(buat makluman dan pengetahuan)

"Aturcara mudah,ucapan aluan pengerusi majlis,ucapan ringkas penghulu,doa Ust Saifuddin dan jamuan nasi beriani selepas itu boleh balik.Sengaja diatur begitu untuk cepat segera.Program dalaman untuk ahli masyarakat.

Malam 06-03-2010 saya pengerusi majlis bersahaja.Saya diminta begitu.Bukan hendak meleret-leret dengan ucapan.Biasanya utamakan perpaduan dan pendidikan anak-anak dalam apa jua keadaan.itulah saranan yang tidak pernah lupa disebut pemimpin dimana-mana program.
Lipat Kajang dikenali sebagai masyarakat yang pentingkan perpaduan dan kasih sayang.Biar ini kita kekalkan sebagai warisan unik untuk generasi akan datang.

TAHNIAH SEMUA WARGA LIPAT KAJANG & JKKK KG MASJID"






Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, March 14, 2010

Tok Pendekar Awang LK

Tok Pendekar (dan Pawang) Awang, allahyarham, yang tinggal di seberang Sg Pahang bersetentang dengan Masjid Lipat Kajang ialah seorang panglima/pendekar dan juga tok pawang yang tersohor di Kg Lipat Kajang.

Ini ialah sekeping gambar allahyarham yang telah diperoleh dan dipaparkan disini, walau pun kualitinya tidak berapa baik, tapi diharap sesiapa jua anak-anak atau cucu-cucu arwah Pendekar Awang dapat meminjamkan gambar-gambar lain sekiranya ada untuk kita muatnaik bagi tatapan warga LK khasnya dan juga tatapan umum.





Terima kasih kepada sdr Tahrin Salleh


Standing in the middle is Hasmah Bt Razak, on the right is Sahara bt Hanifah, while standing in between Panglima Pawang Hitam and his wife ( can't remember her name ) is Mutalib B Hanifah.
They are the grand children of Tok Panglima Pawang Hitam. This photo was probably taken in early 1960's.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, March 9, 2010

Sukan Tahunan Sek Keb LK Meriah

Sungguh meriah dan berjaya sukan tahunan SKLK pada 21/2/2010, penduduk Kg LK memang sentiasa bersatu padu berkerjasama bergotong royong bermuafakat, bukan baru sekarang, pemuafakatan telah wujud di Kg LK sejak beberapa dekad lalu zaman berzaman, sejak mula bertapaknya di Kg LK seorang pedagang/peneroka/pahlawan Bugis, anak Raja Bugis dari seberang, 7 atau 8 generasi yang lalu.
terima kasih sdr Mustafa Chik @ MusaniLipatKajang, (sdr pupu saya) yang sangat pro-aktif, sangat prihatin, banyak berusaha dalam apa jua aktiviti masyarakat kampong kita dan juga dalam program-program sosio-ekonomi di sekitar mukim/daerah/negeri; beliau sentiasa menyiarkan perkhabaran kampong kepada seluruh warga Kg LK yang dapat mencapai kemudahan komunikasi internet, tidak banyak atau barangkali tidak ada orang yang semudah dia sanggup berbuat demikian secara percuma dengan masa dan tenaganya sendiri, saya percaya semata-mata bertujuan untuk menghubungkan semua anak-anak Kg LK dengan masyarakat dikampong terutamanya dengan pihka kepimpinan kampong sekaligus merapatkan lagi silaturrahim, syabas

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Bersatu Dalam Semua Usaha Memajukan Kg LK

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

Tidak ada yang lebih juga tidak ada yang kurang dalam anugerah Tuhan Yang Maha Bijaksana Maha Adil kepada setiap hambaNya. Yang penting setiap kita harus bijak menggunakan segala anugerah itu khususnya daya pemikiran dan daya pengimbangan kita (atas dasar amar makruf nahi mungkar) berlandaskan nawaitu dan iktikad yang suci dan ikhlas serta dayausaha yang gigih dan telus kearah memastikan kesejahteraan dan kemaslahatan ummah, dan terutamanya kelompok masyarakat kita sendiri.
Itu saya kira adalah niat dan matlamat setiap anak Mukim (Kg) LK baik yang berada di dalam mahu pun yang berada di luar, yang dalam hati sanubari setiap kita terpahat perasaan cinta kasih sayang terhadap kampong kita, keluarga dan waris-waris sekampong kita dan harapan serta hasrat untuk menjadikan kampong kita serta seluruh penduduknya turut menikamti habuan yang hak daripada usaha-usaha pihak berwajib (pihak berkuasa) dalam apa jua kegiatan dan aktiviti pembangunan untuk mencapai dan mengecapi secara berpatutan kemajuan dalam bidang agama, ekonomi, sosial dan termasuk juga politik.
Tidak ada sebarang pandangan sinis atau kritikan terhadap apa jua usaha yang telah sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak kepimpinan untuk memajukan kampong, mahu pun terhadap keluarga dan waris-waris yang semestinya memainkan peranan yang amat penting.
Apa jua pandangan pendapat dan/atau buah fikiran dari sesiapa juga anak kampong, saya percaya dan yakin, adalah dengan penuh keikhlasan dan berniat baik, dan sesuai dengan perkembangan daya pemikiran serta konsep bermusyawarah dan bermuhasabah seharusnya tidak timbul apa jua syak wasangka terhadap mana-mana juga anak kampong yang mahu menyumbang setakat yang terdaya atau termampu walau pun dengan hanya sepatah dua kata-kata perangsang atau pencetus sentimen/semangat kerana matlamat dan halatuju kita semua sebagai anak-anak jati Kg LK adalah satu, tiada yang lain...demi kampong kita, demi tanah tempat kelahiran kita, demi asal usul kita (walau bagi sesetengah tidak ada apa lagi yang disebut sebagai "dia yang empunya" di kampong itu).
Kesedaran kita semua tidak sepatutnya hanya berkisar disekitar mereka yang tinggal didalam kampong sahaja, bahawasanya hanya mereka sahajalah yang memikul beban menggerakkan segala usaha memajukan kampong.
Kita juga sepatutnya mempunyai perspektif (pandangan) yang lebih luas lebih menyeluruh bahawasanya sesiapa saja anak kampong Kg LK, baik yang tinggal di dalam mahu pun yang berada di perantauan jauh atau pun dekat, mempunyai kemahuan kebolehan dan keupayaan tersendiri dalam batasan-batasan kemampuan/kapasiti masing-masing untuk membantu menyumbang dan memberi sokongan, dan inilah satu aspek satu kemungkinan yang pada pandangan saya tidak pernah difikirkan atau diterokai, sehingga boleh menimbulkan salah faham dan/atau pun tanggapan yang tidak menguntungkan sesiapa juga dikalangan kita.
Secara peribadi saya berharap keluarga waris-waris dan saudara mara yang tinggal di dalam kampong janganlah hendaknya beranggapan bahawasanya anak-anak Kg LK di perantauan tidak ingatkan kampong tidak sayangkan kampong tidak ingatkan sekolah dimana mereka mula-mula belajar ABC ali ba ta dan 3M, tidak mahu bersama-sama dan tidak mahu menyumbang dalam apa jua dayausaha dan/atau aktiviti untuk memajukan kampong dalam apa jua bidang.
Daya penerimaan perubahan dan daya pemikiran kita semua semestinya sudah dapat meneroka ruanglingkup yang lebih luas selaras dan selari dengan peredaran dan perubahan masa, keadaan dan juga kecelikan minda setiap insan yang sama sekali bukan bergantung kepada pelajaran atau pembelajaran yang diterima secara formal tetapi lebih berupa akibat atau hasil dari penggunaan semua deria-deria yang telah dianugerah oleh Tuhan Yang Maha Esa khususnya penglihatan, pendengaran dan percakapan secara hakiki dan berfaedah.
Apa jua yang dilakukan secara telus, ikhlas, jujur dengan nawaitu yang betul pada jalanNya pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya, Allah swt.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, January 29, 2010

JKKK Perlu Lebih Bertanggung jawab












Dipetik dari Sinar Harian, 29 Jan 2010 Jumaat

JKKK perlu lebih bertanggungjawab

KAMPUNG PULAU RUMPUT - Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak hanya terbatas sebagai pentadbir kawasan tetapi ia turut meliputi tanggungjawab menjaga kebajikan anggota masyarakat di sesebuah kawasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar (Pahang), Datuk Ishak Muhamad berkata, JKKK perlu memastikan tiada penduduk di kawasan tadbirnya keciciran dari segi bantuan mahupun perhatian.

Menurutnya, kesulitan serta kesusahan hidup yang dialami penduduk harus dititikberatkan dan cuba diselesaikan melalui usaha menyenaraikan mereka bagi mendapatkan bantuan dari pihak yang berkenaan.






“Ahli JKKK yang dilantik seharusnya memainkan peranan masing-masing serta peka dengan tanggungjawab yang dipikul dan ia berubah mengikut peredaran masa malah keperluan dalam sesebuah komuniti turut perlu diberi perhatian.

“Masalah yang dihadapi penduduk perlu direkodkan serta diajukan kepada pihak atasan bagi tujuan penyelesaian dan kecekapan mereka mentadbir kawasan mampu mengurangkan masalah yang dialami penduduk,” katanya selepas merasmikan mesyuarat bersama JKKK Kampung Pulau Rumput, DUN Pulau Manis di sini.

Amanah

Ishak berkata, JKKK bukan satu jawatan yang hanya gah pada nama, tetapi ia merangkumi amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan membela kesusahan rakyat di setiap kawasan.

“Peranan setiap ahli JKKK yang diketuai oleh ketua kampung semakin penting dari semasa ke semasa dan ia menjadi tunggak kepada pentadbiran yang lebih tinggi di mana kita mengharapkan maklumat serta perkembangan rakyat yang disalurkan oleh mereka.

“Mereka juga berperanan mewujudkan suasana harmoni serta menanam nilai-nilai murni dalam masyarakat yang kian mengabaikan kepentingan kerjasama serta hubungan kejiranan yang akrab,” katanya.

Menurutnya, sikap lepas tangan serta malas melaksanakan tugas yang diamanahkan hanya akan mengundang rasa tidak percaya masyarakat terhadap komuniti kecil yang dilantik ini sedangkan mereka seharusnya menjadi rujukan kepada masyarakat.

“Saya menasihati semua ahli JKKK yang dilantik dapat mencorakkan sebuah komuniti yang sempurna serta penuh dengan nilai positif bagi mendukung hasrat kerajaan yang mengharapkan perpaduan yang berterusan,” katanya.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, November 24, 2009

a couple of e-mails from me to musani.

Terima kaseh di atas kesenangan hati sdr untuk mendapatkan buah fikiran saya tentang blog sdr.

Blog sdr memang '1st class' dan sdr telah mendapat banyak 'following'. Di antara 'following2' tu saya percaya ada beberapa orang anak LK.

Yang saya akan tuliskan ini ada lah hanya buah fikiran peribadi saya sahaja, dan saya tidak pernah di lateh menjadi seorang penulis.

Sesuatu blog itu ada 2 perkara yang sangat penting. Satu ialah untuk mendapatkan minat am dan satu lagi untuk mendapatkan minat individu. Selain dari tulisan tentang kepakaran di dalam satu2 subject atau bidang.

Saya percaya sdr menulis blog ini sebagai peribadi dan objektif asal sdr pada asalnya (pada fikiran peribadi saya) ia lah untuk menguji sejauh mana kepakaran sdr menulis dan juga untuk memberi maklumat tentang Kg Lipat Kajang, dan berita2 yang ada kaitan dengan Kg Lipat Kajang khas nya dan apa2 yang ada perhubungan deng KLK dan juga seseorang atau semua penduduk KLK. Objektif sdr itu telah tercapai (pada pendapat peribadi saya) dengan cemerlang nya. MORE >>>>


Apa yang memeranjatkan? Tulisan Sdr memang bagus. Dan Sdr memerhatikan sesuatu benda itu dari segi objektif, tanpa menunjukkan emosi Sdr. Sdr matang dan Sdr professional. Itu lah yang di perlukan sebagai seorang penulis, bukan sahaja untuk blog tetapi juga penulis cetakkan lain. Sdr ada talent untuk menulis, bukan semua orang ada talent begitu. Walau tinggi semana pun kelulusan seseorang itu, kalau tak ada talent tak kan dapat menulis. Menulis sesuatu rencana tidak dapat di pelajari di bangku sekolah sungguh pun bersekolah itu mustahak, tetapi bersekolah tidak bermakna terpelajar sekira nya untuk mengejar markah berbanyak ‘A’ saja. Mungkin sekira nya Sdr telah mendapat peluang untuk belajar lebih tinggi, talent Sdr itu mungkin boleh lagi di gilap dan mungkin Sdr boleh pergi ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam hidup Sdr.

Saya telah memberi buah fikiran dahulu itu hanya dalam pandangan peribadi dan tidak lebih dari itu. Sekiranya saya terkasar bahasa, saya mohon maaf.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu di buat di KLK. Hanya masa dan kewangan tidak mengizinkan perkara2 itu di lakukan atau di sudahai dengan cara yang memuaskan. Dan semua kerja ini memakan masa, tanpa imbohan dari mana2 pehak. Dan seharusnya imbohan tidak di minta supaya sesuatu kerja itu di beri iktiraf tanpa meminta minta untuk di iktirafkan., MORE >>



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea.

Friday, November 6, 2009

Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut Terlibat dalam Haram

Salah satu daripada rahmat Allah SWT terhadap manusia, iaitu: Dia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan tentang masalah halal dan haram, bahkan yang halal dijelaskan dan yang haram diperinci.
FirmanNya:
"Dan sesungguhnya Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Dia haramkan atas kamu."
(Quran, Surah al-An'am: 119)
Masalah halal yang sudah jelas, boleh saja dikerjakan. Dan soal haram pun yang sudah jelas, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan biasa.
Tetapi di sebalik itu ada suatu persoalan, iaitu antara halal dan haram. Persoalan tersebut dikenal dengan nama syubhat, iaitu suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini biasa terjadi mungkin kerana tasyabbuh (tidak jelasnya) dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa.
Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati kerana takut berbuat haram). Dimana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, sehingga dengan demikian dia tidak akan terseret untuk berbuat kepada yang haram.
Cara semacam ini termasuk menutup jalan berbuat maksiat (saddudz dzara'i). Disamping itu cara tersebut merupakan salah satu macam pendidikan untuk memandang lebih jauh serta penyelidikan terhadap hidup dan manusia itu sendiri.

Dasar pokok daripada prinsip ini ialah sabda Nabi SAW yang mengatakan:
"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan."
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi).

Rujukan: Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Saturday, October 17, 2009

Remembrance of Allah

From an-Nu’maan ibn Basheer (radhiyallah hu ‘anhu) who said that Allah’s Messenger, Muhammad pbuh said:
‘Supplication (do’a) is worship, your Lord the Mighty and Majestic said:”Call upon Me – I will respond to your (invocation)” (Quran, Surah Al Mu’min verse 60)
(Hadith reported by Abu Daud, at Tirmizi, Ibn Majah and others)

Supplication is the head of remembrance of Allah. Indeed the Prophet pbuh said: ” ….and I order you to make mention of Allah much, and the like of that is a man being chased by the enemy who are hastening after him until he comes to a protected fortress and so protects himself in it. Likewise is the servant, for he does not protect himself from Satan except through remembrance of Allah, the Mighty and Majestic” (an authentic hadith)

So a Muslim remembering his Lord, the One free and far removed from all defects, places him in a position of safety and protection which Satan is unable to overcome. So this prevents him from many sins and numerous negative traits pertaining to the tongue, the limbs and the heart. Therefore: The Muslim Does Not Fall Into Backbiting.




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, October 15, 2009

Lipat Kajang Baruh Berjaya Tempat Kedua

Telah diberitakan oleh sdr musanilipatkajang dalam blognya bahawa Kg Masjid Lipat Kajang (atau Kg Lipat Kajang Baruh) telah memenangi tempat kedua (naib johan) dalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang 2009 Peringkat Daerah Temerloh, Pahang.

Ucapan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Kg LK Baruh khususnya kepada Tok Ketua Kampong, Tok4 Cikgu Hj Ibrahim diatas segala insiatif dan usaha gigih dalam membangunkan Kg LK Baruh.

Diharap semua warga LK Baruh, dan juga LK Darat serta seluruh Mukim LK akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Kampong/Mukim dalam segala inisiatif, usaha serta gerak kerja dalam membangunkan kampong dan mukim, selagi ianya berlandaskan "Amal Makruf Nahi Mungkar" dan berpandukan kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa, Ameeen...

Salam Hormat




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, October 12, 2009

Berdo'a Untuk Kasih Sayang

SOALAN 1:

Adakah jatuh talak sekiranya selepas solat saya berdoa begini, "Ya Allah ya tuhanku ketika ini aku tiada lagi perasaan cinta dan sayang dalam diriku terhadap isteriku, sekiranya perpisahan dan perceraian adalah yang terbaik untuk kami berdua?

JAWAPAN:

Tidak jatuh talak seseorang yang berdoa seperti mana yang dinyatakan. Namun demikian dinasihatkan agar anda berdoa supaya Allah SWT menyuburkan kembali kasih sayang anda suami isteri serta dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing sehingga akhir hayat.

Doa merupakan senjata orang-orang mukmin, maka berdoalah untuk memohon kebaikan hidup dan rahmat Allah.

SOALAN 2:

Apakah hukum khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan yang bukan mahram? Saya berkenalan dengan bakal suami secara tidak sengaja melalui SMS dan agak 'larut' dalam perhubungan begini sebelum terikat dengan perkahwinan yang sah.

JAWAPAN:

Anda disarankan supaya tidak meneruskan SMS yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika calon suami anda berkemampuan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga segeralah berkahwin.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Wahai Pemuda-pemuda sekiranya kamu berkemampuan untuk berkahwin maka bersegeralah kamu berkahwin. (riwayat Bukhari dan Muslim).

SOALAN 3:

Apa hukum kemesraan seorang kakak dengan adik lelaki kandung, contohnya perbuatan mencium pipi atau memeluk kakaknya? Adakah ia berdosa?

JAWAPAN:

Tidak berdosa kerana perbuatan mencium pipi atau memeluk itu adalah gambaran kasih sayang. Mungkin perkara tersebut janggal dalam budaya Melayu kerana masyarakat kita tidak mengamalkan perbuatan itu untuk menunjukkan kasih sayang sesama mahram.

Perkara itu menjadi perkara biasa dalam amalan budaya Arab dan barat. Harus mengamalkan perkara tersebut bagi menunjukkan kasih sayang dan keakraban kita sesama ibu bapa dan adik beradik.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari).

Namun, jika seorang mahram mencium atau memeluk mahramnya yang lain dalam keadaan ghairah dan menimbulkan fitnah maka hukumnya adalah haram dan berdosa


dipetik dari utusan malaysia 9/10/2009

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, September 29, 2009

Jamuan Aidilfitri 1430H Mukim Lipat Kajang

disalin dari blog sdr mustafa chik

SEMUA WARGA MUKIM LIPAT KAJANG
DAN WARGA LIPAT KAJANG DI PERANTAUAN DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

PADA :-05-10-2009(16 SYAWAL 2009)
TEMPAT- BALAIRAYA JKKK KG LIPAT KAJANG DARAT (sebelah surau)
MASA:- 3.00 PETANG
HARI:- ISNIN

KEDATANGAN AMAT-DIALU-ALUKAN
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS MAAF ZAHIR DAN BATIN


PENGERUSI KOMUNITI BESTARI MUKIM LIPAT KAJANG @ PENGHULU
DAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, September 23, 2009

“Amalan unik Lipat Kajang”

[Every year at Eid El-Fitr, the people (and their decedents) return to their kampong – village - Kg Lipat Kajang, in the State of Pahang, to celebrate after a month long fasting (in the Muslim month of Ramadhan). On the first day they all (whoever return) pray at the local mosque and early in the morning of the second day they will go to the local ancestorial ground for their traditional annual saying of prayers (together) to their loved one who have passed away. What is unique here is that they all pray together at the burial ground unlike in some places where each family pray at their own burial lots. They all turn up in hundreds, dressed in their best colourful dress (especially the women folks). And the children looking forward to receiving a few RM (Malaysian Ringgit) for attending the prayers (which had always been looked forward at by all children, even when this writer was a small boy in the kampong). Traditionally they used to give rice grains but time had changed, they now give RM.]
















“Amalan unik Lipat Kajang”

Begitu lah tulisan seorang anak Lipat Kajang, Sdr Hamzah Sidek, di dalam Utusan Malaysia Hari Selasa 25hb Sept. 2009, baru2 ini.

Amalan tahlil di tanah perekuburan adalah tidak unik, tetapi amalan bertahlil beramai2 pada hari kedua adalah unik dengan sendirinya. Tak usahlah saya menulis dengan panjang lebar kerana Sdr Hamzah telah menulis segala yang perlu di tulis didalam artikel beliau itu.

Hanya melihat gambar2 bersama ini cukuplah untuk kita memikirkan macam mana meriahnya kanak2 pada hari itu, dan betapa meriahnya kaum tua bertemu kembali dengan sahabat handai sekurang2 nya setahun sekali ini. Suasana sedih mengenangkan yang telah kembali ke sisi Allah SWT bertukar menjadi satu peyambung ukwah dan juga silatulrahim. Tetapi semua yang hadir tidak lupa untuk berdoa untuk roh2 yang telah pergi itu. (lihat video sebelum ini).

Dan pada Hari Raya Aidilfitri sehari sebelum itu mereka juga kemesjid Kg. Lipat Kajang untuk ber-solat Aidilfitri beramai2.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tahlil di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Raya 2009

http://www.youtube.com/watch?v=6w2gRmG-FWI


http://www.youtube.com/watch?v=CXQpGBvbs4Y



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Solat Aidil Fitri, Mesjid Lipat Kajang, 2009

http://www.youtube.com/watch?v=qEBKkH2CKxU


http://www.youtube.com/watch?v=iqhyCbnbSok



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, September 22, 2009

Most celebrated Ulamak.



The most celebrated Ulamak that Kg Lipat Kajang had ever produced. After him, there had never been and there is a dearse of anyone ever been called or even near enough to be called an Ulamak in Kg. Lipat Kajang, residing in Kg. Lipat Kajang or even had ever been produced by Kg. Lipat Kajang. (residing anywhere outside Kg. Lipat Kajang even). A pity!

Selepas AlMarhum, tiada siapa lagi dari Kg. Lipat Kajang yang layak untuk bergelar seorang Ulamak.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Khairat kematian, Kg Lipat Kajang. (Death levy fund)



Kg. Lipat Kajang mempunyai satu skim Khairat Kematian. Disini dilihati ahli2 membayar yuran mereka di tanah perkuburan Kg. Lipat Kajang, pada Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H yang kedua sebelum mereka bertahlil di kubur.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Kereta mayat, Mesjid Lipat Kajang (Hearse vehicle)






Pertama kali saya melihat kereta mayat itu adalah pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H, di tanah perkuburan Kg. Lipat Kajang. Tidak ada keterangan lanjut yang saya perolehi melainkan saya di beri tahu bahawa kereta itu ada 3 dreber, and kereta boleh diminta untuk membawa mayat (tidak diterangkan pulak dari mana atau kemana).

Di harapkan warga Kg Lipat Kajang dapat mejaga kereta itu dengan baik, dan diharapkan jugak kereta itu memberi keutamaan kepada warga Kg. Lipat Kajang dan waris2 warga Kg. Lipat Kajang di mana pun mereka berada.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H / 2009M

Kepada semua warga Mukim Lipat Kajang Pahang, waris-waris, kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan yang tinggal di kampong dan juga yang bermastautin di perantauan, disini diucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Syawal 1430H
Maaf Zahir Batin

bersama-samalah kita merayakan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran setelah menang mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama se bulan, semoga diterima olehNya.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya 2009 / 1430

Selamat Hari Raya kepada semua saudara mara serta sahabat handai saya di Kampong Lipat Kajang.

http://www.youtube.com/watch?v=-NNrSD-OINY&feature=related



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)