Friday, January 29, 2010
JKKK Perlu Lebih Bertanggung jawab
Dipetik dari Sinar Harian, 29 Jan 2010 Jumaat
JKKK perlu lebih bertanggungjawab
KAMPUNG PULAU RUMPUT - Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak hanya terbatas sebagai pentadbir kawasan tetapi ia turut meliputi tanggungjawab menjaga kebajikan anggota masyarakat di sesebuah kawasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar (Pahang), Datuk Ishak Muhamad berkata, JKKK perlu memastikan tiada penduduk di kawasan tadbirnya keciciran dari segi bantuan mahupun perhatian.
Menurutnya, kesulitan serta kesusahan hidup yang dialami penduduk harus dititikberatkan dan cuba diselesaikan melalui usaha menyenaraikan mereka bagi mendapatkan bantuan dari pihak yang berkenaan.
“Ahli JKKK yang dilantik seharusnya memainkan peranan masing-masing serta peka dengan tanggungjawab yang dipikul dan ia berubah mengikut peredaran masa malah keperluan dalam sesebuah komuniti turut perlu diberi perhatian.
“Masalah yang dihadapi penduduk perlu direkodkan serta diajukan kepada pihak atasan bagi tujuan penyelesaian dan kecekapan mereka mentadbir kawasan mampu mengurangkan masalah yang dialami penduduk,” katanya selepas merasmikan mesyuarat bersama JKKK Kampung Pulau Rumput, DUN Pulau Manis di sini.
Amanah
Ishak berkata, JKKK bukan satu jawatan yang hanya gah pada nama, tetapi ia merangkumi amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan membela kesusahan rakyat di setiap kawasan.
“Peranan setiap ahli JKKK yang diketuai oleh ketua kampung semakin penting dari semasa ke semasa dan ia menjadi tunggak kepada pentadbiran yang lebih tinggi di mana kita mengharapkan maklumat serta perkembangan rakyat yang disalurkan oleh mereka.
“Mereka juga berperanan mewujudkan suasana harmoni serta menanam nilai-nilai murni dalam masyarakat yang kian mengabaikan kepentingan kerjasama serta hubungan kejiranan yang akrab,” katanya.
Menurutnya, sikap lepas tangan serta malas melaksanakan tugas yang diamanahkan hanya akan mengundang rasa tidak percaya masyarakat terhadap komuniti kecil yang dilantik ini sedangkan mereka seharusnya menjadi rujukan kepada masyarakat.
“Saya menasihati semua ahli JKKK yang dilantik dapat mencorakkan sebuah komuniti yang sempurna serta penuh dengan nilai positif bagi mendukung hasrat kerajaan yang mengharapkan perpaduan yang berterusan,” katanya.
Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEBAB ITU BUKAN MUDAH JAWATAN SEKECIL INI DAN MELAINKAN WANG RINGGIT DAN MASA KITA DIKORBANKAN SELEBIHNYA KATA NESTA YANG DAPAT.BERDOSA DGN ALLAH.PERLU SABAR DAN IKHLAS BERTUGAS UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT,TIADA KEPENTINGAN DIRI,JUJUR SEJUJUR NYA.ELOK JAWATAN INI DITUKAR GANTI SEMUA PENDUDUK BIAR MERASA DAN SEKATA.DUDUK DIDALAM BARU TAHU,DUDUK DILUAR TAK SAMA DIDALAM..ALLAH TAHU NIAT KITA TAPI MANUSIA YANG SERING SALAH SANGKA..DEMI KAMPUNG SAMA-SAMA KITA BANGUNKAN WALAU TANPA JAWATAN APA PUN....
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya cadangkan dapat kira nya sesiapa yang tahu dan catitkan nama nama yang ada didalam foto diatas supaya mereka mereka yang duduk diluar dari LK dapat mengenali siapa siapa ynag didalam barisan pimpinan kampung kite tu.( seperti didalam gambar pahlawan pahlawan kita diatas ) Saya boleh katakan 80% tidak mengenali mereka mereka itu. Untuk En Musali saya harap dapat membantu. OK
"JKKK perlu lebih bertanggungjawab" ini lah teguran oleh seorang ADUN Negeri Pahang, yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian, dan bukan komen atau teguran oleh mana-mana anak kampong KG LK, malahan teguran oleh ADUN itu adalah secara umum bukan ditujukan kepada mana-mana JKKK walau pun mungkin ada JKKK yang telah menghambat kesedaran YB ADUN tersebut untuk sedikit menempelak,
ReplyDeletesaya yakin seluruh warga Kg LK yg didalam dan juga yg diluar tidak mempunyai apa-apa masalah dgn pihak kepimpinan kampong sendiri.
keduanya, jika boleh atas permintaan seorang anak Kg LK iaitu sdr Tahrin (atau Jabar) Salleh (anak arwah Tok Mukim Salleh) (ahli keluarga kita juga), dan saya percaya kita semua pun ingin tahu juga, disenaraikanlah nama-nama semua ahli JKKK Kg masjid dan jika boleh juga paparkan JKKK Kg LK Darat serta senaraikan nama-nama semua ahlinya, tujuannya saya percaya adalah semata-mata untuk lebih mengenali kaum kerabat ahli-ahli JKKK kampong kita yang bertungkus lumus berusaha melaksanakan segala aktiviti pembangunan kemajuan dan keselamatan Kg LK, terima kasih bagi pihak sdr Jabar dan yang lain-lain juga serta terima kasih dari saya sendiri.