Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 1432H, MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua kaum kerabat dan wariswaris di Kg Lipat Kajang dan dimana juga berada, "Minal Aidin Wal Faizin"

pada hari raya kedua, rabu 31 ogos sebaik saja selesai tahlil di perkuburan Lipat Kajang kita akan adakan jamuan silaturrahim satu Mukim Mukim Lipat Kajang betrempat di perkarangan Pej Penerangan Kg Masjid LK berhadapan dengan tanah perkuburan, bertujuan mengeratkan perpaduan dan mengukuhkan silaturrahim dikalangan penduduk penduduk...

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, July 25, 2011

Menyambut Ramadhan bersama calun2 UPSR







































persatuan bekas murid/guru/pekerja sekolah kebangsaan lipat kajang (SKLK) > Alumni SKLK > telah menganjurkan majlis Menyambut Ramadhan bersama warga LK dan calun2 peperiksaan UPSR (dari SKLK) di masjid Kg LK pada 23/7/2011 hari Sabtu malam Ahad lalu, dengan kerjasama JK Masjid, GB SKLK dan pimpinan kampong. Hadir sama pada majlis tersebut ialah TokPenghulu LK. Solat hajat telah diadakan memohon kejayaan buat semua calun UPSR diikutu dgn ceramah mnyambut Ramadhan yang diberikan oleh seorang Ustaz yang bertauliah yg mengajar disebuah sekolah dalam daerah Temerloh.
Program ini telah diusahakan secara berkerjasama oleh Alumni SKLK melalui Biro Agama & Ukhuwah diketuai oleh Usaz Saipuddin yang juga Imam masjid LK, anak kepada arwah Abang Puda (Hj Abdullah) dan Wek Seripah, dan beberapa orang AJK lain juga terlibat - Setiausaha, Bendahari, dan lain-lainnya, dan juga PIBG serta pihak Guru Besar SKLK.
Seramai kira-kira 100 wrga dan anak-anak telah hadir walau pun dijangka l/k 150 orang dapat hadir. Ramai yang tidak dapat hadir keranq pada petang itu hujan lebat disertai dengan ribut petir dan kilat telah melanda Kg Lipat Kajang serta kawasan sekitar.
Seramai 12 orang murid SKLK akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan diharapkan kesemua mereka akan mendapat kejayaan cemerlang (5A) insya'Allah, sama-sama kita doakan...dengan izinNya jua.
Sebagai program pertama Alumni SKLK semenjak ditubuhkan pada 26/2/2011 lalu, manlis tersebut bolehlah dikatan berjaya mencapai tujuan dan matlamat, terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan individu yang telah berusaha menjayakan termasuk juga katerer (caterer) iaitu Puan Zakiah Salleh (anak arwah Aicik/PakNgah Salleh Bukit Bangkong)
Kita berharap akan lebih banyak lagi program dapat diadakan/dijalankan oleh Alumni SKLK bagi faedah/manfaat murid/warga SKLK dan masyarakat setempat, insya'Allah




















Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, July 11, 2011

Kempen Mendaftar Ahli-Ahli Alumni SKLK


> Kempen Mendaftar Ahli-Ahli Alumni SKLK sila gunakan borang-borang yg boleh didapati dari semua AJK Alumni SKLK atau dari Cikgu Norhayati di SK Lipat Kajang lengkapkan dan serah kpd Bendahari sertakan wang yuran keahlian...AJK terutamanya dan semua ahli-ahli terdiri dari bekas guru/murid/pekerja SKLK diminta menjayakan Kempen ini, hrp dpt print banyak2 borang yang diperlukan dan edarkan, ramai didaftar bertambahlah dana Alumni boleh dijalankan program dan aktiviti yang dirancang untuk faedah/manfaat murid SKLK dan warga kampong serta ahli-ahli Alumni, ILMU AMAL JAYA ialah motto kita (Alumni SKLK)

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, June 8, 2011

Silaturrahim LK

Assalamu'alaikum
Diantara sesama warga-warga Lipat Kajang kesemuanya memang kuat silaturrahim, tidak kira duduk diceruk mana pun memang ada kait mengait kena mengena hubungan kekeluargaan diantara satu sama lain, sudah tertanam semangat kesatuan sejak dari putera pertama dari seberang menjejakkan kaki ke bumi LK dahulu lagi (berberapa kurun dahulu)
...ibarat carik-carik bulu ayam tidak lama bercantum kembali...jika terjadi sesuatu keributan (persengketaan atau perbalahan) kecil dikalangan warga suasana akan pulih menjadi harmoni kembali dalam sekelip mata...
Kini Syawal akan menjelang tak lama lagi diikuti dengan Ramadan tahun 1432Hijrah, dan seperti kelaziman di tahun-tahun silam, keriuhan dan kesepakatan akan pasti dapat disaksikan semula di hari Aidilfitri ke2 nanti, akan tetapi apakah warga LK khususnya pihak kepimpinan mukim/kampong tidak ingin untuk mengambil kesempatan dari keramaian pada hari tersebut supaya silaturrahim dikalangan semua warga akan menjadi lebih erat...yang terpisah diketemukan, yang renggang dirapatkan, yang rapat dieratkan...kukuhkan pemuafakatan...itu barangkali yang diharapkan oleh datuk nenek moyang ibu bapa ahli-ahli keluarga yang sudah pergi terlebih dahulu (yang kita ziarahi setiap tahun) agar waris-waris akan terus bersatu padu berkerjasama dan berusahasama...(sekadar renungan)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, February 3, 2011

Ikutilah Sunnah Nabi SAW


Dan pada 26hb Feb 2011 hari Sabtu akan diadakan Majlis Alumni Sek Keb Lipat Kajang, di SKLK
ada gulai kerbau menanti, khabarnya...

dan khabarnya juga...semua bekas murid dan bekas guru SKLK dijemput hadir...maka akan dapatlah berjumpa semula kesemuanya selepas bertahun-tahun meninggalkan SKLK...bertanykan khabar berita masing-masing sambil bercerita tentang peristiwa-peristiwa yg nolstalgik semasa berada di Sek Keb LK samada sebagai guru atau pun murid...

memang sudah ramai bekas murid SKLK yg telah memasuki masyarakat dengan kejayaan kehidupan masing-masing dalam pelbagai bidang dan kerjaya...

diharapkan ramai bekas guru dan bekas murid SKL akan dapat menghadiri...dan juga menderma wang ringgit seberapa ikhlas bagi tujuan membiayai majlis tersebut...



gambar Sek Keb LK ikhsan
musani lipat kajang













Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, January 11, 2011

Bersabar Memasuki Tahun Baru 2011M

Cara kita melihat sesuatu masalah banyak menentukan sikap dan pandangan kita, positif atau negatif. Melihat sesuatu masalah bertemu dengan masalah (atau permasalahan) tersebut. Bersyukurlah sebagai satu kesempatan untuk membangunkan diri atau melihat masalah tersebut sebagai satu perkara yang bakal memusnahkan kita, terpulang cara mana dan dari sudut mana hendak kita pandang dan menghadapi masalah tersebut. Kita seharusnya bersyukur dengan sesuatu kesempatan yang telah diberiNya yang membolehkan kita menjadi lebih berjaya dalam hidup atau menjadikan kita berupaya untuk menganalisis permasalahan yang seterusnya membolehkan kita mentarbiah diri kearah menjadi seorang yang lebih bersikap positif, lebih yakin dan lebih bersyukur.




Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan adalah kesenangan"

Firman Allah SWT: "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (39:10)

gambar hiasan > pokok-pokok pinang banyak terdapat di Kg Lipat Kajang, dan buah pinang yang masak dan juga yang muda mahal harganya dipasaran







Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, October 8, 2010

Pembawa Berita Dusta

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)." (Quran, An-Nur ayat 11)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Saturday, September 25, 2010

Abstemiousness (Zuhud)

Disassociation from this World

From Abu Umaamah Iyaas ibn Tha’labah who said: The Companions of Allah’s Messenger pbuh mentioned this world one day in his presence, so Allah’s Messenger pbuh said: Will you not listen, will you not listen !
Wearing old clothes is part of iman, wearing old clothes is part of iman.

(Hadis reported by Abu Daud, hadis hassan)

Zuhud (abstemiousness) is to have little regard for this world, to manifest one’s poverty and need before Allah, to treat the servants of Allah kindly and gently, to avoid spending lavishly upon clothing, food and drink, and to avoid fame.

Zuhud is not the rejection of the favours which Allah, the One free and far removed from all defects, bestows upon some of His servants, rather it is as Ibn Taimiyyah rahimahullah said: Keep away from that which does not bring benefit, either because it contains no benefit at all, or because something other than it is more beneficial, so that by doing the first he would be missing greater benefit, or because it will produce something whose harm will grow to outweigh its benefit. But as regards things which are purely beneficial or predominantly, then avoidance of them is stupidity. Therefore there is to be no abstemiousness with regard to Good Actions.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, September 13, 2010

Bapa-bapa LK kini

 

 

 

 



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)
Posted by Picasa

Tahlil Kubur Tahun ini.

Serba sedikit gambar semasa tahlil kubur
 

 

 

 




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)
Posted by Picasa

Sunday, September 12, 2010

Eid Mubarrak, Selamat Hari Raya Aidilfitri




Hari ini sudah masuk hari ke3 Aidilfitri 1431H, suasana perayaan Aidilfitri masih menyemarakkan dengan saudara mara kaum keluarga sahabat handai rakan taulan masih kunjung mengunjung ziarah menziarahi dengan perasaan riang gembira dan semangat silaturrahim. Diatas meja makan mungkin sudah kurang hidangan-hidangan istimew Hari Raya seperti ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, dan sebagainya, tetapi tetamu yang berkunjung dijamukan pula dengan hidangan makan tengah hari (lunch) atau makan malam (dinner) dengan masakan-masakan yang "special" lauk pauk yang yang beranika jenis, ditambah pula dengan satay, atau hidangan-hidangan sampingan sehinggan para tetamu dapat makan sekenyang-kenyangnya.
Pada hari pertama Aidilfitri seperti biasalah tiap-tiap tahun setiap Muslim akan menunaikan solat sunat Aidilfitri 2 rakaat diikuti dengan mendengar hujjah yang diberikan oleh khatib dalam khutbah Aidilfitrinya...kemudian akan saling maaf bermaafan diantara sekelian ahli-ahli keluarga secara tradisionalnya setelah balik ke rumah, dengan ibu dan bapa saling bermaafan diikuti pula kedua-duanya menerima permohonan kemaafan dari setiap anak cucu sehingga selesai kesemuanya mengadap, kadangkala sampai menitiskan air mata...sebak keinsafan dan/atau kegembiraan. Lalu seterusnya kesemua ahli keluarga duduk di meja makan mengadap juadah-juadah khas Hari Raya dan makan bersama-sama, ada juga yang langsung terus pergi ke rumah keluarga ahli-ahli keluarga yang lebih lebih tua untuk memohon maaf dan mekan bersama-sama disana...demikianlah imbasan apa yang berlaku di pagi Harfi Raya pertama, kebetulan pula pada tahun ini Hari Raya pertama jatuh pada hari Jumaat, maka kesemua Muslim berduyun-durun pula ke mesjid untuk menunaikan solat Jumaat yang wajib, dan mendengan khutbah lagi sekali, kali ini khutbah Jumaat.
Pada hari semalam, Sabtu Hari Raya ke2 majoriti ummah telah pergi ke perkuburan menziarah pusara ahli-ahli keluarga yang telah terlebih dahulu pergi kembali kepada Tuhan Yang telah Menjadikannya (ibu, bapa, datuk nenek moyang, kerabat) dan bertahlil serta memberikan doa kesejahteraan buat roh-roh mereka di sana.
Pada hari ini, Hari Raya ke3 apa pula program masing-masing dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan rasa penoh kesyukuran dan kegembiraan, dengan semua ahli keluarga masih lagi berada di rumah bersama ibu bapa setelah pulang dari perantauan jauh dan dekat...?
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah Maaf Zahir & Batin


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, June 15, 2010

Kg Lipat Kajang, Kota Tinggi Johor

Terjumpa iklan jualan rumah spt berikut, di Kg Lipat Kajang, Jln Kluang, Kota Tinggi, Johor, satu lagi tempat bernama Kg Lipat Kajang


RUMAH & TANAH UNTUK DIJUAL.
LOKASI: KG. LIPAT KAJANG, JLN. KLUANG, KOTA TINGGI.

LUAS TANAH: 2 EKAR
SAIZ RUMAH: 60 X 85ka per.
DIBINA: THN. 90an.
KEMUDAHAN: 6 BILIK TIDUR. 4 BILIK AIR.
ADA 90 POKOK KELAPA, 45 POKOK KELAPA SAWIT,
35 POKOK DUKU, DURIAN 8 POKOK, MANGIS 8 POKOK. ADA KOLAM IKAN.
JARAK LEBIH KURANG 11KM DARI BANDAR KOTA TINGGI.
GERAN ADA. NON-BUMIPUTRA BOLEH BELI.
HARGA: RM190K (BOLEH RUNDING)
SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI AGEN: JAMAL 0197936471
Address : KG LIPAT KAJANG
Price : RM. 190000
Bedrooms : 6 Bathrooms : 4
Tenure : freehold Cars Park: 1
Land Area : Building Area : 60x85
Furnished : unfurnished Facilities : spt diatas

Adakah sesiapa dikalangan penduduk Kg Lipat Kajang Temerloh Pahang yang hendak menjual tanah atau rumah?, sila berhubung dengan saya untuk mendapatkan pembeli pada harga yang terbaik

Hendak jual tanah mungkin ada, tapi nak jual rumah???


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Lipat Kajang, Jasin Melaka





Lipat Kajang, Jasin Melaka - pernahkah sesiapa dari Lipat Kajang Temerloh Pahang sampai ke Lipat Kajang Jasin atau mengetahui apa-apa tentang Lipat Kajang Jasin dalam Negeri Melaka?
Terdapat industri kecil mengeluarkan produk berasaskan makanan diantaranya
NONIA ENTERPRISE (Bengkel)menghasilkan berbagai makanan sejuk beku di Lot PT2713 Kg Lipat Kajang 77000 Jasin Melaka, dan
Mariah Bt Mohamad (pemilik) pengusaha kerepek ubi masin dan pedas di Bengkelnya di No 52 Kg Lipat Kajang 77000 Jasin Melaka
Penduduk di Lipat Kajang Temerloh Pahang juga tentu sekali mampu dan berkeupayaan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan berasaskan hasil pertanian.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, May 27, 2010

sdr Jasnie Seman








saya tidak pernah bersua dengan sdr Jasnie Seman, anak Abang Teh Seman yang tinggal di Taman Guru Kuantan,
Teh Seman ialah anak arwah Tok Mukim Salleh, Lipat Kajang Baruh (dekkat Masjid LK) maka itu sdr Jasnie ialah anak LK juga, berkenalanlah dengan beliau.
saya seronok dapat berkenalan dan berhubung dengan beliau, sdr Jasnir, yang tinggal di JB katanya.

gambar-gambar ini saya yakin ialah sdr Jasnie yang diambil dari laman fb beliau, terima kasih
------------------------------------------
Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sdr Tahrin Salleh









sdr Tahrin Bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan nama Jabar berasal dari Kg Baruh Lipat Kajang (dekat Masjid LK) anak kepada arwah Tok Mukim Salleh
kawan rapat saya dan juga pupu (sebelah emak dia)
ada sesiapa yang tidak mengenali beliau?


-----------------------------------------
Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Abdullah Mohd Yunus















sdr Abdullah Mohd Yunus (berasal dari Londang Taling, Lipat Kajang?), suami kepada Norshaliza Kamalunshah, menantu Tan Kamalunshah, saya percaya memang waris juga, kalau ikut sebelah Tan Kama, dia pangkat anak sdr, tapi saya percaya melalui keluarga dia (Abdullah) sendiri memang ada kaitan keluarga juga, bagaimana susur galurnya ye?
ada sesiapa boleh jelaskan? saya difahamkan emak Abdullah baru saja kembali ke rahmatullah beberapa bulan lepas.

gambar-gambar diambil dari laman fb sdr Abdullah, tanpa izin, maaf ye, terima kasih
sungguh segak dalam uniform, wira negara
Liza (Norshaliza) terima kasih juga

---------------------------------------------
Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, May 21, 2010

Mazlan Yassin

Di petik dari Facebook Sdr Mazlan Yassin.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, April 23, 2010

Please confirm


Another photo I got from Facebook. Not sure but looks like Mak Teh Siti Hawa and family. Can anyone confirm please. Complement of Narimah Zahid.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, April 20, 2010

mantan Tok Penghulu Ghaffar

Terjumpa didalam Facebook Sdr Suhaimi Ghafar .....



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Friday, April 9, 2010

arwah Tok Penghulu Sidek



Terima kaseh kepada Sdr Zakaria Sidek kerana telah sudi menyediakan gambar2 bapa beliau. Memang sudah lama kita mencari gambar2 yang bersejarah saperti ini.

Kalau ada anak2 Lipat Kajang yang ingin memberi pandangan (yang bernafaat) tentang arwah Tok Penghulu Sidek yang kita sayangi dan hormati sila berbuat demikian dalam blog ini.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, April 4, 2010

Jabbar Sekeluarga

Dapat dari FB Jabbar....



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, March 31, 2010

Menjadi Insan-Insan Cemerlang

Anak-anak merupakan aset yang paling berharga kepada kedua-dua ibu bapa, merupakan penyeri atau perhiasan dalam sesebuah keluarga. Apatah lagi jika anak-anak berkenaan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sudah tentu kedua ibubapanya mendapat nikmat di dunia serta ganjaran pahala di akhirat yang begitu tinggi dan besar ertinya yang bakal diterima di akhirat kelak.

Anak-anak yang tidak mendengar kata nasihat ibubapa, degil ingkar, liar, melakukan dosa dan maksiat kepada Tuhan Yang Maha Esa, sudah pasti ianya akan menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Firman Allah s.w.t. :-
Maksudnya: “ Ketahuilah bahawa harta benda kami dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar ”.
(Surah al-Anfal ayat 28)

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka pilih atau sukai. Oleh itu, anak-anak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya hidupnya kelak sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Proses pendidikan anak-anak bermula di peringkat awal lagi, iaitu semasa masih dalam kandungan. Bermula dari sini proses pertumbuhan janin mengikut cara, amalan pemakanan dan doa si ibu bapa. Rasulullah s.a.w. amat menekankan kepada keutamaan memilih pasangan yang beragama daripada memilih lain-lain kriteria, dalam usaha mempastikan agar zuriat yang bakal dilahirkan nanti adalah anak-anak yang soleh.

Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda : Kahwini wanita kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakan isteri yang beragama pasti tidak akan rugi.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, adalah menjadi faktor utama bahawa ibu bapa yang melahirkan anak, hendaklah ibu yang beriman kepada Allah s.w.t. dalam erti kata lain, ibu yang taat menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Begitu juga halnya dengan soal pemakanan yang diambil oleh ibu-ibu yang mengandung. Mereka hendaklah makan makanan yang halal, bersih dan berzat kerana ianya boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran anak-anak samada dari aspek fizikalnya mahupun tabiat akhlaknya. Pengambilan makanan dari sumber-sumber yang tidak halal (haram), nescaya akan meninggalkan kesan yang negatif kepada anak-anak yang bakal dilahirkan: seperti kecacatan, kerencatan akal fikiran, dungu dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya : “ Tiap-tiap daging yang tumbuh dari sesuatu yang haram, maka neraka lebih layak untuknya “.

(Hadis riwayat Muslim)

Bagi membentuk anak-anak supaya menjadi insan cemerlang, kedua ibu bapa hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang, bagaimana mungkin ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu bapa adalah asas untuk anak-anak bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibubapa adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan oleh anak-anaknya. Oleh itu dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu jugalah sebaliknya. Doa yang baik perlu diamalkan ketika ibu mengandung lagi, bagi mendapat insan soleh. Antara doa-doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika ibu-
waktu sedang mengandung seperti:

Firman Allah swt:
Maksudnya : " Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa' dengan berkata : Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati malihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa".

( Surah al- Furqan : 74 )

Pendidikan Aqidah hendaklah disemai sejak kecil lagi selaras dengan tuntutan Islam supaya setiap anak yang baru dilahirkan hendaklah diazankan atau di iqamatkan. Apabila anak-anak mencapai umur mumayyiz hendaklah disuruh melaksanakan sembahyang dan lain-lain ibadat yang difardhukan ke atasnya. Ibubapa hendaklah sentiasa menggalakkan anak-anak berakhlak dengan akhlak yang mulia (mahmudah) dan melarang dari melakukan sifat-sifat cela (mazmumah)

Jika ibubapa atau penjaga telah dapat menyempurnakan amanah mendidik dengan sebaik-baiknya, nescaya anak-anak mereka akan menjadi anak yang soleh.

Antara tanda-tanda yang dapat dilihat sebagai anak yang soleh ialah:

1. Taat kepada Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w, dalam ertikata melaksanakan yang diperintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, serta tidak menyekutukan Allah, baik secara terang mahupun sembunyi.

2. Taat dan hormat kepada kedua ibubapa, dengan berbakti kepadanya, mengasihi dan mendoakan kebaikan kepada meraka semasa hidup apa lagi setelah mereka meninggal dunia.

3. Memiliki segala sifat-sifat mahmudah serta menjauhi segala sifat-sifat mazmumah. Antaranya seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, taubat, taqwa dan sebagainya. Manakala sifat-sifat mazmumah yang perlu dihindari seperti bohong, bakhil, kianat. hasad dengki, riak, takabbur, ujub dan lain-lain lagi.

Anak-anak adalah amanah Allah, maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak-anak kita kukuh pegangan akidahnya. Kerana apabila anak-anak kita kukuh akidahnya ia dapat menangkis sebarang bentuk ancaman dan tidak mudah terperangkap dengan gerakan ajaran menyeleweng dan menyalahi syariah serta aqidah.

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala) : neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat-Nya yang keras kasar (layanannya) meraka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan ”.

( Surah al-Tahrim ayat : 6 )


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Saturday, March 27, 2010

Suhaimi Ghaffar

Terjumpa gambar2 dari Suhaimi Ghaffar dalam Facebook. Di Sekolah Lipat Kajang kata beliau ....




Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, March 21, 2010

Jamuan JKKK Kg Masjid LK

Petikan dari blog keluarga:(buat makluman dan pengetahuan)

"Aturcara mudah,ucapan aluan pengerusi majlis,ucapan ringkas penghulu,doa Ust Saifuddin dan jamuan nasi beriani selepas itu boleh balik.Sengaja diatur begitu untuk cepat segera.Program dalaman untuk ahli masyarakat.

Malam 06-03-2010 saya pengerusi majlis bersahaja.Saya diminta begitu.Bukan hendak meleret-leret dengan ucapan.Biasanya utamakan perpaduan dan pendidikan anak-anak dalam apa jua keadaan.itulah saranan yang tidak pernah lupa disebut pemimpin dimana-mana program.
Lipat Kajang dikenali sebagai masyarakat yang pentingkan perpaduan dan kasih sayang.Biar ini kita kekalkan sebagai warisan unik untuk generasi akan datang.

TAHNIAH SEMUA WARGA LIPAT KAJANG & JKKK KG MASJID"






Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, March 14, 2010

Tok Pendekar Awang LK

Tok Pendekar (dan Pawang) Awang, allahyarham, yang tinggal di seberang Sg Pahang bersetentang dengan Masjid Lipat Kajang ialah seorang panglima/pendekar dan juga tok pawang yang tersohor di Kg Lipat Kajang.

Ini ialah sekeping gambar allahyarham yang telah diperoleh dan dipaparkan disini, walau pun kualitinya tidak berapa baik, tapi diharap sesiapa jua anak-anak atau cucu-cucu arwah Pendekar Awang dapat meminjamkan gambar-gambar lain sekiranya ada untuk kita muatnaik bagi tatapan warga LK khasnya dan juga tatapan umum.





Terima kasih kepada sdr Tahrin Salleh


Standing in the middle is Hasmah Bt Razak, on the right is Sahara bt Hanifah, while standing in between Panglima Pawang Hitam and his wife ( can't remember her name ) is Mutalib B Hanifah.
They are the grand children of Tok Panglima Pawang Hitam. This photo was probably taken in early 1960's.



Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)