Friday, April 3, 2009

M’sia’s 6th Prime Minister / Perdana Menteri Ke 6 M’sia





Malaysia’s 6th Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak shaking hands with ex Prime Minister, Tun Abdullah Ahmad Badawi (right) after he was sworn in as Malaysia’s 6th Prime Minister at the Istana Negara (National Palace) in Kuala Lumpur by His Majesty The King this morning, Friday 3rd April 2009.
Najib took over as the PM from Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi who stepped down after leading the country for over five years.
Najib 55, took his oath of office before the Yang Di Pertuan Agong (the King) Tuanku Mizan Zainal Abidin at the Istana Negara.
Dressed in a black baju Melayu complete with sampin, Najib arrived at the palace, accompanied by his wife, Datin Seri Rosmah Mansor. Together they entered the Balairong Seri at 10am, followed by Abdullah and his wife, Datin Seri Jeanne Abdullah.
total of 319 guests, including former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, attended the historic event.
The ceremony, steeped in tradition, began when Tuanku Mizan and Raja Permaisuri Agong (the Queen) Tuanku Zahirah entered the throne room at 10.05am and the national anthem was played by the Malaysian Armed Forces band.
After taking his oaths of office, loyalty and confidentiality, Najib signed the four instruments of appointment, followed by the reading of the doa selamat (prayers).
The instruments of appointment were then signed by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff as witness and handed over to Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
At the same ceremony, Abdullah was conferred the nation’s highest award, the Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), while Jeanne received the Seri Setia Mahkota (SSM) by Tuanku Mizan. Both awards carry the title Tun.
The handing over of the Prime Minister’s duties from Abdullah to Najib took place about 4.50pm at the fifth floor of the Prime Minister’s Office in Putrajaya.

At the ceremony, Abdullah handed to Najib the Prime Minister’s blue desk file to signify the official handing over of duties and responsibilities.
Najib was born in Kuala Lipis, Pahang, on July 23, 1953, and is the eldest son of the late Tun Abdul Razak Hussein, the nation’s second prime minister, and Tun Rahah Mohd Noah.
His appointment is most significant in the country’s history in that this is the first time that a prime minister’s son is holding the post.
His leadership capability began to surface when he was elected Pekan Umno division Youth head in 1976 and he went on to become the country’s youngest Member of Parliament at the age of 22 when he won the Pekan seat unopposed in a by-election following his father’s death.
He then went from strength-to-strength in politics and Government to reach the pinnacle as Umno President and Malaysia’s Prime Minister.
________________________________________
Time line of Najib's swearing in as PM on Friday
Handover of duties of PM

04.50pm: Abdullah officially hands over his duties as PM to Najib.
04.10pm: Najib and his wife Rosmah arrive at Prime Minister’s Office in Putrajaya for the handing over of duties as PM ceremony from Abdullah to him.
03.55pm: Abdullah and his wife Jeanne arrive at Prime Minister’s Office in Putrajaya for the handing over of duties as PM ceremony from him to Najib.
Swearing in ceremony
10.27am: Swearing in ceremony of Najib as PM ends.
10.25am: Abdullah’s wife Jeanne conferred the Darjah Seri Setia Mahkota Negara, which also carries the title Tun.
10.23am: Abdullah conferred the nation's highest award, Darjah Seri Maharaja Mangku Negara, which carries the title Tun.
10.10am: Datuk Seri Najib Tun Razak sworn in as Prime Minister before the Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at Istana Negara.
The swearing in ceremony is also witnessed by the two previous Prime Ministers, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, and Tun Dr Mahathir Mohamad.
09.55am: King arrives for swearing in ceremony.
09.45am: Abdullah and Najib arrive at Istana Negara.
09.30am: Ministers and officials gather at Istana Negara. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad also arrives at the Palace.
"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi."

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

--------------------------------------------

PERDANA MENTERI KEENAM..Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri di Istana Negara.

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang ini.

Majlis tersebut akan berlangsung pada pukul 4 petang ini.

Najib Perdana Menteri keenam

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib,55, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10:12 pagi tadi.

Upacara yang penuh adat istiadat itu berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi."

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua.

Najib menyertai politik secara aktif selepas Razak meninggal dunia.

Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Oktober 2003.

Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpah yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.

Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam hari Jumaat.

Kenali lah Perdana Malaysia yang baru, PM yang Ke 6


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Al Quran, Surah An Nisa’ (4)
    ayat 58
    ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.

    ReplyDelete