Showing posts with label agamawan. Show all posts
Showing posts with label agamawan. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

Mengapa Lipat Kajang tidak melahirkan agamawan.

(Lipat Kajang has not produced really famous Muslim scholars/teachers since the demise of the late Hj Ahmad Hurairah many many years ago)

Agamawan ada lah perkataan baru bagi saya, saya baru mendengarnya beberapa hari dahulu. Perkataan ulamak telah banyak saya dengar. Ustaz memang sering kali. Tok Lebai memang ada jugak tapi kebanyakan nya di kampong2.

Lipat Kajang tidak ada pun menlahirkan agamamwan (setahu saya) yang masyhur mahu pun terkenal selepas kembali nya ke rahmatullah Yg Bhg Tuan Hj Ahmad Hurairah. Megapakah perkara saperti ini berlaku?

Saya tidak dapat menulis atau memberi pandangan mengapa, fikiran saya buntu kerana saya berasa dukacita diatas ketiadaan nya agamawan yang masyhur mahu pun terkenal dari Lipat Kajang. Dari kampong2 lain (berhampiran atau jauh sedikit) mungkin jugak tiada yang masyhur atau betul2 terkenal tetapi mereka ada melahirkan/mengeluarkan agamawan yang kadang kala saya temui di merata tempat di Negeri Pahang atau pun di luar Negeri Pahang.

Kalaulah ada pembaca blog ini dari Lipat Kajang atau pun dari luar Lipat Kajang yang dapat memberi sebab2 yang bernas, yang boleh menjadikan satu topic untuk di bincangkan atau pun memberi syor2 yang bernas tentang macam mana sebuah kampong Melayu yang penduduknya 100% berugama Islam tidak dapat /melahirkan/mengeluarkan agamawan yang boleh di pandang/sanjung tinggi oleh masyarakat, di Kampong Lipat Kajang, atau di Daerah Temerloh atau di Negeri Pahang atau pun di Malaysia amnya.


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)