Wednesday, June 8, 2011

Silaturrahim LK

Assalamu'alaikum
Diantara sesama warga-warga Lipat Kajang kesemuanya memang kuat silaturrahim, tidak kira duduk diceruk mana pun memang ada kait mengait kena mengena hubungan kekeluargaan diantara satu sama lain, sudah tertanam semangat kesatuan sejak dari putera pertama dari seberang menjejakkan kaki ke bumi LK dahulu lagi (berberapa kurun dahulu)
...ibarat carik-carik bulu ayam tidak lama bercantum kembali...jika terjadi sesuatu keributan (persengketaan atau perbalahan) kecil dikalangan warga suasana akan pulih menjadi harmoni kembali dalam sekelip mata...
Kini Syawal akan menjelang tak lama lagi diikuti dengan Ramadan tahun 1432Hijrah, dan seperti kelaziman di tahun-tahun silam, keriuhan dan kesepakatan akan pasti dapat disaksikan semula di hari Aidilfitri ke2 nanti, akan tetapi apakah warga LK khususnya pihak kepimpinan mukim/kampong tidak ingin untuk mengambil kesempatan dari keramaian pada hari tersebut supaya silaturrahim dikalangan semua warga akan menjadi lebih erat...yang terpisah diketemukan, yang renggang dirapatkan, yang rapat dieratkan...kukuhkan pemuafakatan...itu barangkali yang diharapkan oleh datuk nenek moyang ibu bapa ahli-ahli keluarga yang sudah pergi terlebih dahulu (yang kita ziarahi setiap tahun) agar waris-waris akan terus bersatu padu berkerjasama dan berusahasama...(sekadar renungan)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

4 comments:

  1. duduk, yang dikenali cuma arwah makngah timah isteri arwah pakngah malek (berdiri dibelakang, yang lainnya mungkin emak kepada mat enzan (berseluar pendek berdiri di kiri sekali), dan lain-lain emak/ibu saya tak kenal....disebelah kanan ialah zali (bersongkok) dan bedul zaaba (yang mengintai dibelakang arwah mat jaeh, berdiri), disebelah mat jaeh ialah abg kamaluddin, disebelah kanan dia ialah arwah pakngah malek, dan 2 org ayah-ayah yang lain tu saya tak kenal, berdiri dibelakang kiri sekali ialah abg md makhtar (anak arwah tokmukim salleh) disebelah dia ialah ayah mat enzan (husin ke nama dia? saya dah lupa)...siapa yang betul-betul mengenali kesemua mereka silalah namakan kesemua mereka...

    ReplyDelete
  2. ye betul, berdiri dibelakang kiri sekali ialah abg md makhtar dimana nama sebenar beliau adalah Hj Ahmad bin Hj Salleh ( arwah tokmukim Salleh ). Hj Ahmad kini berada di Kerdau setelah pencen. Beliau sekarang sudah bedridden selepas kena stroke. Ada kelapangan boleh lah melawat beliau.

    ReplyDelete