Friday, July 10, 2009

Hjh Norlia Terima Menantu

Kepada anak Kg Lipat Kajang dan ahli keluarga kita semua, Hjh Norlia Bte Osman (adik kepada Hj Marzuki @ Abang Nong Zuki) yang sudah lama tinggal di perantauan,

diucapkan tahniah kerana menerima menantu (yang pertama) khabarnya.

Saya amat gembira kerana setelah begitu lama tidak bersua muka dengan beliau, saya telah menerima jemputan dari Norlia ke majlis (makan tengah hari) perkahwinan anak beliau pada hari esok Sabtu 11 Julai 2009 (18 Rejab 1430H) dan saya amat terharu kerana Norlia tidak pernah lupakan kaum kerabat/saudara mara, walau pun dah lama tak berjumpa. Terima kasih atas jemputan melalui perbualan telefon yang sangat mesra, dan juga kad jemputan yang sangat istimewa.

Tahniah juga kepada suami beliau, Hj Abdul Karim Abd Samad kerana memerima menantu (lelaki) pertama, dan terima kasih diatas jemputan.

Kepada Siti Aishah dan Haizam, Selamat Pengantin Baru.

kas mahmood @ hbs

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

2 comments:

  1. Tahniah Norlia (& Suami) kerana menerima menantu. Maaf, saya tak dapat hadhir kerana pada hari itu saya terkena migraine. Saya dengar majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. dua orang yang saya cari khusus dan tunggu lama di majlis itu, nak jumpa sangat kerana dah lama tak jumpa - Abang Teh Sulaiman (dan isteri) dan Abang Yunus (dan isteri) tapi dah lama tunggu tak juga nampak, Norlia pun kata belum nampak kedua-duanya, dan saya pun kena tinggalkan majlis itu agak awal (tak sempat tengok pengantin) kerana ada majlis kahwin yang lain perlu dihadiri juga

    namun berkesempatan juga berjumpa dengan ramai sdr mara dan kerabat kita, termasuk yang datang jauh dari Kg LK

    ReplyDelete