Disassociation from this World
From Abu Umaamah Iyaas ibn Tha’labah who said: The Companions of Allah’s Messenger pbuh mentioned this world one day in his presence, so Allah’s Messenger pbuh said: Will you not listen, will you not listen !
Wearing old clothes is part of iman, wearing old clothes is part of iman.
(Hadis reported by Abu Daud, hadis hassan)
Zuhud (abstemiousness) is to have little regard for this world, to manifest one’s poverty and need before Allah, to treat the servants of Allah kindly and gently, to avoid spending lavishly upon clothing, food and drink, and to avoid fame.
Zuhud is not the rejection of the favours which Allah, the One free and far removed from all defects, bestows upon some of His servants, rather it is as Ibn Taimiyyah rahimahullah said: Keep away from that which does not bring benefit, either because it contains no benefit at all, or because something other than it is more beneficial, so that by doing the first he would be missing greater benefit, or because it will produce something whose harm will grow to outweigh its benefit. But as regards things which are purely beneficial or predominantly, then avoidance of them is stupidity. Therefore there is to be no abstemiousness with regard to Good Actions.
Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)
Saturday, September 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zuhud ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.
ReplyDeleteZuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.
Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.
Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).
( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )
Erti Zuhud ialah tidak ingin kepada sesuatu dengan meninggalkannya. Menurut istilah, Zuhud ialah berpaling dan meninggalkan sesuatu yang disayangi yang bersifat material atau kemewahan duniawi dengan mengharap dan menginginkan sesuatu wujud yang lebih baik dan bersifat spiritual atau kebahagiaan akhirat.
ReplyDeleteAda 3 tingkatan Zuhud iaitu:
1. Tingkat Mubtadi’ (tingkat pemula) iaitu orang yang tidak memiliki sesuatu dan hatinya pun tidak ingin memilikinya.
2. Tingkat Mutahaqqiq iaitu orang yang bersikap tidak mahu mengambil keuntungan pribadi dari harta benda duniawi kerana ia tahu dunia ini tidak mendatangkan keuntungan baginya.
3. Tingkat Alim Muyaqqin iaitu orang yang tidak lagi memandang dunia ini mempunyai nilai, kerana dunia hanya melalaikan orang dari mengingat Allah. (menurut Abu Nasr As Sarraj At Tusi)
Menurut Imam Al Ghazali, membahagi Zuhud juga dalam tiga tingkatan iaitu:
1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik dari padanya
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharap sesuatu yang bersifat keakhiratan (ukhrawi)
3. Meninggalkan segala sesuatu selain Allah kerana terlalu mencintai-Nya
Dalam keterangan di atas dapat disimpulkan pandangan bahawa harta benda adalah sesuatu yang harus dihindari kerana dianggap dapat memalingkan hati, dari mengingat tujuan perjalanan sufi iaitu Allah. Namun ada yang berpendapat bahwa Zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta benda dan tidak suka menikmati nikmat duniawi, tetapi sebenarnya adalah keadaan mental yang tidak mahu terpengaruh oleh harta dan kesenangan duniawi dalam mengabdikan diri kepada Allah
Wallah hu a'lam
Assm,
ReplyDeletePerbincangan diatas agak sempit bidangnya. Adalah bukan salah untuk memiliki harta tapi bagaimana harta itu di gayakan adalah yg lebih utama.
Sebagai khalifah di dunia, harta adalah kekuatan bagi umat & negara Islam. Kebaikan kpd umah adalah lebih penting dari kebaikan pd diri. Rujuk Fiqh Auliyat, Yusof Qardawi