Sunday, September 12, 2010

Eid Mubarrak, Selamat Hari Raya Aidilfitri




Hari ini sudah masuk hari ke3 Aidilfitri 1431H, suasana perayaan Aidilfitri masih menyemarakkan dengan saudara mara kaum keluarga sahabat handai rakan taulan masih kunjung mengunjung ziarah menziarahi dengan perasaan riang gembira dan semangat silaturrahim. Diatas meja makan mungkin sudah kurang hidangan-hidangan istimew Hari Raya seperti ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, dan sebagainya, tetapi tetamu yang berkunjung dijamukan pula dengan hidangan makan tengah hari (lunch) atau makan malam (dinner) dengan masakan-masakan yang "special" lauk pauk yang yang beranika jenis, ditambah pula dengan satay, atau hidangan-hidangan sampingan sehinggan para tetamu dapat makan sekenyang-kenyangnya.
Pada hari pertama Aidilfitri seperti biasalah tiap-tiap tahun setiap Muslim akan menunaikan solat sunat Aidilfitri 2 rakaat diikuti dengan mendengar hujjah yang diberikan oleh khatib dalam khutbah Aidilfitrinya...kemudian akan saling maaf bermaafan diantara sekelian ahli-ahli keluarga secara tradisionalnya setelah balik ke rumah, dengan ibu dan bapa saling bermaafan diikuti pula kedua-duanya menerima permohonan kemaafan dari setiap anak cucu sehingga selesai kesemuanya mengadap, kadangkala sampai menitiskan air mata...sebak keinsafan dan/atau kegembiraan. Lalu seterusnya kesemua ahli keluarga duduk di meja makan mengadap juadah-juadah khas Hari Raya dan makan bersama-sama, ada juga yang langsung terus pergi ke rumah keluarga ahli-ahli keluarga yang lebih lebih tua untuk memohon maaf dan mekan bersama-sama disana...demikianlah imbasan apa yang berlaku di pagi Harfi Raya pertama, kebetulan pula pada tahun ini Hari Raya pertama jatuh pada hari Jumaat, maka kesemua Muslim berduyun-durun pula ke mesjid untuk menunaikan solat Jumaat yang wajib, dan mendengan khutbah lagi sekali, kali ini khutbah Jumaat.
Pada hari semalam, Sabtu Hari Raya ke2 majoriti ummah telah pergi ke perkuburan menziarah pusara ahli-ahli keluarga yang telah terlebih dahulu pergi kembali kepada Tuhan Yang telah Menjadikannya (ibu, bapa, datuk nenek moyang, kerabat) dan bertahlil serta memberikan doa kesejahteraan buat roh-roh mereka di sana.
Pada hari ini, Hari Raya ke3 apa pula program masing-masing dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan rasa penoh kesyukuran dan kegembiraan, dengan semua ahli keluarga masih lagi berada di rumah bersama ibu bapa setelah pulang dari perantauan jauh dan dekat...?
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah Maaf Zahir & Batin


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

No comments:

Post a Comment