
Alumni SK Lipat Kajang telah pun didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan wujud/bergerak secara sah dengan tujuan dan matlamat yang khusus sepertimana digariskan dalam Undang-Undang Tubuhnya.
Semua anak-anak Lipat Kajang di perantauan dan juga yang tinggal menetap didalam Mukim Lipat Kajang dijemput dengan hormatnya hadir beramai-ramai memeriahkan Majlis "Ramah Mesra & Silaturrahim Alumni SKLK Dengan Penduduk Mukim" dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Alumni SKLK kali pertama yang akan diadakan pada hari Ahad 6/5/2012 bermula awal pagi bertempat di SK Lipat Kajang.