Monday, July 25, 2011

Menyambut Ramadhan bersama calun2 UPSR







































persatuan bekas murid/guru/pekerja sekolah kebangsaan lipat kajang (SKLK) > Alumni SKLK > telah menganjurkan majlis Menyambut Ramadhan bersama warga LK dan calun2 peperiksaan UPSR (dari SKLK) di masjid Kg LK pada 23/7/2011 hari Sabtu malam Ahad lalu, dengan kerjasama JK Masjid, GB SKLK dan pimpinan kampong. Hadir sama pada majlis tersebut ialah TokPenghulu LK. Solat hajat telah diadakan memohon kejayaan buat semua calun UPSR diikutu dgn ceramah mnyambut Ramadhan yang diberikan oleh seorang Ustaz yang bertauliah yg mengajar disebuah sekolah dalam daerah Temerloh.
Program ini telah diusahakan secara berkerjasama oleh Alumni SKLK melalui Biro Agama & Ukhuwah diketuai oleh Usaz Saipuddin yang juga Imam masjid LK, anak kepada arwah Abang Puda (Hj Abdullah) dan Wek Seripah, dan beberapa orang AJK lain juga terlibat - Setiausaha, Bendahari, dan lain-lainnya, dan juga PIBG serta pihak Guru Besar SKLK.
Seramai kira-kira 100 wrga dan anak-anak telah hadir walau pun dijangka l/k 150 orang dapat hadir. Ramai yang tidak dapat hadir keranq pada petang itu hujan lebat disertai dengan ribut petir dan kilat telah melanda Kg Lipat Kajang serta kawasan sekitar.
Seramai 12 orang murid SKLK akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan diharapkan kesemua mereka akan mendapat kejayaan cemerlang (5A) insya'Allah, sama-sama kita doakan...dengan izinNya jua.
Sebagai program pertama Alumni SKLK semenjak ditubuhkan pada 26/2/2011 lalu, manlis tersebut bolehlah dikatan berjaya mencapai tujuan dan matlamat, terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan individu yang telah berusaha menjayakan termasuk juga katerer (caterer) iaitu Puan Zakiah Salleh (anak arwah Aicik/PakNgah Salleh Bukit Bangkong)
Kita berharap akan lebih banyak lagi program dapat diadakan/dijalankan oleh Alumni SKLK bagi faedah/manfaat murid/warga SKLK dan masyarakat setempat, insya'Allah




















Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, July 11, 2011

Kempen Mendaftar Ahli-Ahli Alumni SKLK


> Kempen Mendaftar Ahli-Ahli Alumni SKLK sila gunakan borang-borang yg boleh didapati dari semua AJK Alumni SKLK atau dari Cikgu Norhayati di SK Lipat Kajang lengkapkan dan serah kpd Bendahari sertakan wang yuran keahlian...AJK terutamanya dan semua ahli-ahli terdiri dari bekas guru/murid/pekerja SKLK diminta menjayakan Kempen ini, hrp dpt print banyak2 borang yang diperlukan dan edarkan, ramai didaftar bertambahlah dana Alumni boleh dijalankan program dan aktiviti yang dirancang untuk faedah/manfaat murid SKLK dan warga kampong serta ahli-ahli Alumni, ILMU AMAL JAYA ialah motto kita (Alumni SKLK)

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)