Thursday, August 6, 2009

Bahasa BUGIS

Kalau menurut sepertimana yang telah dilisankan mengenai salahsilah turun temurun keluarga (family lineage) di Kg LK, saya adalah diantara ramai anak-anak Kg Lipat Kajang berketurunan Bugis, berdarah Bugis, bagi saya masih 100% Bugis tapi tak tahu cakap Bugis, tak tahu nak bertutur dalam Bahasa Bugis,
maka saya sedang berusaha untuk mengenali Bahasa Bugis dan berikhtiar untuk mempelajari Bahasa Bugis, insya'Allah

jika ada kerabat anak-anak Kg LK yang pakar dalam bidang BAHASA yang telah ada mempunyai pengetahuan tentang Bahasa Bugis, dapatlah kiranya dikongsikan dengan semua warga Kg LK yang berminat,
saya cuma berusaha secara amatur demi menambah pengetahuan, saya bukan pakar bahasa

BAHASA BUGIS
Pengenalan

Menurut Darwis Harahap (1992), bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (Alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.
Melalui sejarah, penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah. Salah satu etnik daripada rumpun Melayu adalah etnik Bugis yang cukup terkenal dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar.
Orang Bugis juga merupakan penganut agama Hindu sebelum kedatangan agama Islam di Alam Melayu.
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
Untuk mengkaji bahasa Bugis dengan lebih terperinci, pengkaji telah membuat kajian terhadap En. Hussien bin Daud iaitu seorang penghulu di Kampung Belokok, Pontian, Johor dimana hampir semua penduduknya berbangsa Bugis dan bertutur dalam bahasa Bugis.

Konsep Bugis
Menurut Chambers dan Trudgill (1980), bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling berkaitan antara satu sama lain. Bahasa Bugis juga dikenali sebagai bahasa Bugis, Basa Ugi atau Ugi. Bahasa ini adalah bahasa yang digunakan etnik Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia dan dijadikan bahasa rasmi di sana. Menurut Wikipedia Indonesia. Bahasa ini tersebar meluas di sekitar Sulawesi Selatan dan sekitarnya iaitu Maros, Pangkep, Barru, Pinrang, Enrekang, Majene, Luwu, Bone, Sinjai, Bulukumba, dan Bantaeng. Penuturnya berjumlah 4 juta orang yang kebanyakannya terdapat di Sulawesi Selatan dan Malaysia iaitu di Selatan Negeri Johor. Menurut Dr Ir Rhiza S. Sadjad (2005), pensyarah falsafah Unversitas (universiti) Hasanuddin Makassar di Indonesia dalam program pascasarjana menyatakan bahawa bahasa Bugis bukan ciptaan atau buatan orang Bugis. Bahasa Bugis sebenarnya berasal dari rumpun Austronesia iaitu Melayu-Polinesia Barat. Masyarakat Bugis memiliki penulisan tradisional memakai aksara Lontara.

Lontara ialah aksara asli yang digunakan oleh masyarakat Bugis-Makassar. Aksara asli ini bukan asimilasi atau belum lagi menerima pengaruh budaya dan unsur luar, termasuk India iaitu bahasa Sanskrit dan Islam iaitu tulisan Jawi. Menurut budayawan Prof Mattulada (alm) bentuk aksara lontara berasal dari "sulapa eppa wala suji". Wala suji berasal dari kata wala = pemisah/pagar/penjaga dan suji = putri. Wala Suji adalah sejenis pagar bambu dalam acara ritual yang berbentuk belah ketupat. Sulapa eppa (empat sisi) adalah bentuk mistis kepercayaan Bugis-Makassar klasik yang menyimbolkan susunan semesta, api-air-angin-tanah.

Newton (1972), menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah keatas satu bahasa yang asalnya seragam. Tambahnya, faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa adalah faktor geografi dan waktu. Menurut Gorys Keraf (1984:37), perubahan bunyi fonem terjadi secara teratur. Keteraturan perubahan ini memberi kemungkinan kepada pengkaji untuk menemukan korespondensi fonemis antara kerabat-kerabat bahasanya. Kekerabatan pada kelompok bahasa Austronesia dapat dilihat daripada kesamaan dari segi pembentukan kata-kata contohnya :

Jadual 1: Menunjukkan contoh persamaan etimologi bahasa rumpun Nusantara.

Glos Tebu Kutu Beras Pandan
Melayu Tabu Kutu Bərəs Pandan
Batak Tobu Hutu Boras Pandan
Acheh Təbu Utu Bərə Padaŋ
Bugis Təbu Gute Bərőh Pandan

...akan disambung


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

2 comments:

  1. Salamalaikum. Kalau nak belajar b.bugis mula-mula cubalah pi kat Benut atau Serkat/Kukup(Pontian)duduk di homestay orang bugis. Lepas tu kalau dapat teman pergilah melawat negeri Bugis di sulawesi selatan pilih kelobok orang bugis, spt Bone, Sengkang atau Soppeg. Makassar tu agak kosmopolitan. Bgkali tuan dah tahu ni...Tabek.

    ReplyDelete
  2. salama.bangsa bugis adalah satu-satunya bangsa yang tidak pernah menganut agama hindu di nusantara.Tidak terdapat candi di sulsel.harap maklum

    ReplyDelete