Monday, March 16, 2009

Islam di Lipat Kajang (Islam in Lipat Kajang)

( In Lipat Kajang, where the majority, almost 100%, of the population are Muslims (Malays), it is important that the guidance in Islam must be adequate and strong enough to meet the challenges of the present era, both politically as well as socially. My views are just my private views without leaning on any side).

Dimana kah kita di Lipat Kajang sekarang dalam Islam. Adakah kita lebih maju atau pun lebih mundor? Saya tidak dapat menjawab semuanya ini kerana saya tidak lagi tinggal di Lipat Kajang. Hanya penduduk-penduduk yang bemastautin di Kampong Lipat Kajang yang boleh menjawabnya.

Yang saya ingin menulis disini tentang Islam yang saya temui di masa saya kecil-kecil lagi dulu di Kampong Lipat Kajang. Di zaman saya kecil-kecil dulu, Islam adalah kukuh, setakat yang saya faham dahulu dan sekarang. Yang membuat nya kukoh pada masa itu adalah kerana kehadziran Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Ahmad Hurairah. Beliau satu satu nya Ulamak yang di segani di Daerah Temerloh, malah di seluruh Negeri Pahang. Beliau pada masanya adalah seorang pakar rujuk tentang hal-hal Ugama Islam, bukan sahaja di Kampong Lipat Kajang tetapi juga bagi orang-orang luar. Pada mula beliau balek ke Kampong Lipat Kajang pada sebelum Perang Dunia Kedua beliau telah membuka satu kompleks ‘pondok’ di kampong. Kompleks ‘pondok’ itu tidak ada lagi sekaranag. Beliau juga seorang yang di sengani di Kampong Lipat Kajang, dan oleh kerana beliau lah, pada pendapat saya, satu-satu sebabnya Kampong Lipat Kajang di segani oleh orang-orang luar, malah juga musuh-musuh dari luar. Hidup beliau di masa dharurat pada akhir tahun-tahun 40han dan awal 50han, tetapi beliau serta mesyarakat di kampong Lipat Kajang telah menjalani kehidupan yang aman dan damai. Daripada ketokohan beliau lah maka menjadikan keturunan beliau di segani pulak oleh semua masyarakat kampong sehingga kehari ini.

Ramai jugak orang-orang Lipat Kajang yang telah berjaya menunaikan Fardhu Haji ke Mekah, (mungkin jugak dengan bimbingan dan galakan oleh Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Ahmad Hurairah) sungguh pun keadaan pada masa itu tidak begitu selesa dan pejalanan ke Mekah agak mencabarkan, tidak saperti yang terdapat pada masa sekarang. Yang Haji terpelajar menjadi lah mereka sebagai contoh di kampong, tetapi ada jugak yang Haji (dan Hajjah?) yang kurang arif dengan peruntukan dalam Islam, saperti tidak menutup aurat dan sebagainya. Ada Haji yang pakai seroban tetapi maseh berseluar pendek dan ada Hajjah yang menutup kepala tapi tingal jambul. Itu lah keadaan masyarakat kampong pada masa itu, dan semua ini telah diterima dengan hati yang terbuka oleh mereka di kampong. Adalah menjadi amalan mesyarakat kampong pada masa itu apabila seseorang itu bergelar ‘Haji’, beliau mesti memakai seroban kehulu kehilir.

Pada masa itu Ustaz adalah perkara yang baru, dan seingat saya Yg Bhg Ustaz Fadzil Hassan adalah Ustaz yang pertama mengajar Ugama di Sekolah Melayu Lipat Kajang. Pada masa itu, kelas pelajaran sekolah telah di adakan pada sebelah pagi, dan kelas ugama adalah pada sebelah petang nya. Ramai diantara kami yang kecil-kecil dan yang jahil ugama pada masa itu telah mengikuti kelas-kelas ugama itu, di mana kami telah di beri pengenalan dalam hal-hal Fiqah, Tauhid dan Tasauf . Kemudian barulah di ikuti oleh Ustaz-Ustaz yang lain selepas Yg Bhg Ustaz Fadzil Hassan berpindah dari Kampong Lipat Kajang.

Saya perhatikan pada masa itu ada jugak terdapat sedikit unsur-unsur ajaran sesat, ada Ustaz yang timbul tengelam di kampong mengajar perkara- perkara yang di sangsikan jika di rujuk dan dibandingkan dengan ajaran Ugama Islam yang terdapat di hari ini. Saya tidak ingin menyebut nama tapi saya sedar perkara- perkara itu memang telah berlaku. Dan ada pulak yang mencuba berdebat dengan Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Ahmad Huriarah. Tapi Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Ahmad lebih cerdek dan tidak mahu diheret ke dalam berdebat saperti itu.

Malah selepas pemergian Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Ahmad Hurairah, anak beliau Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Hassan telah mengambil alih tampuk kepimpinan ugama Islam di Kampong Lipat Kajang. Sungguh pun Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Hassan di beri kerhormatan oleh mesyarak kampong tetapi beliau tidak boleh menandingi ketokohan ayahnda belaiu dalam segi itu. Beliau seorang peniaga dan kepimpinan ugama oleh beliau adalah terhad.

Salepas meninggalnya Yg Bhg (Arwah) Tuan Hj Hassan, saya telah hilang maklumat serta panduan tentang kepimpinan Ugama Islam di Kampong Lipat Kajang.

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

No comments:

Post a Comment