Thursday, March 22, 2012

Persatuan Alumni SK Lipat Kajang Temerloh Pahang

Persatuan Alumni SK Lipat Kajang Temerloh Pahang telah ditubuhkan pada 26/2/2011 di Sekolah Kebangsaan (SK) Lipat Kajang, Temerloh, nama ringkasnya ialah Alumni SK Lipat Kajang.

Alumni SK Lipat Kajang telah pun didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan wujud/bergerak secara sah dengan tujuan dan matlamat yang khusus sepertimana digariskan dalam Undang-Undang Tubuhnya.

Semua anak-anak Lipat Kajang di perantauan dan juga yang tinggal menetap didalam Mukim Lipat Kajang dijemput dengan hormatnya hadir beramai-ramai memeriahkan Majlis "Ramah Mesra & Silaturrahim Alumni SKLK Dengan Penduduk Mukim" dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Alumni SKLK kali pertama yang akan diadakan pada hari Ahad 6/5/2012 bermula awal pagi bertempat di SK Lipat Kajang.








Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Sunday, September 11, 2011

Eidulfitri 1432H (2011) di Kg Lipat Kajang Temerloh




































































































































































































































































































































































































































































































Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 1432H, MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua kaum kerabat dan wariswaris di Kg Lipat Kajang dan dimana juga berada, "Minal Aidin Wal Faizin"

pada hari raya kedua, rabu 31 ogos sebaik saja selesai tahlil di perkuburan Lipat Kajang kita akan adakan jamuan silaturrahim satu Mukim Mukim Lipat Kajang betrempat di perkarangan Pej Penerangan Kg Masjid LK berhadapan dengan tanah perkuburan, bertujuan mengeratkan perpaduan dan mengukuhkan silaturrahim dikalangan penduduk penduduk...

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, July 25, 2011

Menyambut Ramadhan bersama calun2 UPSR







































persatuan bekas murid/guru/pekerja sekolah kebangsaan lipat kajang (SKLK) > Alumni SKLK > telah menganjurkan majlis Menyambut Ramadhan bersama warga LK dan calun2 peperiksaan UPSR (dari SKLK) di masjid Kg LK pada 23/7/2011 hari Sabtu malam Ahad lalu, dengan kerjasama JK Masjid, GB SKLK dan pimpinan kampong. Hadir sama pada majlis tersebut ialah TokPenghulu LK. Solat hajat telah diadakan memohon kejayaan buat semua calun UPSR diikutu dgn ceramah mnyambut Ramadhan yang diberikan oleh seorang Ustaz yang bertauliah yg mengajar disebuah sekolah dalam daerah Temerloh.
Program ini telah diusahakan secara berkerjasama oleh Alumni SKLK melalui Biro Agama & Ukhuwah diketuai oleh Usaz Saipuddin yang juga Imam masjid LK, anak kepada arwah Abang Puda (Hj Abdullah) dan Wek Seripah, dan beberapa orang AJK lain juga terlibat - Setiausaha, Bendahari, dan lain-lainnya, dan juga PIBG serta pihak Guru Besar SKLK.
Seramai kira-kira 100 wrga dan anak-anak telah hadir walau pun dijangka l/k 150 orang dapat hadir. Ramai yang tidak dapat hadir keranq pada petang itu hujan lebat disertai dengan ribut petir dan kilat telah melanda Kg Lipat Kajang serta kawasan sekitar.
Seramai 12 orang murid SKLK akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan diharapkan kesemua mereka akan mendapat kejayaan cemerlang (5A) insya'Allah, sama-sama kita doakan...dengan izinNya jua.
Sebagai program pertama Alumni SKLK semenjak ditubuhkan pada 26/2/2011 lalu, manlis tersebut bolehlah dikatan berjaya mencapai tujuan dan matlamat, terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan individu yang telah berusaha menjayakan termasuk juga katerer (caterer) iaitu Puan Zakiah Salleh (anak arwah Aicik/PakNgah Salleh Bukit Bangkong)
Kita berharap akan lebih banyak lagi program dapat diadakan/dijalankan oleh Alumni SKLK bagi faedah/manfaat murid/warga SKLK dan masyarakat setempat, insya'Allah




















Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Monday, July 11, 2011

Kempen Mendaftar Ahli-Ahli Alumni SKLK


> Kempen Mendaftar Ahli-Ahli Alumni SKLK sila gunakan borang-borang yg boleh didapati dari semua AJK Alumni SKLK atau dari Cikgu Norhayati di SK Lipat Kajang lengkapkan dan serah kpd Bendahari sertakan wang yuran keahlian...AJK terutamanya dan semua ahli-ahli terdiri dari bekas guru/murid/pekerja SKLK diminta menjayakan Kempen ini, hrp dpt print banyak2 borang yang diperlukan dan edarkan, ramai didaftar bertambahlah dana Alumni boleh dijalankan program dan aktiviti yang dirancang untuk faedah/manfaat murid SKLK dan warga kampong serta ahli-ahli Alumni, ILMU AMAL JAYA ialah motto kita (Alumni SKLK)

Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Wednesday, June 8, 2011

Silaturrahim LK

Assalamu'alaikum
Diantara sesama warga-warga Lipat Kajang kesemuanya memang kuat silaturrahim, tidak kira duduk diceruk mana pun memang ada kait mengait kena mengena hubungan kekeluargaan diantara satu sama lain, sudah tertanam semangat kesatuan sejak dari putera pertama dari seberang menjejakkan kaki ke bumi LK dahulu lagi (berberapa kurun dahulu)
...ibarat carik-carik bulu ayam tidak lama bercantum kembali...jika terjadi sesuatu keributan (persengketaan atau perbalahan) kecil dikalangan warga suasana akan pulih menjadi harmoni kembali dalam sekelip mata...
Kini Syawal akan menjelang tak lama lagi diikuti dengan Ramadan tahun 1432Hijrah, dan seperti kelaziman di tahun-tahun silam, keriuhan dan kesepakatan akan pasti dapat disaksikan semula di hari Aidilfitri ke2 nanti, akan tetapi apakah warga LK khususnya pihak kepimpinan mukim/kampong tidak ingin untuk mengambil kesempatan dari keramaian pada hari tersebut supaya silaturrahim dikalangan semua warga akan menjadi lebih erat...yang terpisah diketemukan, yang renggang dirapatkan, yang rapat dieratkan...kukuhkan pemuafakatan...itu barangkali yang diharapkan oleh datuk nenek moyang ibu bapa ahli-ahli keluarga yang sudah pergi terlebih dahulu (yang kita ziarahi setiap tahun) agar waris-waris akan terus bersatu padu berkerjasama dan berusahasama...(sekadar renungan)


Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Thursday, February 3, 2011

Ikutilah Sunnah Nabi SAW


Dan pada 26hb Feb 2011 hari Sabtu akan diadakan Majlis Alumni Sek Keb Lipat Kajang, di SKLK
ada gulai kerbau menanti, khabarnya...

dan khabarnya juga...semua bekas murid dan bekas guru SKLK dijemput hadir...maka akan dapatlah berjumpa semula kesemuanya selepas bertahun-tahun meninggalkan SKLK...bertanykan khabar berita masing-masing sambil bercerita tentang peristiwa-peristiwa yg nolstalgik semasa berada di Sek Keb LK samada sebagai guru atau pun murid...

memang sudah ramai bekas murid SKLK yg telah memasuki masyarakat dengan kejayaan kehidupan masing-masing dalam pelbagai bidang dan kerjaya...

diharapkan ramai bekas guru dan bekas murid SKL akan dapat menghadiri...dan juga menderma wang ringgit seberapa ikhlas bagi tujuan membiayai majlis tersebut...



gambar Sek Keb LK ikhsan
musani lipat kajang













Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)

Tuesday, January 11, 2011

Bersabar Memasuki Tahun Baru 2011M

Cara kita melihat sesuatu masalah banyak menentukan sikap dan pandangan kita, positif atau negatif. Melihat sesuatu masalah bertemu dengan masalah (atau permasalahan) tersebut. Bersyukurlah sebagai satu kesempatan untuk membangunkan diri atau melihat masalah tersebut sebagai satu perkara yang bakal memusnahkan kita, terpulang cara mana dan dari sudut mana hendak kita pandang dan menghadapi masalah tersebut. Kita seharusnya bersyukur dengan sesuatu kesempatan yang telah diberiNya yang membolehkan kita menjadi lebih berjaya dalam hidup atau menjadikan kita berupaya untuk menganalisis permasalahan yang seterusnya membolehkan kita mentarbiah diri kearah menjadi seorang yang lebih bersikap positif, lebih yakin dan lebih bersyukur.




Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan adalah kesenangan"

Firman Allah SWT: "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (39:10)

gambar hiasan > pokok-pokok pinang banyak terdapat di Kg Lipat Kajang, dan buah pinang yang masak dan juga yang muda mahal harganya dipasaran







Lipat Kajang people (or decendents) are encouraged to participate& contribute (Orang Lipat Kajang, atau keturunan, di jemput memberi sumbangan idea)